Monday, December 30, 2013

Nota kena ingat sampai mati kepada besday gurl.

Bismillah dan assalamualaikum.

Aiseh panjang gilak tajuk kan. ya hari ni besday Cik Sambal. claps-claps. erk.
hadiah mano? tiada nda pa.
Cukup ingat daku dalam doamu. eceh.

Tadi kan. konon sempena hari besday, mau la Cik Sambal tukaq "hiasan" dekat bellog ni. Tapi nda sedap mata Cik Sambal memandang. tetap suka dan selesa dengan background bebunga dan warna-warna ni. Nampak ceria gitu lorh.

Jadinya. Apa isi pot-pet yang Cik Sambal mau sampaikan?

Mestilah berkenaan Hari Kejadian Cik Sambal yang ke-2++ :p

Alhamdulillah. Sudah meningkat rupanya usiaku ya. Ajal kian mendekat. tapi iman dan amal nda bertingkat-tingkat. Astaghfirullah. Wajib ku akui. Dalam peningkatan usia ini, macam-macam berlaku. Lumrah hidup begitu la kan. Selagi hidup, selagi itu akan diuji.

Tadi konon tidur awal sebab mahu "mencepatkan" tarikh hari ni. Menanti ucapan-ucapan besday kawan-kawan di FB. eceh. macam artis siap reply laju lagi bha. ahahah. (nampak sangat keratuan fb disitu)

Dan bila bangun, menuju ke "meja belajar" ada sebuah buku. Hadiah seseorang. Yah buku yang kunanti-nantikan. Alhamdulillah. Tapi mau diceritakan disini, I'm so touched dengan pemberian buku tu. Mungkin sebab keikhlasan si pemberi yang benar-benar menyayangi dan mencintaiku. Aiseh, kalo "si pemberi" baca mesti melting punya. kui-kui.

Dan. Atas ketacingan itu. Hati ku jadi luluh.
Rupanya ada yang menyayangiku. Ya..ini belas kasih dan sayang dari Allah sebenarnya. disalurkan melalui orang sekeliling. Aku sudah lama tidak merasa disayang dan dicintai oleh teman-teman sekeliling. Bukan kerana mereka berhenti menyayangiku. Tetapi aku yang kian menjauh.

Semester ini. Di atas ketidak hadiran seseorang itu. Buat aku jadi sepi. Iya la. Kalau dia ada, Dia selalu menemaniku di fakulti. Tapi ada semenjak tu. Aku menjadi menjauh. Menjauh dengan semua orang baik-baik dan semestinya menjauh dengan kebaikan. Suka untuk aku ingatkan. Jangan menilai seseorang melalui pakaiannya, kerna aku sedar aku bukan baik melainkan Allah yang tutup aib.

Allah. Malu sekali aku dengan-Mu.
Aku berdosa. Aku berterusan mengkhianati-Mu.
tapi aku berterusan diberi nikmat. berterusan dikurniai orang yang menyayangi.
Aku malu ya Allah.
Aku sering kalah dengan nafsu. Sekejap ku taubat. tapi lepas tu aku berbuat lagi.

sudah banyak kali percubaan dibuat untuk membebel sebenarnya. tapi itulah. cuba untuk menipu diri. yalah. bellog ni aku mahu ianya bermanfaat. tapi maaf atas luahan rasa yang membuat penziarah merasa rimas. bukan mahu di beri simpati melainkan untuk dinasihati.

Pagi 30 Disember ini mahuku muntahkan segalanya.

Aku bukan diriku lagi.

Menjadi seseorang yang bukan diri kita memang payah. Sangat payah, Memenatkan. Kerna memerlukan lakonan. Aku mahu jadi baik. Bersama orang-orang baik. Membuat benda-benda baik. Yah ada sikap ku juga yang tidak baik. Memang masalah yang aku hadapi semenjak sekolah menengah lagi. Terlalu "peramah". Di realiti atau alam maya memang keramahan yang tidak dinafikan. Bukan ni jak sikap nda baik tu. Banyak lagi. cuma mau highlightkan yang ini. Tuhan. Aku penat berpura-pura lagi. Aku tahu masih ada "tali-Mu" untuk ku berpaut. Masih ada tangan-tangan yang sudi menarikku tika ku menjauh. Tapi aku terhalang. terhalang dengan dosa-dosa yang ku berbuat. Aku dalam sedar melakukannya tapi kalah dengan nafsu. Allah. Aku mahu hari ini menjadi pemula segalanya semula. Kuatkan aku untuk merubah diri ini kepada lebih baik. Aku mahu jadi anak solehah, sahabat baik dan pelajar yang cemerlang. Tang pelajar cemerlang tu memang susah ok. sebab bidang ni memang aku sudah mind-set nda suka nda minat. tapi aku pi apply. ahhaha. sangat kebijakan di situ. Boleh ka agaknya untukku "apply" kepada penaja ku untuk mengundur diri dari bidang ini. Nda berani ku bersuara menyatakan hasrat. Sudah terluka hati mereka. Teganya aku mahu menyakiti dorang lagi kan. Tapi aku harus bagaimana. Ya teruskan. Walau dalam paksa?
Allah. aku serabut. otakku mau pecah. memikirkan semua masalah. cuba ku lari darinya nda boleh. semakin sesak. semakin menyesakkan dada. wuuuu...

Akal berfikir. ni semua salah itu. salah ini. walau hakikatnya salah sendiri. Sendiri nda jaga amal fardhi. jadinya diri nda kuat. lemah. longlai dengan ujian. Padahal semua akan baik-baik jak pun selagi mahu bersangka baik dengan Allah.

Mau bebel apa lagi. itu jak. sudah tepu. terima kasih sudi baca. lain kali baca entry lain lagi :)



Tuesday, December 10, 2013

Terlupa atau sengaja melupakan.

Bismillah dan Assalamualaikum.

Kaddeng-kaddeng, nda tahulah adakah ini diriku yang sebenar disaat mencoretkan kata di bellog ni.
Sebab post-post lama yang aku baca, macam nda menggambarkan diri aku yang sekarang.
"Ouh aku dulu macam ni, macam tu"....sooob-sooob-soob.

Kembali membebel di bellog Cik Sambal ni buat terfikir balik, apa motif aku mewujudkan bellog ni?
Saja-saja? Menagih simpati? Berkongsi rasa yang sepatutnya rahsia?
Setahu aku, jawapan paling tepatnya, agar bellog aku ini bisa bermanfaat kepada orang lain.
Manfaat tang mana, kena baca la dulu.

Manusia tu mudah lupa kan?
Dan mahkluk pelupa tu CIK SAMBAL la.
yalah. Selalu lupa apa tujuan hidup dekat dunia ni. Selalu lupa dunia ni persinggahan rupanya. Selalu lupa jugak apa tujuan ngaji tinggi-tinggi sampai Uni ni. Well, Cik Sambal since masuk Uni ni macam buat tak endah jak bab ngaji ni. Tak patots kan? Ish apa nak jadi. Dan sebenarnya, Cik Sambal memang pelupa baaaaaaannnnyyaaaaakkk perkara. Sorry.

Tu la penting nya hidup/bersama/berteman dengan orang-orang baik. Dah tahu diri tu compang camping sana sini, kena perlu mejauh Cik Sambal? Sedarlah diri yang pelupa, kita perlukan sahabat/kawan/temen yang bisa menasihati kita dalam ingat lagilah masa lalai kan. Melatah tika ditegur tu perkara biasa kan? Sampai orang cakap baik-baik pun boleh marah? kena re-check IMAN la jawabnya Cik Sambal oiiii.

Lepas tu, semalam I'm going sooooo down because of the masalah HATI.
Lepas tu awal pagi ni kena nasihat Alhamdulillah. Selalu tak mau baca jak apa orang tu nasihat, tapi lepas baca jadi lega. Faktor ilmu dia botingkek-tingkek kot so aku boleh terima? heh.

Bebelan beliau seperti berikut;

"Jika tidak mampu jangan dipaksa..cuma sekadar berpesan..Di bumi mana pun kita berpijak, di bidang apa pun yang ingin kita ceburi..cabaran utamanya bukanlah bidang atau tempat (suasana).. Cabaran utamanya adalah diri sendiri.. Bealajar dalam istana sekalipun, bukanlah jaminan untuk seseorang itu berjaya.. Diri kitalah pencorak kejayaan itu..walau belajar di pondok buruk sekalipun bercahayakan pelita minyak yang dah usang. Pondok @ universiti bukanlah soal utama.. Kenali diri dan potensi diri itu perlu dalam merangka hala tuju dunia wal akhirat..

Bina Jati Diri- Teguhkan/tetapkan pendirian di saluran mana yang bisa kita jadikan medan untuk berbakti pada ummah..dan mengembaralah berteraskan ilmu dan bimbingan guru..bukan ikut suka hati.. Segalanya harus bermula dengan sebuah kata putus.. hidup sememang harus membuat pilihan, buat sedikit tapi konsisten itu lebih baik daripada mengejar banyak perkara tapi sekerat2..

Jika bersungguh, Allah pasti bukakan Jalan..Inshaa Allah. UTeM,,selagi mampu bertahan teruskan..habiskan apa yang telah dimulakan. Hujungnya nanti ada sinar kemanisannya.."

Terima kasih daun keladi atas nasihat tersebut. Memang selalu sentap bak hang kalo beliau cakap. Kunikalkan di hamparan bellog ni supaya bisa ku baca selalu dan orang lain pun baca selalu kalo mauuuu.

Lepas tu pulak, terbaca pesanan ayahanda Man.

Wahai anakku,Di dalam hadis Bukhari pernah menyebut Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebajikan baginya ditimpakan penderitaan ke atasnya.”Ayat ini menerangkan bahawa musibah yang ditimpakan ke atas orang yang beriman akan meningkatkan darjatnya di sisi Allah atau menghapuskan dosanya jika dia menghadapinya dengan redha dan sabar.Oleh itu, wahai anak kesayanganku, kamu hendaklah bersabar ketika menghadapi penderitaan yang menimpa kamu satu hari nanti kerana setiap penderitaan itu akan diberikan ganjaran oleh Allah apabila dihadapi dengan kesabaran.Senyum.


Tapikan, Cik Sambal nda mampu senyum dengan apa yang tertimpa. Astaghfirullah. Siapa la kita kan untuk menidakkan takdir Allah. Cuba untuk bersangka baik. Membuat sesuatu kerana Allah, insyaAllah Allah pun dah sediakan sesuatu yang ohsem daebak untuk kita kan? Tapi mahukah kita? Aiyok.

Tepuk dada tanya iman. Apa sebenarnya keperluan sekarang yang dapat membantu ummah? Bukan untuk diri semata.
Pesanan terakhir, Cik Sambal...Please la berubah diritu untuk orang lain, bukan tunggu orang lain berubah untuk diri kita.

Sekian :(



Sunday, December 1, 2013

Buat hati ku yang terluka dan terlupa.

Bismillah dan assalamualaikum. Ni dicopy dari folder lama yang berhabuk. selamat membaca. :)

Tidak tahu apakah luahan ini.... Di persimpangan itu terhuyung-hayang, cuba aku gapai pangkal emosi ku yang berkancah dalam detik konflik diri ini. Cuba aku bersikap rasional merungkai satu persatu agar dapat ku simpulkan seadanya jasad kerdilku ini dalam penghambaan kepadaNYA. Kerana aku sedar, sesuatu yang berlaku mungkin atau tidak aku tangani merungkaikan segalanya.

Bila mencari titik permulaan terasa satu penghalang menyekat imaginasi ku mendebik dada melawan karenah emosi. Ya, emosi selalu kental dalam perjuangannya merendahkan peringkat imaniah seseorang. Kadang-kala aku juga kecundang dengan kawalan emosi ku. Tetapi, masih tidak terungkur ketika aku sedar bagaimana emosi mempermainkan diri ini.

Yang pasti aku celik, menjadi segalanya makin berdarah atau parah. Dari kemunculan babak baru dalam pembetukkan susur-galur sisa hidup. Juga, titik garisan arena kemunculan hidup baru dalam perjuangan. Dalam sesak layanan remaja ku. Dalam keruncingan langkah-langkah ku. Pasti kan terbeban jiwa manusia mana pun menghadapinya.

Tetap buntu merobek persoalan di jiwa. Secebis jiwa kotor yang tidak tahu sekudus mana pengharapan yang diminta. Tidak tahu, sebanyak mana korban 'hamba' sepanjang usia. Namun, masih berdolak-dalih mempermainkan kata hati dalam emosi diri remaja ini.

Antara perjuangan dan kawan, perjuangan dan iman. Saling bergandingan di antara satu sama lain. Kurang satu kan runtuhlah tiang-tiang yang lain. Persis tiang-tiang solat dalam pembentukkan Tauhid-imaniah seseorang. Pelengkap antara satu sama lain. Bagaimana pula dengan objek lahiri duniawi seperti kawan, kebendaan serta kehidupan? atas dasar perjuangan tetapi masih pincang untuk bertautan.

Dua alam yang berbeza. Dari peringkat asuhan diri individu dalam pembetukkan Iman yang selari dengan Islam. Dan peringkat bersama bagi menentukan realiti hidup ini yang tidak wujud pembohongan bersendiri melainkan 'hidup bersama'. Dasar inilah yang selalu emosi bertelagah dengan kata hati ini.

Begitu sukar untuk berkesinambungan antara satu sama lain. Jika kurangnya asuhan rohani, sudah pasti kepalsuan diri menanggung konsep 'hidup bersama'. Jika wujud sekalipun, tetap kepalsuan mendahului tautan 'bersama' dan akhirnya kecundang dengan dimenangi oleh emosi.

Akal, Ilmu dan Iman semakin terpelusuk bila hati dirasuk emosi. Kalau sebelumnya, "Ya, aku seorang manusia. Aku yang akan merubah dunia. Aku mampu berdepan dengan cabaran". Tetapi tetap munafik setelah mana gara-gara antara emosi dan rasional hati tidak pasti membendung celaan diri sendiri.

Esok lusa berulang lagi. Entah apa kan tiba bila terbitnya fajar nanti. Emosi sudah tentu lebih kuat dari hari-hari kelmarin. Iman pula, bagaimana? Kerana kita tahu, manusia adalah sama kecuali setelah penilaian peringkat iman dan taqwa diri seseorang.


Mungkin ini juga beremosi. Tetapi khas buat hati ku lupa ini aku ingatkan. Buat hati ku luka ini aku sembuhkan. Tidak layak aku membicarakan segalanya jika aku masih sebegini. Perasaan aku cukup melampaui karenah nafsu emosi bermaharaja lela dalam dunia ku ini. Bukan dunia ku saja. Dunia kalian bersama. Realiti hidup kita, tidak pernah dusta dari fantasi yang tidak dapat di titik mulakan atau dinoktahkan. Ini dunia kita.