Friday, June 21, 2013

Man jadd wa jadda*

Bismillah.
Salamun alaikum.
bersua lagi kita diiiii bellog Cik Sambal.
well, hari ni hari Jumaat Keliwon.
ahahha. macam tengok filem hantu indon daaaa.

Hari ni hari jumaat. hari yang bakal habisnya exam cik sambal dan kawan-kawan mekatronik tahun 2 yang lain.
Hari ni kuat jugak jerebunya. Sebelom tido bau asap. bangun tido bau asap.
Alhamdulillah kekurangan (masalah hidung tersumbat) memberi kelebihan pada cik sambal.

jadinya. Man jadda wa jadda!
ya. sesiapa yang bersungguh-sungguh dia yang berjaya.
siapa yang fulun belajar dan berdoa pada Allah dialah yang akan berjaya.
jika bukan hari ini, mungkin esok atau lusa.
jika bukan pada exam semester ini, mungkin semester akan datang dan seterusnya.

Never give up hope. Allah kan ada :)

Man jadda wa jadda kali ni cik sambal nak kecilkan skop kepada tema 'change'.
wind of change.
ya. angin perubahan. kadang ianya baik. kadang tidak.
bila kita berteman dengan kawan yang baik-baik insyaAllah kita pun jadi baik kan.

cik sambal pernah 'terjumpa' seorang ni. cik sambal kenalnya sewaktu di KML. masa awal-awal semester tu pada minggu pertama, si dia hanya memakai tudung singkat seperti biasa. tapi tidakk lama kemudian cik sambal tengok dia dah bertudung labuh. respect la! dalam hati cik sambal.
cik sambal ni seorang yang high curiosity. mau jugak tahu napa si dia tu tetiba pulak pakai tudung labuh kan.

makanya dia pun bercerita, "dulu aku macam yang lain jugak. pakai jeans ketat. baju singkat... tapi lepas pindah sekolah baru. perkara-perkara tu menjadi asing di sekolah baru ku. tidak seperti di sekolah lama bila ianya menjadi kebanggaan. di sekolah baru aku singsing lengan baju budak laki tegur. aku nyanyi merdu-merdu pun budak laki tegur, "suara tu aurat la". pergh. aku memang sentap giler arh. malu pada diri sendiri. tapi lama kelamaan di sekolah tu, aku rasa bersyukur dan bertuah sebab ditemukan dengan mereka. mereka yang rajin belajarnya walau nakal tahap gaban. mereka yang sangat menghargai persahabatan. mereka yang sangat ambil berat tentang pengamalan agama dalam kehidupan seharian. maka aku mula belajar perbaiki diri di sekolah baru ni. dan bila masuk matrik, mereka sekali ada bersama-sama. dan aku mula kuatkan hati untuk memakai tudung 'khemah' ni. doakan aku kuat ya mea."

pergh. dalam hati cik sambal masa tu. terharu. Allah dah beri hidayah padanya untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. semoga si dia dan cik sambal pun kuat dalam mempertahankan identiti Islam pada lahiriah dan batin kami insyaAllah.

semenjak beralih ke Uni, bermacam-macam ragam orang cik sambal jumpa. anda pun kan? gi mano-mano lain orang lain jak perangai nya. ada yang bikin seteressss! ada yang buat sakit hati. ada yang buat senang hati. ada yang buat sedih hati.ada yang buat jatuh hati. ada yang buat macam-macam lagi.
terasa hati dan terkesan untuk normal untuk setiap orang.
merasa sakit bila disakiti.
merasa senang bila orang lain disenangi.
tapi sejauh mana kita mengambil iktibar atas semua yang terjadi?

bila ada kawan sekelas datang merungut tentang perangai kawan sekelas.
lalu apa tindakan kita? adakah akan menyebar luaskan cerita?
atau berbalik pada diri bermuhasabah?
bila ada teman-teman yang merungut kesusahan hidup,
adakah kita akan menyusahkan hidupnya dengan cerita sedih kita jugak?
bila ada yang ditimpa kesusahan,
adakah kita akan datang sebagai penolong atau sekadar mendampinginya tika senang sahaja?

cik sambal suka berbalik pada diri sendiri dalam semua perkara. insyaAllah ada hikmah dari Allah, bilamana ada yang datang mengadu/meluah pada cik sambal.
mesti ada sesuatu yang Allah mahu bagi bila ada yang menyakitkan hati cik sambal.
mesti ada something. mesti ada.
itu lah kenapa I'm keep on smiling. walau jerebu di hati. tapi senyuman wajib meniti.
kenapa perlu susahkan hati orang lain dengan muka stress kita?
senyum kan satu sedekah. sedekah yang paling murah sedunia! hanya memerlukan pergerakan otot yang sedikit tapi bisa menyejukkan ribuan hati! jom senyummmmmmm ^______^

jadi apa cer wind of change tu?
cik sambal ada pernah membaca kisah-kisah dari dalam buku, pengalaman dan hati orang-orang yang dijumpa.
ada yang, mahu berubah bila dah kawen nanti.
"saya bila dah kawin baru nak pakai tudung. sebab saya akan turuti kata-kata suami saya.",(ikot kata suami ka Allah?)
"saye nak die jadi suami saye nanti sebab saye tengok orang macam die lah boleh bimbing saye ke jannah!" (kunci syurga pada sapa kalo bukan pada diri sendiri?)
"well, biase arh. dah kawen baru perangai kebudak-budakan tu hilang sebab kena memikir itu ini.".
(apa ko ingat dah kawen nanti tak tergedik manja dengan pasangan?)

agak-agak. sempat kah. lepas kawen berubah? eh salah. boleh jaminkah kita akan kahwin? sebelum ajal menjemput? ko yakin ka? fuhhhh! cik sambal pun tattau esok boleh sampai Sabah ka tidak. kalo dapat izin dari-Nya insyaAllah cik sambal sampai la Sabah berjumpa pamili cik sambal. kalo tak? jumpa di padang Mahsyar lerrr jawabnya. walau masa tu kita sudah tidak saling kenal megnenal.

ada yang cik sambal jumpa, mahu ada 'orang dorong' baru nak berubah.
tapi cik sambal nak habaq hang. perubahan yang dibuat kerana seseorang atau kerana orang nda kekal.
percayalah~~~
sebab cik sambal pernah rasa dan lalui bila membuat sesuatu kerana orang. pergh. memang rasa hipokrit gila la masa tu. bila orang dok puji cik sambal buat. bila orang dah tak puji malah caci cik sambal tak buat dah. Allahu Allah.
tapi Alhamdulillah. bila teguran dari Allah menyapa. teguran dari Allah penuh kasih sayang. maka cik sambal berusaha untuk belajar membuat sesuatu perkara kerana Allah. bila rasa susah nak buat, fikir balik insyaAllah dimudahkan. bila ramai yang menekan, fikir Allah tahu yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
memang best tahap gaban la cik sambal rasa masa tu.

NO WORRIES IF DOING SOMETHING BECAUSE OF ALLAH. NO. NOPE. NEHI I TELL YOU.

cik sambal banyak je buat dosa dulu. tapi nda mau share sini la. hahha. masing-masing kita adalah hamba pendosa kan. tapi kita masih diberi peluang untuk bertaubat. Rahmat Allah lebih besar dari kemurkaan-Nya.
itu salah satu yang menguatkan cik sambal untuk terus berusaha memperbaiki diri.

Berubah lah kerana Allah. ini kalilah! nda mau lain kali.
sebab apa nda mau lain kali cik sambal?
"apa ko ingat hidayah Allah ni boleh datang selalu? boleh datang bila kita mahu? adui la. adoi!"
berubahlah. bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri.
kenapa cik sambal kata kunci syurga terletak pada diri kita? bukan pada ibu yang melahirkan?
bukan suami yang bakal kita kongsi kehidupan?

NO. NEHI sekali lagi.
ibu ayah. kawan taulan. suami anak. cigu pensyarah. musuh syaitan.
semua adalah menjadi asbab atau alat semata untuk kita menuju Allah.
Redha Allah matlamat utama.
dalam mencapai Redha-Nya banyak lah perlu diri kita sendiri buat.
ibadat kepada Allah.
mentaati ibu bapa.
berusaha menjaga amanah.
menjadi anak dan isteri solehah.
semua itu jalan menuju redha Allah.

hati-hati di jalan. kelak jatuh bangun sendiri. minta pertolongan pada Allah bukan manusia.

*self reminder untuk cik sambal yang mungkin akan berbolak hatinya dari jalan ini*


cik sambal di Bukit Beruang :)

petang ni ada exam last. Instrumentation. mohon doanya :)

SEKIAN ^^.






Sunday, June 16, 2013

Sayang Allah #

Assalamualaikum.
selamat pagi warga alam maya.
saat cik sambal mencoret di bellog ni, waktu menunjukkan 1:16 pagi 16 Jun 2013.
sangat pantas berlalu.
cik sambal telah pun melepasi dua paper exam.
Satatistic and numerical metthod. also Technical English.

jadi apa cer dengan tajuk post kali ni."
Allah sayang?
Allah memang sayang kita pun kan.
sejak kita dilahirkan sampai saat kita membaca bellog cik sambal ni, bukti kasih sayang Allah pada kita.
tapi, cik sambal mau tanya.
sejauh mana sayang kita pada Allah?
CINTA ka tidak pada Allah?
kasih atau tidak pada Rasulullah.?

bila cik sambal menyatakan cinta pada Allah dan Rasulullah.
mesti ada yang mempersoal untuk kita membuktikan cinta pada-Nya.
yup. more than words~~
harus ada pembuktian.
cer lihat kehidupan seharian kita?
solat cukup ka?
solat di awal waktu atau selalu melengahkan waktu?
aurat terjaga ka tidak?
percakapan mengguris hari yang mendengar atau menyenangkan hati orang?

haaa.cik sambal baru dapat satu ayat tentang pembuktian cinta teragung kita.

"Siapa yPaling bnyk menuruti Sunnah nabinya, dialah yPaling berjaya, dn layak menyatakan rindunya. Sma2lah berusaha. Tegur setiap org yMengatakn mncintai Nabi dgn saranan berlumba menuruti sunnah. "

credit to that person.

"siapa yang mengasihi kekasihku, maka dia mengasihi Aku."
cik sambal pernah terbaca atau terdengar ayat ni. nda tau dimana. ayat tu dikatakan oleh Allah.
jika kita mengasihi kekasihnya, yakni Rasulullah, maka Allah mengasihi kita jugak.
coooooo cuuuuweeet kan!

cik sambal selalu takut.
takut andai kasih dan sayang yang Allah bagi.beri cik sambal selama ni ditarik balik.
takutnya.
apalah makna hidup cik sambal andai tiada kasih dan sayang dari Rabbul Izzati.
Solatku hanya untuk Dia.
Hidupku hanya untuk Dia.
Matiku hanya untuk Dia.
kerna ku mencari Redha Allah.

hari ni.
cik sambal rasa best sangat.
sebab dapat rasa dekatnya dengan Allah.
rindunya dengan Rasulullah.
walau sekeliling penuh gelak tawa.
tapi cik sambal dengan dunianya sendiri.
Alhamdulillah.

beberapa tika ini.
cik sambal rasa sangat jaoh dengan Allah.
banyak main.
buat benda lagho.
sehinggakan Allah tegur.
Allah tegur dengan penuh kasih sayang.
terasa kasih dan sayang Allah menerobos setiap salur darah cik sambal.
Allah. Allah. Allah.

Allahu Allah.
jangan Engkau tarik nikmat Iman dan Islam ini.
Allahu Allah.
jangan biarkan aku terpesong dari jalan ini.
Allahu Allah.
jangan biarkan aku meninggalkan Sunnah kekasihMu.

sayunya hati.
bila tahu.
hati ini bukan dipenuhi dengan kecintaan pada Allah semata.
tapi telah dicemari dengna cinta lainnya.
cinta dunia.
Astaghfirullah.
ampunkan cik sambal ya Allah.
cik sambal manusia lemah.
dan selalu kalah dengan ujian Sang Pencipta.

Lalu di mana hatiku saat ini?
Lalu untuk siapa cinta ini?
bila Allah tidak lagi di hati?
Allahu Allah.
Aku cinta Allah.
Aku rindu Allah.

SEKIAN t_t

tersenyumlah.
kerna dunia bukan untuk ditangisi.
tapi untuk dijajahi.
agar tidak merajai hati.
mengumpul bekal untuk akhirat nanti. 
:) :) :)




Thursday, June 13, 2013

Married!

Assalamualaikum and hyeeeeee!
weee.morning-morning nhe dah cakap pasal married.
well kalo mau baca, baca lah.
kalo nda mau baca, pastikan nanti baca ok.
OK?

so kenapa Married cik Sambal? teda tajuk lain?
kenapa tak tajuk Instrument? What Is amplifier? how to use it? blablabla..
haha. bcos today the plan is to study Instrument. next week will be the exam!
oi cik Sambal. orang tengah study..ko sibuk cakap pasal kawen.
well this is....what? hahha. nak cakap fitrah? naluri? or else. terpulang dari diri sendiri ya.

tadi ni bah. kawan cik sambal ada post tentang video kawin. bes la video2 tu sebab, video2 tu dibuat kepada pasangan yang dah berkahwin. and OH MY ALLAH!
sweet sangat. sweeeeet (la sangat~~~)
ada yang mas kahwin RM 1001.00, ada RM2000.00 tapi ada jugak RM300.00 jak.
dalam pikiran cik sambal, ni jual anak ka apa?
haha!

pernah dengar kan, semakin murah mahar, semakin diberkati perkahwinan tu insyaALLAH.
tadi saat tengok lafaz sakinah, memang sebak la jugak.
terfikir bila cik sambal di situasi tu insyaAllah, mesti sebak mama sama bapa kan.
becos their daughter will be take care by someone else.
mesti lepas tu susah mau masakkan bapa.
mesti susah dah mau bacakan resepi baru sama mama.

but then, that's life!
weh. menyimpang. back to story.
in the videos, each partner will be ask, WHAT IS LOVE?

SO.
WHAT IS LOVE?

LOVE is UNDEFINED.
susah nak terjemah.
tapi dapat dirasa.
itu jawapan salah seorang pengantin tadi. 
hahah.
betul la bha kan.
mau define love in so many ways.
but then. 
it only can be feel.
more than words~~

CAN YOU FEEL IT?
THE LOVE BY ALLAH?
CAN YOU FEEL IT?
THE KASIH BY ALLAH?
YOU TOO MUCH TALKING ABOUT LOVE WITH YOU AND INSAN.
BUT HOW ABOUT YOUR LOVE TO ALLAH?
ALLAH LOVE US.
DO YOU LOVE ALLAH?
DO I LOVE ALLAH?
HOW DARE YOU NOT DO THE THING ALLAH ASK.
HOW DARE YOU!

bagi cik sambal.
LOVE IS,
SOMETHING THAT WILL LEAD YOU TO OBEY ALLAH.

lain orang lain pendefinisian cintanya.
tapi bagi cik sambal. itulah dia.
sesuatu yang membawa kita taat kepada Rabbul Izzati.
Pemilik Kasih dan Sayang.
ALLAHU ALLAH.

mencintai atau menyukai manusia bakal kecewa dan sakit hati.
trust me. I'm not lying.
sedangkan dengan ibu bapa dan adek beradek pun 
there some hurt inside kan.
inikan lagi pada orang yang baru kita kenal.

cik sambal mau sangat jadi macam Rabiatul Adawiyah.
you knwo why?
becos her LOVE only for ALLAH.
Rabiah tidak menikah.
kerna  khuatir bila menikah, cintanya pada Allah akan pudar.
lalu kita?
sibuk cari cinta manusia.
mengabaikan cinta Allah!
awak tahu tak?
kita cari redha Allah, bukan manusia!
so cintai Pencipta bukan yang dicpta!
peringatan untuk cik sambal dan all the readers.

cik sambal manusia biasa.
mustahil untuk jadi ahli sufi seperti Rabiatul Adawiyah.
tapi cik sambal boleh kan berusaha?
kita boleh berusaha.
meraih cinta Allah.
dan cinta yang lain akan datang pada kita.
kerana Allah.
ya.
kerana Allah.

menuju redha Allah :)

SEKIAN <3


Monday, June 10, 2013

janji dicapati

Assalamualaikum.
ok fine. janji telah dicapati.
cik sambal telah berjanji kemarin untuk deactive fb meatul sampai 21 jun. tapi. nda jadi.
sebab cik sambal punya kerja semua guna fb. cari duit. kerja sekolah. semua guna fb meatul yang hot tu.
jadinya. mungkin cik sambal akan guna alternatif, deactive for 24 hours before exam. kan.
jangan marah haaaaa. kamu jugak yang rindu kalo cik sambal nda on9. tiada yang membebel kan.
nah. dibebel suda.



ini antara barang jualan cik sambal.
boleh tengok lagi di


jadinya mau cerita apa ni?
ada yang suka dengan post-post meatul. pura-pura suka ada jugak. yang annoy ada jugak.
hahaha.
jahat kan cik sambal. apa boleh buat. once I think about something to post, I post la!
so titik soal fb.

now about JUDGING PEOPLE cik sambal nda suka bila ada orang yang men'sama'kan dirinya dengan orang lain.
bila diri tidak bertudung labuh lalu dijauhi.
bila pikiran nda sekepala lalu dipinggiri
bila nda sama kesukaan lalu? paham-paham sendiri.
tapi harus itu bukan watak seorang dai'e.

cik sambal bukan dari sekolah agama pun.
tapi Alhamdulillah berkat join ohana, ilmu Islam boleh belajar di mana-mana dan bila-bila masa.
tapi ada suatu ketika.
cik sambal kasihan dengan teman-teman yang mana geng khemah(aku jgk) jauhi.
memandang pelik dengan kawan cik sambal yang berjeans dan berblouse singkat sikit.
tapi rupanya cik sambal silap.
sebenarnya geng khemah ni, semenjak cik sambal join la. bukan kami mahu menjauhi.
tapi teman-teman yang tudung agak singkat tu yang malu mendekati.
tapi itu sebab nda kenal lagi kan. once you know them, It was soooo cuuuuweeeet you know.
sebab itu yang cik sambal rasa. sebellum join geng khemah dan setelah terjebak dengan geng khemah.
terjebak disitu bukan kepada kerosakan atau kejahatan ok. tapi kebaikan Alhamdulillah :)

sebab apa yang cik sambal dapat detect, golongan khemah ni bukan orang baik-baik sepenuhnya. memang cik sambal silap la dulu. ingat kan dorang nhe tinggi imannya, banyak ilmunya. rupanya tak jugak. kami ni sama seperti kalian jugak. bukan baik sangat pun. tapi MAHU MENJADI BAIK! yang membezakan iman dan takwa kan. Allah nda tengok pun pakaian kita. tapi sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita.

dan adalah sebaiknya kita. geng khemah mahupun yang bukan khemah, kita pecahkan tembok malu-malu miaow untuk berkenalan dan berteman-temanan dengan geng-geng baik ni. sungguh! kebaikan yang kita dapat insyaAllah. cik sambal bersyukur :) Alhamdulillah!



dan last.
mau cakap pasal exam tadi. first paper for this semester you know.
statistic and numerical. sebelom masuk dewan tu, nda tau napa cik sambal lain.
bukan jugak nebes. tapi lain la yang penting.
pahtu bila dah habis exam....senyum memanjang. padahal nda habis jawab pun.
tapi gumbira rasa sebab dah settle satu paper. Alhamdulillah!
walau cik sambal rasa nda betul semua. tapi cik sambal puas hati dengan usaha di dewan exam tadi.
tahniah cik sambal :)

 
berbaki 4 paper lagi!
semoga cik sambal dan sahabat-sahabt dipermudah kan!

cukup setakat ni.
sekian :)



Sunday, June 9, 2013

make me strong

Assalamualaikum dan hola!
baru jak bha beberapa jam cik sambal deactive fb tu.
kawan kelas tnya mana fb meatul.
kawan sekolah tanya ada orang provok ka sampai kena deactive?
jawabnya tidak.
sebab cik sambal mau exam nhe.
cik sambal mau excellent. dan FB adalah gangguan terbesar cik sambal.
doakan cik sambal kuat!
nah. ni lirik lagu sami yusuf si kacak yang soleh dan bergaya insyaAllah.
petang-petang nhe dengar lagunya..tersentap cik sambal.
make me strong!

Make Me Strong Lyrics
I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way


My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong


Lyrics are taken fromhttp://www.islamiclyrics.net/sami-yusuf/make-me-strong/

I wish Allah can make me strong :)

sekian :)

face Allah!

Assalamualaikum and hye!

tau ka. cik sambal dah deactive fb meatul yang super duper aktif tu.
esok cik sambal ada exam bha nhe. tapi masih sibuk dengan FB jugak.
sooooo sad you know.
I can't handle my self.
semoga cik sambal dikuatkan ya. doakan cik sambal.
haaaa..ini kali mau re-post content dari bellog lama cik sambal.
semoga Allah redha :)

Bila diri diasak persoalan hati

Lalu ku mencari di mana hatiku saat ini? Cinta ku ini untuk siapa sebenarnya?

“Allah..Allah..Allah…”

Jauh di sudut hati yang terdalam…”Ku merindukan Allah….Ku mencintai Allah”

Arggh!! Kamu bohong! Bohong pada dir!!!

Mengaku cinta hanya pada-Nya? Mengaku kasih hanya pada-Nya?

Tapi masih mengingati sang hamba bila berhadapan dengan-Nya

Tapi masih membayangkan sang hamba bila bermunajat dengan-Nya

Apa itu bisa dijadikan bukti kamu sayang pada Allah???

Apa itu bisa dijadikan modal bahawa kamu kasih pada Allah???

Sungguh Allah Maha mengetahui isi hati…

kamu ungkapkan atau tidak

Sungguh Allah Maha mengetahui isi hati…

Jangan kotori hatimu kerana dia!

Jangan keruhkan hidayah dari Nya kerana hamba!



Lalu aku harus bagaimana?

Bila nafsu menguasai diri

Semua tindakan tiada kefahaman dan kesedaran pada diri

Bila diri lalai mengingati

Lautan api sanggup direnangi.



Kembalikan aku

Kembalikan aku

Temukan aku dengan cinta Hakiki.

inikalilah!
never lost to the nafsu!
fokus pada yang utama ya cik sambal. 
chayok for our exam! ^^v

sekian :)