Tuesday, March 25, 2014

usah meninggi diri

Bismillah dan Assalamualaikum.

Jika dulu dipuji
Manis dipandang elok diikuti
Namun usah meninggi diri
Kau tahu ada kejahatan meliputi
Kau tahu ada dosa menuntut untuk diampuni
Tahu.
Masa berlalu dan pergi.
Sifat seseorang juga tidak kekal pada diri.
Dia mampu berubah.
Mengikut masa.
Mengikut ketika.
Kadang seperti malaikat bersujud tanpa henti.
Kadang seperti syaitan menghasut mengheret diri.
Hakikatnya kita cuma insani.
Iman kadang naik tak tertandingi.
Iman kadang turun mencecah lapisan bumi.
Usah meninggi diri.
Apa lagi pada Rabbul Izzati.
Kau tahu siapa yang Hakiki?
Kau tahu ke mana lepas ni mau pergi?
Kau tahu untuk apa diciptakan kita di dunia ini?
Namun kau pernah meninggi diri.
Terlepas dari hukuman duniawi.
Apa kau fikir terlepas dari azab ilahi.
Duhai diri.
Insaflah.
Kembalikan dirimu kepada Rabbul Izzati.
Yang sedia menanti.
Usah meninggi diri.
Di hamparan sejadah kau pasti temui ketenangan hati.

Tuesday, March 11, 2014

ketika mampu

Bismillah dan assalamualaikum

Tika mampu kudrat
tapi tidak terdaya masanya
hati ingin meluah rasa
penuh cinta pada yang Esa mahupun keluarga
tapi ketika mampu
ketika itu jugak menahan mahu
menunggu waktu
semakin banyak pemergian
membuat kita sedar akan kehadiran
kejauhan membuat kita menghargai pertemuan
kesunyian mengajar erti hidup bukan selamanya bersama insan
selagi mampu merasa
selagi itu rasa berdosa
sentiasa menunggu masa
huh
masa terus berjalan
tapi kaki terus bertingkah dari pintu taubat
bila rumah kata pergi
kubur kata mari
sempat berbuat apa lagi
hilaian jahat di sanubari
usia masih muda
apa mahu dirisaukan lagi
bila nafas dihujung nyawa
siapa kau nak cari?
apa sempat taubat mu nanti?
jutaan kata
tidak bisa mendamaikan jiwa terluka.

ketika mampu
seharusnya
membuat apa yang termampu
untuk menggapai syurga-Nya.
KAU LUPA?