Thursday, July 18, 2013

Diari Ramadhan Pertama Cik Sambal! #

Bismillah dan assalamulaikum~!
halo-halo-halo. cik sambal is here.
lama sudah nda update post sini kan. within this july lar.
haaa.post kali ni pun cik sambal coretkan seminggu lepas.
masa tu xda internet connection dekat asrama ni.
so terhasil lah diari Ramadhan hari pertama.
selamat membaca. ambil yang baik. buang yang buruk tapi jadikan pengajaran la bha.
bah. enjoy!
semoga Allah redha :)

Hari_1. 10 Julai 2013
Bismillah dan salam alaik kepada cik sambal.
Sollu ala nabi. Sollu ala nabi. Sollu ala nabi.
Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W dan para sahabat.

Alhamdulillah, bersua jugak cik sambal dengan Ramadhan pada tahun ini. Bersyukur kerna rindu ku pada Ramadhan. Sungguh. Inginku tebus kesalahan pada Ramadhan lepas agar dapat ku menjadi yang lebih baik dari Ramadhan lepas.

Hidayah kurniaan Allah yang mana harus dijaga rapi. Tanpa hidayah-Nya kita tidak akan dapat menikmati manisnya iman. Apa yang cik sambal ingin kongsikan dalam diari Ramadhan kali ini mungkin ada yang baik. Ada jugak buruknya. Pandai-pandailah menilai mana yang harus diambil iktibar atau tidak.

Seperti semua sedia maklum, cik sambal memang “kaki fb”. Queen of FB tu memang dah melekat. Sehari tiada post dari cik sambal memang pelik. Pernah di musim exam lepas cik sambal deactive tanda protes dengan kata-kata orang (itu pun deactive kejap jak. Ceh.), ada yang “mencari” cik sambal. Huh. Orang cari ka nda cari ka. FB cik sambal aktif semula. Ahahaha.

Dalam FB tu. Bila mau post tentang Ramadhan, rasa sesuatu yang ganjil. Tidak tahu apa dia. Mungkin mengenangkan Ramadhan sebelum ini yang cik sambal rasa “The Worse Ramadhan I Had”. Yup. Sangat teruk Ramadhan lepas. Teruk sangat sampai nda boleh share sini. HA HA HA.
Kesal dan penyesalan yang amat sangat. Kerana Ramadhan dua tahun sebelum ini cik sambal merasakan “ouh, inilah Ramadhan yang terbaik dalam hidup aku. Dekatnya aku pada Allah. Banyak program kebaikan yang aku buat. Tolong agama”. Skang cik sambal mau bilang dengan “the old cik sambal”, PUIHH. Apa ingat kebaikan yang ko buat tu dengan usaha sendiri? Puih lagi.

Seperti. Kufur nikmat aku tika itu. Mataku buta dalam menilai keadaan. Hanya membuat sesuatu atas nafsu sendiri. Tanpa memikirkan kesusahan akan datang. Tanpa memikirkan perasaan orang. Terkesannya cik sambal dengan Ramadhan dua tahun lepas kan. Yup. Kerana Ramadhan pada waktu itu la cik sambal rasa “turning point” untuk hidup cik sambal. Buat yang terlibat sahaja yang mengetahui.

Mengenang yang lepaas. Kini kita di Ramadhan baru.
Apa yang ku harap? Aku harap Allah jadikan aku hamba yang lebih baik dari sebelum ini. Baik macam mana? Cik sambal bukan dah cukup baik ka? Tutup aurat ikut syariat insyaAllah, blablablablabaik la (konon).

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui kan. Aku mohon juga untuk Allah permudahkan urusan meleraikan kekusutan yang mengganggu kekhusyukan ku dalam beribadah. Sungguh, dunia ni ibarat penjara orang mukmin kan. Bukan mau kata cik sambal ni mukmin, tapi insyaAllah kearah itu. Bila kita mahu menjauhi sesuatu perkara itu, tapi Allah lagi timpakan. Aku mohon. Dikuatkan hati dalam menghadapinya.

Apa bha yang kita mahu dalam Ramadhan ni? Cukup ka setakat menjadi baik dari sebelumnya. Ada kawan cik sambal komen di ruang post cik sambal, “Menjadi hamba Allah bukan Ramadhan”. Yup. Aku setuju dengan kenyataan itu. Ramai dari kita menjadi hamba Ramadhan. Bukan hamba Allah. Masa Ramadhan ni la baru sibuk solat jemaah, ada yang baru mau solat, baru puasa, baru sedekah. Bababbababbababaruuu belaka. Alhamdulillah jika ada yang Allah kurniakan hidayah untuk dia terus istiqamah di bulan selain Ramadhan. Bagi yang tidak, pinta dan usaha lah pada Allah untuk dikurniakan hidayah itu.

Hidayah adalah permata yang paling berharga dalam hidup seseorang. Kerna dengan hidayah dari Allah lah, kita dapat merasa hidupnya hati kita dengan Islam. Manisnya iman dalam Islam. Terhiburnya hati dengan Islam. Cik sambal bersyukur dengan hidayah kurniaan-Nya. Walau kadang tersungkur, terjelupuk dan terjatuh dek nafsu dunia. Tapi Allah masih mahu menerima taubat hambanya. Kadang merasa malu. Maluuuuuu yang amat sangat. Sudah berbuat baru bertaubat. Tapi itulah manusia. Kita tidak sempurna. Allah sentiada ada untuk mengampun dosa-dosa kita selagi mahu bertaubat. Mahu tak kita bertaubat? Mahulah teman-teman. Mahulah. Malulah kita mahukan syurga tapi derhaka.

Semoga di Ramadhan ini, kualiti ibadat dapat ditingkatkan. Dicuci jiwa yang kotor agar dapat menghadapi bulan-bulan yang lain dengan penuh persediaan yang mantap. Iman yang kukuh dan utuh. Bila hati mula terasa lalai, kembalikan semula hati kita pada Allah. Bagaimana untuk kembalikan? Masing-masing kita punya cara. Guna la apa cara sekalipun, yang penting tidak melanggar syarak.

Alhamdulillah dengan nikmat Iman dan Islam cik sambal ada hari ni.
Semoga dimatikan aku dengan khusnul khatimah.
Semoga ditetapkan hati dalam jalan dakwah.
Semoga diampunkan segala dosa serakah.

Amin. Jom doakan saudara kita di Syria, Palestine, Iraq dan Mesir dan juga Rohingya.

Program Marhaban ya Ramadhan di Masjid Darul Aman.
dua tahun lepas. 2011 :)
ni sesi gotong royong masak memasak.


ni pulak jentera-jentra unit makanan Program Marhaban Ya Ramadhan.
they were owhsem!


hasil kami! :)

sungguh. 
Ramadhan dua tahun lepas menjadi kerinduan.
tapi benda seudah lepas.
semoga amal kita diterima Allah hendaknya :)

Tuesday, July 9, 2013

Azam Ramadhan ^_^

Bismillah dan salamun alaik.
Alhamdulillah diberi kekuatan untuk menconteng di bellog ni lagi.
selawat dan salam ke atas jungjungan kita Nabi Muhammad S.A.W
doa Al-Fatihah kepada ibu dan ayah kita.
doakan kesabaran dan kekuatan buat saudara kita di Mesir, Syria, Iraq dan Palestine.

Alhamdulillah. kali ni cik sambal mau membebel.
post cik sambal tentang "Aku telah dikhitbah" memang jadi TOP RANGKING la!
sampai 300++ viewers! tiada mahu dibangga cuma mengharap viewers dapat ambil iktibar,
pesanan untuk cik sambal jugak.

sebelom masuk topik tentang Ramadhan.
cik sambal suka untuk mengingatkan.
saudara kita di Mesir, Syria, Iraq dan Palestine sedang bertungkus lumus meneruskan kehidupan dengan keadaaan bumi yang penuh dengan peluru tanpa mata dan asap memedihkan mata.
saudara kita disiksa, dirogol dan dibunuh.
bersyukur kita di Malaysia Allah tidak menguji kita dengan ujian sebegitu sebab Allah tahu kita tidak mampu.
tapi takkan kita hanya berpeluk tuubuh jak? sekadar, kesian, kesian, kesian? tanpa buat apa-apa?
meh sini, cik sambal lempang sikit.
cik sambal pun sedih. nda dapat mau menyumbang apa pun. yang cik sambal tahu dan mampu. hanya doa.
ya. doa adalah sumbangan paling murah kerna tiada modal dan senjata yang paling tajam dalam melawan musuh-musuh di luar sana.
kerna Allah yang memegang hati-hati kita.
doalah apapun untuk saudara kita di sana.

masuk kepada Ramadhan.
cik sambal nda tahu lah. something wrong dalam menyambut Ramadhan kali ni.
nauzubillah. semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya.
dua bulan sebelum Ramadhan dah terfikir, "apa persediaan aku untuk Ramadhan?"
banyak jak orang duk share fadhilat Ramadhan, persediaan Ramadhan dan macam-macam lagi.
tapi cik sambal nda peduli pun. I mean. benda-benda semua tu tak lekat di hati pun.
pandang sepintas lalu jak.
so sekang, dah sehari jak tinggal Ramadhan baru terhegeh-hegeh refresh balik amalan apa yang perlu dibuat, amalan apa yang perlu dibaiki. Ya Allah. aku mohon, dilembutkan hati cik sambal untuk berusaha mencari takwa di Ramadhan ini.

Pesanan untuk laki,
"jaga mata". pesanan seorang "akhi' dalam sharing beliau. katanya lelaki ni mata paling bahaya. (korang faham kot. cik sambal wanita. take note that.) dia cakap lagi, better masa Ramadhan ni xyah gi bazar. Sebab nanti pahala yang korang kumpul dari pagi sampai petang sebelum gi bazar habis sahabis habisnya bila dah balik dari bazar. al-sebabnya....di bazar, akak jual martabak ada yang tak pakai tudung, ada yang pakai tudung tapi baju ketat! ape ke hey nye kan. kesian la korang laki, free-free jak pahala yang dikumpul. sooo kalo nak sangat berbuka dengan makanan dekat bazar seeloknya pesan dengan kawan puan untuk belikan. selamat sedikit. tapi kalo mau pigi jugak. pandai-pandai la~~

Pesanan untuk geng cik sambal. wanita. perempuan. gugurl.
"jaga mulut". ya. ini dari hati kecil cik sambal. bcos I'm the one. banyak mulot. I mean. banyak cakap. bebaru ni cik sambal dihimpit dengan masalah mulot-mulot orang ni. erm. I mean. cepat sangat tacing dengan kata-kata orang. lepas tu mula la mau cerita itu ini. haih. tamau! tamau! tamau!
lemahnya perempuan ni semua benda mau cerita kan. konon cerita pada sorang jak. tapi nanti orang kedua ketiga pun tahu cerita yang kita sampaikan tu. ni lah masalah kita perempuan. mulut ni kadang jahat sangat. paling cik sambal nda suka, bila ada kleuar perkataan seperti, bangang, bodoh, dan sewaktu dengannya.
hmmmm. kita wanita penuh dengan ciri kelembutan. jangan lah menjelekkan akhlak dengan perkataan tak baik tu. cik sambal akui, semenjank dua menjak ni..mau jak cakap bongok. astaghfirullah. memang tampar mulot laju-laju la. pesanan untuk geng cik sambal. berhati-hati dengan mulot kita ya. berkatalah yang baik ataupun diam.

semakin dekat Ramadhan tapi semakin rasa jaouh dengan Allah.
astaghfirullah. apa mau jadi ni cik sambal?
jom berusaha untuk mencapai takwa ya kawan-kawan.
memang rasa susah kan untuk berbuat kebaikan? tapi tiada yang mustahil pun.
Allah kan. nda tengok bha kita punya hasil melainkan usaha.
USAHA. USAHA. USAHA.
cuba tanya diri sekarang, "apa yang aku mahu capai untuk Ramadhan ini kali?'
tanya diri. insyaAllah ada jawapnnya nanti.
semoga kita beroleh takwa dan kebaikan sepanjang Ramadhan.
salam sayang. salam ramadhan.
jangan lupa doakan saudara di Mesir, Syria, Palestine dan Iraq. <3


SEKIAN :)

Monday, July 1, 2013

Aku telah dikhitbah ^^v

Bismillah dan Assalamualaikum. 
gempak kan tajuk cik sambal. yup? Aku telah dikhitbah.
selamat meneruskan pembacaan. semoga Allah Redha :)


Masanya telah tiba :')


Pasti pembaca sekelian (khususnya sabahat2 yang mengenali diri ini) terkejut dengan berita ini. Mohon maaf kerana tidak memberitahu dan menjemput kalian. TETAPI, minta teruskan pembacaannya..terima kasih.

***************************************
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang gadis. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang hamba yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat ku memakai cincin di kedua tangan di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, dia tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput saya di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan dia yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila awak menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti awak akan tahu..."


Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput saya tau!"


Anis tersenyum megah.

"Kalau awak tak datang pun saya tak berkecil hati, doakan saya banyak-banyak!"


Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Sila-sila, saya puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."




Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.




"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.




Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Anis bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Adani bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...


"Dengan kematian wahai anakku.Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, dia hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..."

Terduduk Anis mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...


"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la dia selalu menangis.. Anis tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu dia mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."


Anis masih kaku. Tiada suara yang terlontar.


************************************

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta."

** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.**

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

edited from: iluvislam


notakaki: kisah nih bukan kisah aku. tapi kisah ini adalah kisah kita. kisah kita yang telah di khitbahkan dan di tunangkan dengan maut. bukan nak buat kontroversi atau mereka-reka cerita. namun ini adalah peringatan buat kita semua. hari ini kita lalai dan leka dalam mengejar cinta dan cita-cita yang kebanyakkannya berimpikan dunia. namun kita lupa untuk menabung dalam saham akhirat. negeri yang abadi tempat kita akan kembali. selamanya.

entah bila 'majlis' kita akan di rai. entah bila 'dia' datang menyunting kita. itu rahsia Allah. rahsia yang kita tidak pernah berhak untuk mengetahuinya.

dari cik sambal: kita terkejar-kejar cinta manusia tanpa ingat kita akan berjumpa Pencipta Cinta. pasakkan hati mencintai hanya pada hakiki. Love Allah and Rasulullah :)

SEKIAN :)