Posts

Cik Sambal Kembali

Assalamualaikum dan Bismillah. Pemula kata dengan nama Allah semoga apa yang terluah bisa mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan taqwa. Post sebelum ini sudah lebih 6 bulan yang lepas. Aku masih menulis tetapi di telefon peribadi sahaja. Belum sempat memindahkan datanya ke dalam blog ni. (Dalam dua postingan sahaja). Buat pengetahuan rakan pembaca, kalau rasa tulisan bermula dari post ini semacam serius jak bunyinya, yakinlah kalian bahawa Cik Sambal sudah matang. Ya sudah matang. gittewww. 1 May 2018. Selamat Hari Buruh buat semua buruh-buruh di Malaysia. Dengan ucapan, tengah buat apa tu? Ok guys, I laughed with my own status. Memuntah kata di ruangan ini bukan mudah seperti postingan di facebook. Aku harus memanfaatkan ruangan ini agar bisa membuat perkongsian bermanfaat. Tadi sempat bertanya kepada sahabat, apa perlu aku berbuat malam ini. Lalu datang keinginan untuk membebel semula di bellog Cik Sambal ini. Aku lalu membuat list topic yang patut dibebelkan. S...

Kerana Allah

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya aku menyuarakan rasa ini kerana Allah. Tiada daya dan upaya ku melainkan dengan izin Allah. Aku melakar kata agar bisa menjadi peringatan untuk diriku di masa depan. Kerana Allah. Iya kamu sedar? semua juga kita lakukan hakikatnya kerana Allah. sepatutnya kerana Allah.. Hari ini aku menyedari. Bahawasanya aku sangat memerlukan Allah dalam setiap tindakan setiap gerak geriku. Aku menghilang dan menjauh dari radar keimanan. Melanggar larangan-Nya, mengundang murka-Nya. Hari ini aku terasa sangat memerlukan Allah. Sangat. Kerana tiada daya dan upayaku melainkan dengan izin Allah. Aku telah menzalimi diri Aku telah melampaui batas Kini aku sedar betapa aku memerlukan Allah. Aku memerlukan Allah. Kata-kata ini meluncur laju juga kerana Allah. Tiada daya dan upayaku dengan izin Allah. Ya Allah Ya Allah Ya Allah Duhai diri. Baca ini. Andai suatau hari engkau lupa bagaiaman rasanya saat di...

Feeling Miserable

Assalamualaikum buat pembaca dikasihi Allah. Sudah lama tidak bersua di ruangan kata, meluah bicara yang aku tidak tahu siapa yang meluangkan masa untuk membaca. Pada waktu yang biasanya, untuk aku memuntahkan kata disini, mesti ada perasaan/emosi yang seakan mahu menangis sebelum menulis. (ok so emotional) Tapi sekarang terasa hurtless. Mahu memuntah apa sahaja yang terjadi sama ada pada diri atau masyarakat umumnya. Pertama. Aku merasa kecewa pada diri. Aku tahu ini tidak sepatutnya. Kerana ia seperti kecewa dengan ketentuan Ilahi. Tapi siapa sih yang tidak pernah melalui saat ini? Saat yang kau amat merasa diri, seorang yang tidak selayaknya. Merasa diri yang paling tidak berguna. Bila aku sedang merasa yang seperti diatas, aku akan mengeruhkan keadaan dengan mendengar lagu-lagu sedih, muzik-muzik emotional yang boleh melemaskan aku dalam kesedihan. Aku selalu rasa, untuk menulis sesuatu kandungan yang berguna sampai ke hati, penulis hendaklah mensucikan hati, membetulkan i...

To Inspired

Dengan Nama Allah. Assalamualaikum. Sejahterah ke atas semua kawan2 pembaca.  Terima kasih sudi mampir dan meluangkan masa. Alhamdulillah 1 Mac lepas saya sudahpun setahun bekerja di syarikat sekarang. (for my blog record) Beberapa bulan ni terasa diri demotivated. Mungkin atas bermacam perkara yang terjadi. Benda yang datang tanpa kita minta, boleh pergi sesuka hatinya. Pedulikan. Itu juga ujian Allah. Aku redha. Dalam setiap ujian mengajar kita untuk mengatasi ujian yang serupa. Hanya mampu kecewa sedikit masa dan berlapang dada selamanya. Tidak layak bertanya "kenapa aku diuji" sedangkan memang kita hamba layak untuk diuji. Dalam setiap ujian dilalui, semakin menyedarkan Allah itu ada dan sentiasa di sisi disaat kita meminta mahupun melupa. Sedih bila sedar diri semakin menjauhi. Syukur saat dikurniakan kesedihan itu. Dalam beberapa minggu ini. Rajin sangat mendengar motivational video di youtube. Alkisahnya mahu mendapatkan pencetus semangat u...

Terima Kasih 2016 :)

Image
Bismillah.. Permulaan itu sederhana, sesederhana memulakan sesuatu yang baik dengan kalimah Basmalah. ( UBAH : Syed Alwi Alatas) Assalamualaikum. Selawat serta salam ke atas junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda. Sejahterah ke atas para pembaca bellog Cik Sambal ini. Terima kasih atas kelapangan masa. Terima kasih atas keberanian mencemar pemikiran anda dengan sebuah bebelan. Semoga bebelan ini bermanfaat dan membawa kebaikan. Terima kasih Allah untuk tahun 2016. Terima kasih untuk kesempatan usia. Terima kasih untuk peluang bersama mama bapa. Terima kasih untuk kebersamaan bersama keluarga. Terima kasih untuk kekuatan menempuh jerih dan payah. Terima kasih untuk semua kebahagiaan dan kesakitan yang terasa. Gambar 2011. Sebahagian ada belum lahir. dan ada yang sudah pergi menghadap Ilahi :) Alhamdulillah 2016 bakal melabuhkan tirainya. dengan 2016, Aku memulakan kehidupan seorang bekerjaya. Aku mula dihimpit dengan tanggungjawab ke ...

Rasa

Bismillah. Dengan Nama Allah aku memula kata. Assalamualaikum. semoga setiap pengisian memberi manfaat kepada yang membaca. itu tujuan asal blog ini dibuat. Menginjak usia dewasa. banyak perkara tidak digemari akan kunjung tiba. Allah tidak membebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu. Allah tahu. Lalu Dia menguji. Aku sendiri kurang pasti. pengisian kali ini harus tentang apa. (Cek buku kerja. tengok nota) (buku nota bomba sudah dibuka, tapi lalu membelek lagu Fynn Jamal di Youtube) Beberapa hari yang sudah, aku mendengar kompilasi lagu-lagu Fynn Jamal sambil membuat kerja. Atas tugasan yang menggunung, aku jadi supersibuk menyiapkan tugasan. Alhamdulillah, aku bersyukur di saat mendengarkan lagu2 Fynn Jamal, aku jadi bermuhasabah sambil melakukan kerja. Aku tidak mengenali Fynn Jamal secara individu. Aku ada mendengar kisah tidak baik mengenai beliau. Bagi aku, kita manusia bukan malaikat. Pasti punya cela, pasti ada yang tidak suka. Jika sedar akan ke...

Kerana Aku Hamba

Image
Bismillah. Assalamualaikum. Aku diimbau secara paksa oleh kenangan lama. Ianya datang mengasak minda dan emosi. Aku sungguh tidak suka diperlaku sedemikian. Namun, bila aku cuba meletakkan diriku di situasinya Aku harus bertolak ansur. Meminta maaf dan berdoa kepada Allah semoga diampunkan dosa kita dan dipermudahkan segala urusan mendatang. Aku akui Kebaikan itu bukan terletak pada tudung yang dipakai bukan juga terletak pada banyaknya kata-kata kebaikan dikongsi. Tapi aku juga manusia biasa. Membuat kesilapan itu lumrah. Sungguh aku sedang memperbaiki dan memperbetul semuanya. Aku sering mengingatkan diri Bilamana melihat kejahatan yang dilakukan oleh orang sama ada terhadap diri kita atau tidak orang tersebut diuji Tuhan. Dia diuji di atas perlakuannya Dan aku diuji di atas respon yang aku lakukan. Mari aku kongsikan sedikit pengisian dari buku yang aku sedang baca sekarang. " BAIK DAN MUKHLIS" Garis yang m...

Khabar

Bismillah. Dengan nama Allah. Assalamualaikum, sejahterah ke atas kamu pembaca bebelan Cik Sambal :) Meniti dua malam terkahir di kampung halaman sebelum memulakan pengembaraan ukhwah lillahi taala ke Bumi Semenanjung selama seminggu. Kepikiran banyak di atas tugas hakiki yang belum ada kunjung habisnya. Sebelum aku menyambungnya malam ini, hatiku gelisah. Aku muntahkan disini saja. Tere Liye bilang di dalam page fbnya dari novelnya PULANG, "Hidup ini adalah perjalanan panjang dan tidak selalu mulus. Pada hari ke berapa dan jam berapa kita tidak pernah tahu, rasa sakit apa yang harus kita lalui. Kita tidak tahu kapan hidup akan membanting kita dalam sekali, membuat terduduk, untuk kemudian memaksa kita mengambil keputusan. Satu-satu keputusan itu membuat kita bangga, sedangkan hasilnya lebih banyak menghasilkan penyesalan." Hari ini aku bergelak sakan bersama abang dan kakakku. Usikan dorang buat aku mudah tertawa. Aku bahagia, bersyukur dikurniai mereka. Aku rin...

Syukur

Bismillah. Dengan Nama Allah, aku menulis dan meluah kata. Tiada daya dan upayaku melainkan dengan izin Allah. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dan sekeluarga serta para-para sahabat baginda. 31 Ogos 2016, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaannya buat kali yang ke 59. Alhamdulillah. Puji dan syukur kepada Allah kita masih hidup di bumi yang aman damai. Dalam kedamaian ini, dalam kemakmuran ini, jangan dilupa saudara kita yang menjadi pelarian di tanah sendiri jangan dilupa saudara kita yang masih menanti cerahnya mentari. Ujian. Allah datangkan ia dalam pelbagai bentuk. Ujian bisa menguji kesabaran. Ujian bisa datang menghanyutkan kita dengan kesenangan. Lalu ujian itu bagaimana? Aku selalu cuba mengingatkan diri. Kesusahan mahupun kesenangan. Itu semua ujian daripada Allah. Allah menguji hambanya sejauh mana kita bersabar dan bersyukur dengan ujiannya. Ada ujian bisa menjatuhkan, menjerumuskan kita ke dalam putus asa. Ada ujian bisa membangki...

Jalan Yang Lain

Bismillah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda. Tidak tahu harus bermula dari mana. Aku terpaku tanpa kata tapi tetap punya keinginan untuk meluah. Sudah ku tinggalkan bellog ini sekian lama tanpa bebelan. Tapi sekarang aku jadi buntu. Seperti tiada kata padahal ianya mahu mencurah-curah. Dua hari selepas bebelan sebelum ini, "Ujian", aku mendapat panggilan kerja. :) Alhamdulillah. Penantian ku selama dua bulan berakhir. Alhamdulillah selepas mendapat kerja itu terasa lapang di dada. InsyaAllah sudah mula membantu keluarga. Namun disebalik kegembiraan ku, aku bersimpati dan tetap berdoa. Agar sahabat-sahabat yang belum sampai rezeki pekerjaan dapat teruskan berdoa, tetap kuat dan sabar dalam menghadapi ujian dari Allah, Aku juga diuji. Diuji agar tidak riak dengan pekerjaan, Diuji agar tidak bangga dengan kedudukan. Terlalu banyak untuk aku syukuri sehingga malu untuk b...

Ujian

Bismillah. Asslamualaikum. Sekian lama tidak melontar kata. setiap dari kita melalui ujian yang berbeza. Aku tidak menidakkan kesusahan orang lain. Sebab aku tahu setiap dari kita punyai ujian sendiri mengikut kemampuan kita. Aku tidak tahu sama ada ini dilema wanita 25-an atau apa. Aku bisa jadi orang positif dalam semua perkara. Tapi sekali menjad negatif, amat sukar untuk aku keluar daripadanya. Dan ya sekarang aku bersungguh untuk merangkak keluar darinya. keluar dari kegelapan yang menggelumang diriku sendiri. Tahu? sudah seminggu aku tidak memijak tanah, tidak keluar rumah. mungkin sudah 3 minggu jugak aku tidak menolong mama di Gerai. Dan kamu tahu apa aku rasa sekarang? Aku rasa, akulah orang yang paling tidak bermanfaat dalam rumah ini. Sangat tidak selari dengan kata-kata yang aku pegang, "Living For Giving". Yah memasuki usia 25-an masih membuat aku terfikir apa sebenarnya aku mahu. Aku kurang pasti sama ada dilemma anak bongsu, atau aku sendiri ora...

Learn a lesson.

Image
Bismillah dan Assalamualaikum :) Bila ada wifi dan tempat yang hanya aku sorang jak ada, nah situ la peluang untuk aku membebel dan post di bellog! (sini: SOAE, Engineering Complex KLIA). Participants lain semua lelaki, so dorang semua gi sembahyang Jumaat sekarang, 1:46pm. Maka, bersedialah dengan bebelan Cik Sambal. You know what, I am so fortunate to get into this SL1M programme. (sila google what is SL1M) before graduating from Uni life, this is my first offer for a (partially/more like intern) job. At first place, aku ok jak dengan elaun money yang "boleh-bolehla" untuk survive for orang single macam aku. Aku fikir, inilah peluang yang aku ada untuk melibatkan diri dalam airport/aviation industry. Ditempatkan di Jabatan Engineering dalam unit Passenger Boarding Bridge, (PBB). Kalau bapa dengan mama or macik2 tanya apa, aku cakap la terowong2 yang kita guna sebelum masuk kapal terbang. aha!  ni lah dia Pas...

Cakap Banyak-Banyaaakkkkk.

Bismillah aku memula kata. Bukan Cik Sambal sudah kurang membebel di bellog, tetapi kekangan iman menegahku mengarang menyampaikan rasa yang diharapkan bermanfaat. Alhamdulillah, meski dengan pemergian abang seperti meragut segala kegembiraan dalam hidupku, aku kini redha dengan berjalannya masa. Setiap yang hidup pasti merasai mati, dan abang sudah pergi menemui Ilahi. Tinggal kami disini, meneruskan saki baki kehidupan sambil mendoakan kesejahteraannya disana. Abang, terlalu banyak ingin ku sampaikan. Hari ini, 17 Oktober. Aku tidak pernah sehari pun melupakanmu. Aku kini tidak lagi sedih akan pemergianmu. Tapi aku sayu masih tidak mengambil pengajaran disitu. Aku, mahu kembali kepada-Nya seperti abang juga telah pergi. Tapi aku mahu kembali dalam keadaan redhaNya bersamaku. Redha mama bapa bersama ku. Redha abang kakak bersama ku. Serta redha semua orang yang mengenaliku. Dan sebelum pemergian itu, aku mahu benar-benar kembali kepada Pencipta kita, Allah. ...

Abang

Bismillah. Assalamualaikum. Hari Pertama bersama GST.  Ada yang menyambutnya dengan sindiran seolah seronok meraikannya, tetapi tetap pedih membayar bil yang ada.  Bagi aku, bukan tidak mahu mempersoal, tapi persetankan. Kerna inilah hasil undian dari anda. Bukan marah kerna aku pembangkang. Tapi kerana ada tangan-tangan yang tidak mahu memberi peluang untuk kita bersama-sama merubah lanskap politik dan ekonomi Malaysia. Setelah apa yang kau lihat dan rasakan daripada regim sekarang ini, kau masih kata kita harus bersyukur kerna Malaysia sudah aman. Kau bisa berkata demikian. Kerna keluarga kau punya wang banyak. Bisa kau gunakan untuk makan semewahnya. Pakai secantiknya. Berjalan sesukanya. Bukannya aku tidak mahu begitu. Tapi aku tidak mampu. Walau kadang terlupa diri disaat terpegang duit walau hanya RM 50.00. Tapi. Post penghapus habuk blog ini bukan pada isu GST. Tetapi post kali ini untuk mengingatkan aku kepada seorang insan. Insan yang menyayangi aku...

VMO of life

Image
VISI HIDUP Seringkali, yang membuat pencapaian hidup kita terbatas adalah rendahnya visi dan cita yang kita canangkan. Belajarlah dari orang-orang besar yang pernah hadir dalam sejarah. Atau perusahaan-perusahaan besar yang hidup ratusan tahun bahkan melegenda. Anda akan menemukan sebuah visi besar yang menjadi landasan hidup dan bisnis mereka. Bukan sekedar popularitas yang dibangun, Atau berapa miliyar uang yang dikumpulkan, Namun sekali lagi, ada misi besar yang mereka emban. Bahkan alam dan manusiapun bahu membahu membantu mewujudkan niat mulianya. Seperti Nabi Muhammad yang istiqomah menyebarkan risalah Seperti Muhamad Yunus yang tergerak membantu kaum duafa Seperti Mahatma Gandhi yang mengobarkan semangat kemandirian dan kemanusiaan Seperti Bunda Teresa yang mendedikasikan diri sebagai misionaris kasih sayang Jadi, apa visi hidup Sahabat? via Mas Furqon

untuk aku

Image
Bismillah dan Assalamualaikum. di atas kewarassan yang masih ada. copy paste ayat Ayahanda Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum terlambat. orang yang lalai. akan ada peringatan selalu menjengah, mau kau bawa aku ikut serta ke Jannah? Wahai anakku, Ada kalanya kamu bersedih dengan apa yang kamu hadapi di dunia ini. Kamu akan lebih suka bersendirian, merajuk dan menjauhkan diri dari orang ramai. Ada kalanya kamu boleh menangis dengan masalah yang engkau hadapi. Wahai anakku, Sewaktu kamu rasa besarnya bebanan dan masalah yang kamu hadapi, terasa beratnya jiwa menanggung bebanan tersebut; engkau akan rasa tertekan yang amat sang at, di kala itu wahai anakku, engkau telah meletakkan kesalahan pada dirimu atau pada orang lain. Sebenarnya kamu perlukan kekuatan jiwa dan semangat bagi menghadapinya. Engkau perlukan kekuatan bagi menghadapi tekanan hidup ini. Wahai anakku, Apakah ada kekuatan lain selain kekuatan hubungan dengan Allah yang mampu mengeluarkan kamu dari perangkap kekecewaan yang ...