Pesan ayahanda Man.

Bismillah. Assalamualaikum.
Semenjak 1 April 2013 sehingga lah 4 April 2013.
ADA CERITA MENARIK YANG BOLEH DIKONGSIKAN BERSAMA.
tapi bukan hari ini. InsyaAllah lain kali.

Jom baca, telan dan hadamakan pesanan Ayahanda Man :)

Wahai Anakku,

Jangan takut gagal. Jangan sesekali takut pada kegagalan. Jangan malu terhadap kesilapan diri sendiri. Dan jangan cepat mengkritik apabila orang lain tidak sempurna.

Kerana itu akan menyebabkan anakanda mengelak situasi di mana anakanda tidak mampu mengawal keputusan dan mempunyai jaminan kejayaan sehinggakan anakanda tidak mengerti makna sebenar kehidupan ini.

Wahai Anakku,

Kegagalan tidaklah menakutkan.

Kegagalan ini sebenarnya adalah baja.

Daripada anakanda terlalu sedar akan kesilapan diri sendiri, mengapa anakanda tidak melihat kesilapan sebagai satu peluang untuk belajar, medan penambahbaikan dan meneruskan usaha?

Daripada anakanda melihat kegagalan sebagai alasan untuk berputus asa, bukankah lebih baik anakanda mengambil kegagalan sebagai tapak untuk membuat lonjakan semula?

Wahai Anakku,

Tiada apa yang perlu ditakutkan dengan kegagalan.

Kegagalan bukan petanda anakanda sudah gagal. Kegagalan sebenarnya bermaksud anakanda maju setapak lagi untuk mendapat jawapan yang betul.

Begitu juga pada kegagalan orang lain. Bukankah lebih baik jika anakanda memandangnya sebagai satu langkah progresif untuk mencapai cita-cita mereka?

Wahai Anakku,

Jangan takut membuat silap.

Mudah petuanya untuk tidak membuat silap. Anakanda jangan buat apa-apa dalam hidup ini, maka anakanda seumur hidup ini anakanda tak akan buat kesilapan.

Tapi ironinya, anakanda, ayahanda tahu ‘tidak membuat kesilapan’ adalah kesilapan terbesar bagi makhluk bernama manusia.

Wahai Anakku,

Semua baikpun ahli perniagaan, sukan, artis dan pemimpin telah menggunakan kegagalan sebagai baja mereka.

Mereka memilih untuk tidak berasa takut pada kegagalan. Sebaliknya mereka menyedari bahawa kegagalan adalah penting untuk mencapai cita-cita mereka.

Yang penting, anakanda belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya. Orang yang sentiasa mengulangi kesilapan yang sama adalah kegagalan yang sebenar.

Ayahandamu.

Senyum.

Pengalaman bersama BN 55 tahun adalah baja terbesar rakyat untuk mencuba Pakatan Rakyat.

Senyum.




sekian :)

Comments

Popular posts from this blog

Cik Sambal Kembali

Ujian

Generasi Kemenangan Yang Diimpikan