Cik Sambal Kembali
Assalamualaikum dan Bismillah. Pemula kata dengan nama Allah semoga apa yang terluah bisa mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan taqwa. Post sebelum ini sudah lebih 6 bulan yang lepas. Aku masih menulis tetapi di telefon peribadi sahaja. Belum sempat memindahkan datanya ke dalam blog ni. (Dalam dua postingan sahaja). Buat pengetahuan rakan pembaca, kalau rasa tulisan bermula dari post ini semacam serius jak bunyinya, yakinlah kalian bahawa Cik Sambal sudah matang. Ya sudah matang. gittewww. 1 May 2018. Selamat Hari Buruh buat semua buruh-buruh di Malaysia. Dengan ucapan, tengah buat apa tu? Ok guys, I laughed with my own status. Memuntah kata di ruangan ini bukan mudah seperti postingan di facebook. Aku harus memanfaatkan ruangan ini agar bisa membuat perkongsian bermanfaat. Tadi sempat bertanya kepada sahabat, apa perlu aku berbuat malam ini. Lalu datang keinginan untuk membebel semula di bellog Cik Sambal ini. Aku lalu membuat list topic yang patut dibebelkan. S