Tuesday, October 29, 2013

Jatuh? Bangunlah!

Bismillah, dengan nama-Nya aku berlindung daripada syaitan yang direjam.

Semalam UTeM dan kampus lain ada yang sudah melabuhkan tirai Konvo Festival. dan UTeM, untuk kali ke-9 nya telah melahirkan graduan-graduan yang insyaAllah akan berbakti kepada masyarakat hendaknya.

Teruja gilak ni Cik Sambal tengok dorang grad! Lagi-lagi orang-orang yang Cik Sambal kenal. Ada yang dapat anugerah Diraja, anugerah Canselor dan anugerah yang semuanya dapat! Sungguh pelbagai kepahitan, kesakitan, tangisan yang dilalui untuk mencapainya kan?

YA. Cik Sambal pun mahu seperti mereka. Agar tersenyum gembira mama dan bapa. Agar merasa bangga punya anak memegang segulung ijazah. Meski ini semua dunia, tidak salahkan untuk membuat mereka  gembira?

Selepas jatuh maka bangunlah! jatuh lagi bangunlah! jatuh lagi bangunlah!

Kata-kata yang selalu terngiang-ngiang di gegendang telinga Cik Sambal. Selama 22 tahun ku melakar kanvas kehidupan, tahun 2010 lepas sangat-sangat mencalar, mencarik dan merobek-robek lakaran kehidupan ku.

Ada apa dengan 2010? Ada kejatuhan sebuah tamadun hidup seorang hamba. Yang selepasnya memutarkan kehidupannya. Turning Point baginya dalam mencapai kematangan dalam kehidupan.

Sungguh jatuh itu sakit. Malu menghadap orang ramai. Resah mahu menyediakan jawapan apa bagi yang bertanya. tapi ada pepatah mengatakan untuk jadi orang hebat bukan mudah!

Tapi bukan mau jadi orang hebat pun. Cukup sekadar mampu memberi kebaikan kepada orang lain.

Alhamdulillah. selepas kejatuhan itu, aku bangkit semula. Setelah semua perit dan sakit dilalui. Lalu bangkit menjadi seorang yang berguna kononnya. Setelah pulang ke kampus semula, aku jadi lupa diri. Lupa degnan apa yang aku sudah lalui. Aku kira selepas kebangkitan itu, tiada lagi kejatuhan. Tapi rupanya aku silap.

2011 mencatatkan perubahan sebuah karakter yang memang tidak asing dengan bicara tanpa henti, senyuman tak lekang dan keperibadian yang sangat positip! Itulah manusia kan. Allah juga yang berkuasa merubah hati-hati, merubah kita!

Dalam fasa itu, aku sering bertanya kenapa aku begini?
Maka bertubi-tubi jawapan yang hadir. nda tahu mana satu jawapan yang tepat. Dihantui dengan kesilapan-kesilapan lepas, dikerumun dengan semua fikiran negatif seawal semester dua bermula! Sepanjang semester tu, aku laluinya dengan hati yang longlai, fikiran yang kusut, pelbagai rencana dirancang untuk aku mengelak dari semua masalah. lari dari masalah yang membuat ku tercungap-cungap. Tidak tahu mengurus masalah maka aku kalah! Kalah dengan diri sendiri. Terperuk di bilik, menyendiri walau hakikatnya ketika itu memegang sebuah taklifan yang berat tapi aku siakan. Astaghfirullah.

Sampai kan diri sendiri tidak percaya akan perubahan itu. Bukan aku sendiri menyedari, malah orang lain disekeliling! Mungkin kerna, perubahan ke arah negatif maka ramai yang menjauh. Ikatan ukhwah yang sebelum ini terjalin kuat, longgar dan lemah ikatannya hasil dari sikap ku ketika itu.

TAPI. Alhamdulillah. Allah sentiasa sayangkan hambaNya yang tak bersyukur ni. Dikurniakan aku dengan sahabat-sahabat yang memahami, yang bertahan dengan banyak kekecewaan, yang berleter panjang semata-mata untuk sebuah kebangkitan, menahan sakit atas nama menjaga hati kawan. Merasa terharu dengan kasih sayang mereka, dan merasa malu kerna aku tidak bisa sebaik mereka dalam berukhwah!

Dan kini.menginjak ke tahun 3 pengajian. Sudah setahun aku cuba mengubat luka. Tapi kita hamba. sentiasa akan diuji. Dipuji itu ujian. Dicaci maki itu ujian. Diberikan anugerah itu ujian. Di beri cobaan mestilah ujian kan! Diberi nikmat, diuji samada kita bersyukur atau tidak. Diberi kesakita diuji samada kita bersabar atau tidak. Seperti sifirku dulu tentang kehidupan. Ujian bukan sebahagian daripada kehidupan. Tapi kehidupan itulah ujian!

Apa yang Cik Sambal membebel ni? Menagih simpati?

Heh. terpulang lah mau menilai apa di atas cur-hat ini. Hakikatnya semoga yang membacanya mendapatkan "sesuatu" hendaknya.

Di fasa sekarang ini. Ada kelainan ujian dari-Nya. tahun ini, sungguh dasyat. mencabar seorang Cik Sambal!
Iman yang memang sedia nipis ini diuji lagi dan gagal mempertahankan iman.
tapi aku cuba bangkit, mencuci karat jahiliyyah yang rupanya masih bersarang, terselit tidak dijumpai. lagi-lagi karat nya bertambah bila mana mengabaikan amal fardhi, meng'uzlah'kan diri dari kelompok kebaikan.
Semakin jauh dari Allah ku rasa.

Baju labuh dan tudung yang menutupi tidak bisa mencapai takwa andai tewas dengan kehendak nafsu!

Aku sekarang seperti tejelupuk. Tapi masih berpaut pada ikatan yang aku sendiri hampir putuskan. Ingin mencuci semula pemikiran/sangka buruk ini memang payah. Takut jugak, kerana Allah mengikuti sangkaan hambanya kan. Aku terbelenggu sekarang. Allah mudah kan aku dalam meleraikan ikatan dunia ini. Amin.


Wednesday, October 16, 2013

Sakit. tapi. PAKSA TELAN!

Bismillah dan Assalamualaikum buat pembaca bellog Cik Sambal membebel ni.
Bagi yang nda baca..memang nda sahut la salam ni kan? erk.

Tahniah kerana TERPILIH untuk memeningkan kepala membaca bebelan Cik Sambal. erk lagi.

Jadi sebelum tu. Sedikit lega bila mana dapat berkongsi sedikit rasa di bellog Cik Sambal membebel ni.
Sebenarnyaaaa.....
Sebenarnyaaa......
Sebenarnyaaa....dragon ball ada 7 biji? eh?

Ish Cik Sambal ni. Diam atau cakap perkara baik jak ok!

okeh.

Lurus kepada point. kepada tujuan asal post ini. Ingin meluah dan berkogsi rasa. tentang apa yang bermain di benak hati seorang Cik Sambal, yang mana dia rasa orang lain juga turut merasainya cuma dengan jalan cerita dan plot yang berbeza. mungkinnnn. hmmmmm...

"bila Allah takdirkan sesuatu terjadi, pasti ada hikmahnya. Sekalipun pahit, percayalah itu adalah ubat. Baik dan buruk hanya pada tafsiran manusia, sedangkan di sisi Allah...segala-galanya baik belaka." nukilan Ust Pahrol di buku DI MANA DIA DI HATIKU?

Addeh. pahit untuk ku telan atas kebenaran ayat tu. Ubat kan. memang la pahit. ok fine. telan! telan!
kalo mau sehat kan?

Atas kepahitan dan kemujaraban ubat itu, lalu Cik Sambal mewajibkan diri untuk menelannya walau mengambil masa. Mudah kan mau nasihat orang, "sabar..setiap yang terjadi ada hikmahnya", "InsyaAllah, ada hikmah terbesar yang Allah sediakan untuk awak", dan blablabla lagi nasihat orang.

Tapi bila kena dengan batang hidung sendiri yang pesek lagi kemik ni...aduh. Kata-kata yang dilontarkan tadi terpacul balik di ruang fikiran. Menasihati diri sendiri. InsyaAllah ada hikmah disebalik semua ini.
Lalu Cik Sambal bermonolong, "huh! Hikmah apa yang Allah mau bagi atas dosa-dosa ku ni? Bala? Astaghfirullah." Tapi Ust Pahrol banyak kali ulang, Allah itu menurut sangkaan hamba-Nya. Lalu, bersangka baiklah! Aduh. bukan mudah kan untuk berjiwa besar. tapi boleh cuba! yah. Cik Sambal kena cuba jugak!

Malunya untuk bersangka baik bahawa Allah akan balas kejahatan ku dengan kebaikan-Nya.
Malunya bila aku berterusan berbuat dosa, tapi Dia tak putus-putus memberi nikmat.
Malunyaaaaaaaa!

Tapi kita hamba kan? ya. Kita hamba. sering diuji. Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan. Yup Cik Sambal, berjuanglah. Berjuanglah untuk tetap menjadi harapan ummah!

Mujurlah dosa itu tidak berbau. Jika tidak..pasti tiada siapa mau mendekat Cik Sambal kan?

Dosa-dosa membuatkan hari dilalui terasa kelam. Hati gundah dan gelisah. Inilah. Bilamana melanggar fitrah.
Fitrah manusia itu sukakan kebaikan.
Kenapa harus ko buat kejahatan weyh???  -------> ayat untuk Cik Sambal.

Pesanan Ust. Pahrol lagi,

Wahai Cik Sambal (sendiri tambah),
tidak ada jalan dan ikhtiar lagi kecuali kembali pada Allah,
Perkukuh solat 5 waktu dengan rawatibnya,
Luangkan dan lapangkan masa membaca Al-Quran dan berselawat,
Kurangkan makan dan kurangkan perkataan,
Bercakap hanya yang baik atau diam,
Uzlahkan diri jika terasa mata dan telinga terlalu liar untuk dikawal,
Tersenyumlah dengan penghinaan,
Redhalah dengan kesepian,
Jangan takut kepada kelicikan, tipu daya dan diskriminasi manusia,
Segala itu tidak merugikan kita,
WHEN ALLAH IS YOUR FRIEND, WHO IS YOUR ENEMY?

Kesakitan itu. ekceli, kesentapan itu Alhamdulillah sangat menyedarkan Cik Sambal. Jangan memandang hina/keji orang yang berbuat kejahatan. Kerna satu hari nanti mungkin mereka lebih banyak buat kebaikan daripada kita. Jiwa Dai'e itu penuh kasih sayang. Bukan menghindar kerna menghukum kan?
Aduh lagi.

Allah. Aku mohon jangan Engkau lepaskan tali tempat ku berpaut.

teka mana satu Cik Sambal? 







Monday, October 14, 2013

Di mana DIA di hatiku?

Bismillah dan assalamualaikum.
semenjak naek tahun 3 ni...post sebulan sekali jak?
sooo boring kann~~
many things to share actually, tapi hati, otak dan jari malas berinteraksi sesama mereka untuk menghasilkan bebelan yang berkesan.
Ini kali ntah kenapa, mengapa dan bagaimana.
Cik sambal mau membebel lah. boleyh? boleyh dok?
Boleeyyyyyylaaaahhh. :D

Kemarin Cik Sambal beli buku olsss~~ buku tu dah keluar lama. dah pernah baca sikit dari kawan jugak. Masa tunggu LRT untuk ke KL Sentral, Cik Sambal tersentap sendiri melihat orang lain membaca sedangkan Cik Sambal, buku pun nda bawa! Apa kono ni Cik Sambal? Lepas tu sewaktu menunggu LRT untuk bergerak dari Ampang ke TBS pun, ada orang sedang membaca. sedang aku? Terkial-kial melihat ke luar gerabak. Haih. Lalu Cik Sambal berazam untuk membeli apa saja yang boleh dibaca sesampai TBS! dan selesai beli tiket dan Cik Sambal bergegas ke MPH TBS! Mencari-cari buku! dannn jumpa! penulis buku tu yang buat Cik Sambal tertarik untuk baca. yah. Ustaz Pahrol Muhammad Juoi. bercerita tentang penulis, Cik Sambal pernah jumpa doh dengan beliau. Di majlis bernikahan anak beliau, Iman Binti Pahrol.


nah gambar sebijik sebagai bukti..hehehe. excited den!

Jadi buku apa Cik Sambal beli? 
Buku DI MANA DIA DIHATIKU?

yup. Persoalan yang wajib ditanya pada hatiku, pada jiwaku dan juga seluruh jasadku.

Dia mana DIA dihatiku?
Di saat orang lain memecut laju dalam medan dakwah.
sedang aku berehat melepas lelah yang entah kelelahan sebab apa.

Di mana DIA dihatiku?
Di saat ramai adik-adik inginkan suluhan tarbiyyah.
tapi aku membiar mereka tanpa arah.

Aduh tega sekali kamu Cik Sambal.

Aku lalu melihat pada diri.
Tudung labuh dan baju longgar yang menutupi.
tidak cukup untuk ku mencapai takwa apatah lagi Redha Ilahi.

Waduh. kesal pada diri.
punya ilmu tapi tidak diamali.

Lalu aku mula bertanya pada diri.
Pada siapa harus ku mengadu?
Bagaimana harus ku hadapi?
Air mata menetes.
Kok bertanya pada siapa harus mengadu?
Sedangkan kita punya Allah Maha Kuasa!
Kita punya Allah Maha Mendengar!
Selalu punya masa untuk kita.
Tapi kita?
Apa punya masa untuk mengadu pada Allah?
Apa punya masa untuk bermanja dengan Allah?
Apa punya masa untuk bertahajjud pada Allah?
Aku jadi lupa diri.
Siapa aku sebenarnya.

berbaloi-baloi beli buku ni.
Harga murah.
Penulis gempak.
daebak bak hang. 
RM 15.00 sahaja :)

Puisi dari Buku Dimana DIA dihatiku?

Silih Ganti Rasa

TUHAN...
dalam letih aku merintih
kelemahan dan kelalaianku
alpa dan dosaku
aku lemah tak berdaya

TUHAN...
dalam suka dan duka
tangis dan tawa
melimpah rahmat dan nikmat-Mu
aku syukur dan akur
lupa aku mengenang-Mu
dalam sibuk dunia yang gawat
KAU lupa kuingat

TUHAN...
ampunilah hatiku yang pilu
tak endah bila menadah
akan kebesaran-Mu
ingatkan daku
agar mengingati-Mu

TUHAN...
Bicara-Mu tanpa suara
Belaian-Mu hanya rasa
KAU terlalu dekat
tanpa suara
namun Cinta-Mu Ketara jua...

Cik Sambal.