Ujian

Bismillah.

Asslamualaikum.

Sekian lama tidak melontar kata.

setiap dari kita melalui ujian yang berbeza. Aku tidak menidakkan kesusahan orang lain. Sebab aku tahu setiap dari kita punyai ujian sendiri mengikut kemampuan kita.

Aku tidak tahu sama ada ini dilema wanita 25-an atau apa. Aku bisa jadi orang positif dalam semua perkara. Tapi sekali menjad negatif, amat sukar untuk aku keluar daripadanya.

Dan ya sekarang aku bersungguh untuk merangkak keluar darinya. keluar dari kegelapan yang menggelumang diriku sendiri.

Tahu? sudah seminggu aku tidak memijak tanah, tidak keluar rumah. mungkin sudah 3 minggu jugak aku tidak menolong mama di Gerai. Dan kamu tahu apa aku rasa sekarang?

Aku rasa, akulah orang yang paling tidak bermanfaat dalam rumah ini. Sangat tidak selari dengan kata-kata yang aku pegang, "Living For Giving".

Yah memasuki usia 25-an masih membuat aku terfikir apa sebenarnya aku mahu. Aku kurang pasti sama ada dilemma anak bongsu, atau aku sendiri orang yang tidak punya matlamat jelas dalam hidup.

Kadang fikiran jahat datang memujuk. Aku harus jadi engineer, atau yang setaraf dengannya kerana itulah tahap pengajian yang aku ada. Sejujurnya aku tidak berbangga dengan Ijazah yang aku ada. Buat masa ini bukan pekerjaan yang menjadi masalah. Tetapi diri sendiri yang seperti tidak kuat semangat dalam mencari rezeki.

Padahal semua sudah ada depan mata. Kurangnya, aku tidak bertindak. Malas, terlalu banyak fikir. Aku tahu semua kelemahan, tapi belum memperbaikinya. Aku tidak tahu harus tunggu siapa.

Allah tidak mengubah nasib seorang hamba, melainkan hamba itu sendiri yang merubahnya.

There is really upside down in our life.
I am not perfect person.
Im not hunger for popularity.
Im just easily get attention for where I go.

You  know what, people can get really worse when he/she is too far from Allah.

When you do all things for Allah sake, nothing can hurt you. NOTHING MEA.

Ya Rabb, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku tidak ketahui.

Comments

  1. Be strong! Aine paham sangat2 apa yang kak mea lalui. Aine pun kadang2 rasa macam tu, Semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita lalui. Ada hikmah semuanya, insyaAllah. Aine sayang kak mea :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. aine ,akk baru perasan comment aine ni. terima kasih aine. lets be strong ok! sayang aine jugak tauuu :*

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Aini Shah. Im sorry just read your comment here. Thank you for your time :) you can email me at meatul_humairah@yahoo.com :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cik Sambal Kembali

Generasi Kemenangan Yang Diimpikan