Monday, August 12, 2013

Kawen mudaa?

Bismillah.
Aku berlindung dari syaitan yang direjam.

Assalamualaikum :)
Selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah S.A.W, keluarga dan sahabat baginda.

kadang rasa leceh jak mau memulakan sesuatu dengan selawat ke atas Nabi kita kan? tapi yang susah tu la berpahala insyaAllah. bersusah untuk senang kemudian kan? nda rugi pun :D

Jadinya last post adalah tentang 1 Ramadhan. dan hari ini saat cik sambal membebel, sudah Syawal ke 5.
Lahaw laa wa laa quwwata illa billah.
sedikit imbasan Ramadhan lepas.
apa yang kita dapat?
sudah bertakwa kah kita?
tepuk dada tanya iman.

tadi cik sambal post di fb. (bajet hot) bertanya tentang cadangan tajuk post bellog kali ni. sebelum ni bukan nda mau post. tapi totally blank. sebab bebanan kerja (kununnnnn) dan fikiran yang berselirat dan serabut. so sekarang ni..tiba-tibaaaa mud membebel di bellog ni datang. hahahahah.

jadinya. ataas cadangan. kali ni post mau cakap pasal KAHWIN MUDA dan HANTARAN MAHAL.

terus kepada tajuk. KAHWIN MUDA.
bila sebut kahwin muda. golongan muda yang berkahwin itu rata-rata berumur sekitar 20-an atau belasan. paling-paling pun kahwin muda ni kahwin masa belajar selalunya. kan.
insyaAllah ada sahabat saya yang akan bernikah 6 September di Kota Kinabalu. dia merangkap cece saya di Melaka. dan kakak kepada ramaaaaaii adik-adiknya jugak. semoga mereka dipermudah dan dipelihara di jalan dakwah dan diredhai Allah sentiasa. Bulan September nanti insyaAllah mereka sudah tahun akhir di Uni kami. (mau bagitau situ dorang kahwin muda insyaAllah).

ada seorang Ummi angkat di Melaka, berkongsi cerita tentang pengalamannya berhadapan dengan pasangan kahwin muda. si anak dara berkeinginan sangat untuk menikah dengan kekasih hati, tapi tidak dipersetujui oleh orang tuanya. tapi setelah didesak dan dia sangat berkeras, maka dinikahkanlah si anak dara dengan teruna pujaan hatinya. Menyedihkan selepas dua tahun menikah dan dikurniai seorang cahaya mata. Kedua mereka yang bernikah muda tadi merasa bosan. si anak dara tadi merasa kebebasannya tersekat kerana terpaksa kehulu hilir membawa anaknya. akhirnya mereka bercerai dan anak mereka diserahkan kepada orang tuanya untuk dijaga.

dapat pengajaran sikit ka di cerita di atas? semoga dapat. masing-masing ada penilaian sendiri kan.
tapi suka untuk cik sambal kongsikan mutiara kata dari Saiful Islam berkenaan kahwin ni.

"Apa yang terbaik adalah berkahwin selepas BERFIKIR, juga menangguhkan perkahwinan selepas BERFIKIR".

pada hemat cik sambal yang bauk tapi sedap ni, BERFIKIR SEBELUM BERBUAT SESUATU adalah amat penting sebelum menyesal di kemudian hari. macam cerita di atas. disebabkan nafsu semata, makanya mahu nikah secepatnya. padahal, dia belum habis fikir lalu berlakulah perkara yang tidak diingini. yup. tidak dinafikan. umuran 20-an seorang wanita seperti cik sambal memang naluri untuk itu memang ada. tapi kena WARAS SEWARASNYA.

ada amanah yang belum selesai. meski ada yang bilang, amanah xkan pernah selesai. benar. betul lah tu.
kalo keduanya sudah berkemampuan dan mendapat persetujuan ibu bapa, apa tunggu lagi? Jangan di kasi lama! heeee.

ada seorang kakak yang mencetus semangat untuk berkahwin muda. katanya, "best kalo kawen muda ni. boleh beranak awal. dan jaga anak-anak sewaktu kudrat masih kuat:, ada plak yang share, "kakak dulu masa nak graduate berbadan dua. memang naik pitam la. tapi kenangan terindah, dan kami masih seperti pasangan baru bercinta". mungkin itu sisi manis dalam kahwin muda. tapi ada jugak sisi pahitnnya kan.

tapi kita boleh merancang dan boleh saja berangan. mau nikah bila. pakai baju apa. anak berapa. tapi kena didasari dengan ilmu tentang perkahwinan terlebih dahulu adalah lebih baik. bukan mau cakap cik sambal dah tinggi ilmu bab kahwin sebab cik sambal belom kahwin. ahahaha. cuma berkongsi sedikit pengetahuan dari orang-orang yang dikenali.

"Menangguhkan seketika pelan untuk berkahwin muda tidak merugikan apa-apa. Ia bukan soal halal haram, tetapi soal mencari yang TERBAIK dalam hidup".

yup. jika dua tahun lepas aku beria untuk menikah tapi sekarang harus ditangguhkan di atas KESEDARAN ada amanah yang harus disettlekan sebelum ke alam yang satu ini. (sibuk dengan hal rakyat jelata. wkwkwkw.)

kesimpulan untuk kawen muda ni, jika setelah ditimang difikir dan dipersetujui oleh ayahanda dan bonda, maka menikahlah muda. jangan takut duit takda sebab Allah dah janji dimurahkan rezeki mereka yang menikah. tapi nasihat cik sambal, dalam berbuat apa pun kena ada ILMU. so lengkapkan diri dengan ilmu perkahwinann dan ilmu komunikasi lelaki dan perempuan sebab kita bakal hidup berumah tangga dengan orang baru.

untuk tajuk HANTARAN MAHAL.
cik sambal dengan ini sekras-kerasnya memang nda bersetuju dengan hantaran mahal tu. adoyai. menyusahkan. Murahnya zina dan mahalnya sunnah?
tapi tu la. kebanyakan di zaman ini. mau nya hantaran mahal-mahal. addeh. simple for me. tunaikan yang wajib memadai. bukankah lagi murah lagi mendapat keberkatan insyaAllah. ya mungkin susah untuk golongan tua di kawasan cik sambal untuk menerima atas murahnya hantaran tapi akan difahamkan dengan tuntutan agama yang sebenarnya meski cik sambal tahu ia sangat mengambil masa. mungkin 1-2 tahun dari sekarang? adoyai. hahaha.

mohon maaf atas bebelan cik sambal ini di saat hati yang penuh maksiat kepada Allah. semoga bermanfaat.

Manusia yang mabuk cinta harus kembali disedarkan tentang siapa diri mereka.
membangkitkan jiwa seorang hamba adalah agenda besarnya.

SEKIAN :)