Wednesday, March 8, 2017

To Inspired

Dengan Nama Allah.

Assalamualaikum. Sejahterah ke atas semua kawan2 pembaca. 

Terima kasih sudi mampir dan meluangkan masa.

Alhamdulillah 1 Mac lepas saya sudahpun setahun bekerja di syarikat sekarang. (for my blog record)

Beberapa bulan ni terasa diri demotivated. Mungkin atas bermacam perkara yang terjadi. Benda yang datang tanpa kita minta, boleh pergi sesuka hatinya. Pedulikan. Itu juga ujian Allah. Aku redha.

Dalam setiap ujian mengajar kita untuk mengatasi ujian yang serupa. Hanya mampu kecewa sedikit masa dan berlapang dada selamanya.
Tidak layak bertanya "kenapa aku diuji" sedangkan memang kita hamba layak untuk diuji.

Dalam setiap ujian dilalui, semakin menyedarkan Allah itu ada dan sentiasa di sisi disaat kita meminta mahupun melupa. Sedih bila sedar diri semakin menjauhi. Syukur saat dikurniakan kesedihan itu.

Dalam beberapa minggu ini. Rajin sangat mendengar motivational video di youtube. Alkisahnya mahu mendapatkan pencetus semangat untuk berbuat lebih baik dalam semua perkara.

Baru setahun jagung bekerja, pengalaman yang ada masih belum seberapa. Aku mula bertanya pada diri soalan yang tidak sewajarnya.

Mungkin atas perkara-perkara yang terjadi dalam tempoh setahun ini, aku banyak merubah perancangan. Banyak memasang impian. 

Berkata tentang impian.

Lucu bila mengenangkan siapa aku sekarang dan apa yang aku mahu di masa lalu.
Sampai kini aku masih bertanya pada diri apa impian ku.
Jurutera bukan impian mahupun cita-cita ku.
Namun ini jalan yang Allah bagi. Aku mahu jalani ia sebaiknya.
Lebih baik berlapang dada dalam kebanyakan perkara daripada menyalahkan sesuatu diluar kekuasaaan kita.

Lucu bila diri sendiri selalu tertanya-tanya tentang apa sebenarnya diri ini mahu. Berpendidikan dan bekerjaya selalu menjadi keputusan akhir yang dimahukan semua orang. Namun adakah selepas bekerjaya semuanya akan berkahir?

Nyata sekali tidak. Bagi yang Muslim, kita ada akhirat. Dimana dunia sebagai ruang dan peluang untuk kita bercucuk tanam amal, di akhirat nantilah kita akan menuainya. Namun, ianya tidak mudah.
Kerna syurga itu bukan murah.

Dikecewakan manusia itu bukan pengakhiran, Dikecewakan berkali-kali untuk kita merasakan besarnya nikmat Allah untuk memberi kita rasa kecewa pada manusia, namun tidak sekali kecewa pada Pencipta. Kembali pada Allah itu nyata. Malu, lupa Allah di saat mudah. Ingat Allah di saat susah. Ingatilah Allah selalu. Dalam susah dan senangmu.

Lucu bila tadi merasa tida benda untuk dicerita. Namun sekarang tidak mahu berhenti memuntah kata.

Maafkan atas keterlompatan isu. Semoga ada kata2ku yang bisa memanfaatkanmu.