Dari Wanita kepada Wanita: MOHON TERASA!

Bismillah.
Assalamualaikum.
InsyaAllah coretan pada kali ini khas saya tujukan kepada wanita, ya saya wanita.
Ini untuk peringatan kita bersama.


"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung." 24:31

Telah termaktub suruhan Allah kepada kita, hambanya untuk menutup aurat. Firman ini ditujukan kepada kita WANITA. spesial kan kita dalam Islam. Allah siap adakan ayat-ayat yang khas untuk kita wanita.

Apa yang mahu ditekankan disini sebenarnya ialah mengenai AURAT!
Terpanggil untuk mencoret mengenai aurat bilamana saya ada melihat seorang pimpinan pelajar yang dia bertudung, cantik orangnya, tapi malangnya mengupload gambar yang tidak enak dipandangan mata saya. Memalukan saya rasa. Bila diri menjadi pemimpin, kesalahan sebesar zarah pun orang akan tengok. Inikan lagi kesalahan besar!

YA! TIDAK MENUTUP AURAT MENGIKUT SYARIAT ADALAH KESALAHAN BESAR KITA!

Ada suara-suara sumbang yang akan cakap;
"Ala, aku ada hak mau tutup aurat atau tidak..."
"Suka hati aku la nak upload gambar bertudung ke tak."
"Bising la sis. aku susahkan hidup ko ke dengan aku tak pakai tudung? Ko ape hal? kubur lain-lain kot!"
"terima kasih atas nasihatnya..tapi saya tak da seruan lagi nak pakai tudung, takut tak ikhlas."

hahahahha. stress.
HAK? menutup aurat mengikut syariat tu WAJIB cik kak. manada aku mau buat bila aku rasa itu hak yang kena aku tunaikan. perkara WAJIB, WAJIB buatla. samada suka atau tidak suka. WAJIB KENA BUAT!

SUKA HATI? bah. dengan kesuka hatian anda itu menjerumuskan diri sendiri ke lembah memalukan diri sendiri. orang yang memuji kecantikanmu tidak berteman dengan mu dengan ikhlas. mereka berteman denganmu kerana apa yang ko ada. teman yang baik ialah mereka yang tidak mengiyakan kesalahan kita. hati-hati pilih teman, kawan!

SUSAHKAN HIDUP? yes kamu menyusahkan hidup orang lain bila tidak menutup aurat. apa ingat ayah, abang, ibu dan sahabat-sahabat tidak terima saham dosa bila tidak menegur or mensihati? tak kesian ka dengan ayah? penat bekerja, mengejar amal, lastlt masuk neraka kerana kita? penat ibu yang mengandungkan kita, tuptup..kita menarik ibu kita untuk sama mendiami dan menerima seksaan di neraka?
nauzubillah. mau cakap pasal kubur lain-lain..apa ingat nanti ko masuk kubur tu boleh sendiri-sendiri ka?
dalam Islam, perlu untuk kita menjaga tepi kain orang. tapi yang sepatutnya. bukan metogeh!

IKHLAS? huh. ikhlas? ini benda subjektif. tiada siapa boleh menggambarkan pada kita bagaimana rupa keikhlasan sebenarnya melainkan kita sendiri merasainya. PAKSA DIRI BUAT! IKHLAS kan datang kemudian. insyaAllah :)

mohon terasa kepada mereka-mereka yang tidak menutup aurat mengikut syariat.
Islam tidak melarang kita berfesyen. boleh jak bha. tapi kita ada batasannya.
Batasan yang menjadikan kita sebaik-baik umat.
nukilan ini terhasil sebab saya sayang kamu. minta maaf atas bahasa yang kurang sopan.



SEKIAN T_T

Comments

Popular posts from this blog

Cik Sambal Kembali

Ujian

Generasi Kemenangan Yang Diimpikan