Wartawan! bukan engineer!

Assalamualaikum dan hye!
Post kali ini saya copy dari bellog lama saya.
Wartawan cita-cita ku.
Tapi Allah menetapkan lain.
Selamat mebaca :)


jika dulu mahu jadi penyampai Buletin Utama
kini mahu jadi penyampai agama.
InsyaAllah.



Post  saya dalam FB pada tengah hari semalam.

Berfikir apa yang mahu dipostkan nhe…

Mendapat ilham…dan terhasil la post di atas.

Yup dulu memang saya mahu menjadi reporter. Antara sebab utama, keluarga cakap saya mulut bising, banyak tanya na….ngam jadi reporter kata mereka.

Lagi saya mahu jadi reporter sebab masuk dalam TV, selalu jak saya bagitahu kawan-kawan, “Nanti kalo aku sudah jadi reporter, aku mesti lambai-lambai kamu dari dalam TV.”reaksi spontan mesti mereka akan ketawa kerana kelucuan…Hmmm memang niat mahu buat lucu dengan kawan-kawan tapi kalo betul saya dapat jadi reporter..memang saya mahu lambai-lambai semua tu. ^^  erk….sangat lucu pemikiran zaman kanak-kanak dulu.

Sebelum habis SPM, kami akan mengisi satu borang UPU untuk ke Universiti, program Diploma tentunya. Saya juga ada mengisi borang ke program matrikulasi. Hanya dua ini saja permohonan yang saya buat. Setelah habis SPM, sahabat-sahabat di sekolah lama sibuk isi SPA. Huh? Apa benda SPA nhe? Saya tak tahu, sebab masa di sekolah dulu Cikgu UBK tak ada roger apa-apa pun tentang SPA.

Setelah beberapa tempoh yang agak lama, dalam dua bulan atau lebih cuti sempena SPM, saya mendapat surat panggilan temu duga untuk kos Media di sebuah IPTA terkemuka la jugak.

Malangnya surat tu telah lewat sampai ke tangan saya. Sudah lebih seminggu tarikh temu duga terakhir. Saya rasa sangat sedih, ini pilihan pertama saya dalam permohonan UPU dulu. Siapa la bha ndak sedih kan..

Setelah berbincang dengan Abg. Kurus, saya tekad untuk ke ibu negeri Sabah sebelah malam untuk ke IPTA cawangan di sana keesokan harinya. Alhamdulillah selamat sampai ke Kota Kinabalu pada 2.00 pagi di sambut oleh Sahabat Pengurniaan Ketenangan ku dan bapanya. Sangat bersalah dan terharu menyusahkan mereka.

Keesokan paginya, belum sempat solat Subuh, dapat ‘simple massage sender’, sms dari seorang sahabat. “Mea, dapat masuk matrik ka?” Agak tersentak saya dibuatnya…saya hampir terlupa, rupanya hari itu keputusan untuk ke matrikulasi keluar. Saya dan sahabat Pengurniaan Ketenangan ku sangat seronok. Bila keputusan yang kami dapat, Alhamdulillah kami lepas untuk ke Matrikulasi.

Fuhh! Terus jadi berbelah bagi saya dibuatnya. Harus terus berusaha kejar Diploma Media itu atau meneruskan sahaja di matrikulasi. Hebatnya penangan sahabat-sahabat, saya membuat keputusan untuk meneruskan perjuangan di matrikulasi bersama sahabat-sahabat.

Pengurniaan Ketenangan ku bagitahu, mungkin bukan rezeki saya di kos Media tersebut.

Alhamdulillah selamat mendaftar di Kolej Matrikulasi Labuan. Setelah penat berorentasi seminggu, pada hari Ahad atau Sabtu, selepas waktu maghrib. Semua sahabat-sahabat yang saya rapat ketika itu mendapat subjek Hayat. Sebenarnya saya dan Pengurniaan Ketenangan ku mendapat subjek Fizikal, tapi Pengurniaan Ketengan ku mahu menjadi Doktor, niatnya sudah tekad, dan dia menukar subjek ke Hayat. Huuuu..tinggal saya seorang berada di Fizikal, terharu sahabat-sahabat yang risau  dengan ketiadaan kawan lain yang turut bersama dalam subjek Fizikal ini. Mereka memberi cadangan untuk saya menukar juga kos, saya menolak. Pertama, saya tidak mahu membuat keputusan mengenai penukaran subjek sebab terikut-ikut oleh sahabat. Mereka memang otak Bio, saya hanya tetap dengan subjek Fizik sebab banyak formula dan kira-kiranya.

Teringat saya selepas itu, bila saya bertanya sahabat-sahabat mahu menjadi apa selepas keluar matrik nanti? Semestinya jawapan mereka mahu mengambil kos Perubatan di peringkat Universiti dan menjadi Doktor InsyaAllah. Ada yang mahu menjadi pakar kosmetik. ^^

Bila soalan yang sama ditujukan kepada saya, mahu jadi apa nanti, saya bagitahu la mereka, “Mahu jadi pembaca berita/reporter.” Mereka tertawa kecil. Saya mula terasa hati, lalu tanpa sedar mengeluarkan air mata. “Salahkah kalo aku mahu jadi pembaca berita?” Rasa bersalah jugak menimbulkan persoalan itu kepada sahabat-sahabat. Mereka merasa bersalah kerana mentertawakan cita-citaku. Ya mungkin mereka pelik, ambil bidang Sains tapi mahunya jadi reporter.

Ya tentu sahaja saya mahu jadi reporter, masuk mendaftar ke program Matrikulasi merupakan peluang yang mesti saya grab! Sebab mudah untuk masuk ke Universiti dan cepat setahun.

Setelah hampir dengan PSPM semester 1, lagi dibebani masalah air di kolej. Saya bertekad untuk mengisi semula borang permohonan UPU buat kali  kedua. Permohonan yang kedua kos yang sama, kos Media.

Hanya tinggal satu kertas lagi bagi kami selesai menghadapi PSPM 1 di matrik. Dua hari sebelumnya, saya mendapat panggilan daripada IPTA tersebut dan mereka memberitahu bahawa saya dapat permohonan kos Media itu. Ini kali keduanya. Tapi memerlukan sesi temu duga. Dan sesi temu duga itu sewaktu kertas terakhir PSPM 1.

Sedih tidak terkata, saya merasa ini adalah peluang saya untuk mencapai cita-cita itu. Lagi Pengurniaan Ketengan ku memberitahu, “Mungkin ini bukan rezeki mu Mea.” Ya…semua yang tahu akan hal ini juga sependapat dengan Pengurniaan Ketenangan ku.

Setelah peristiwa tersebut, saya mula pasang tekad dan mengubati hati. “Bukan rezeki ku untuk jadi seorang wartawan, mungkin Allah sediakan satu kerjaya yang lebih baik untukku.” Mulai dari itu, saya mula menanam minat dengan bidang Kejuruteraan kerana subjek Fizikal yang kami belajar di matrik sangan dekat dengan Kejuruteraan.

Sebelum menghabiskan pengajian di peringkat matrikulasi, seperti biasa kami akan membuat permohonan, isi borang UPU fasa pertama. Pilihan pertama saya, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik Dengan Kepujian.

Sejujurnya, saya memilih kos ini bukan atas dasar tahu melainkan inilah cara yang paling selamat untuk saya meneruskan pengajian ke menara gading. Memandangkan pointer yang tidak seberapa, takut untuk mencuba nasib di universiti-universiti terkemuka seperti UIAM, UM, UKM, UPM dan USM. Saya memilih untuk memilih kos Mekatronik di UteM sebab, kos Mekatronik sedap bunyinya dan UteM IPTA baru yang dinaiktaraf sebagai Universiti kerajaan. Di mana pasti sahaja UteM kekurangan peajar dan sistem pointer tidak diambil kira sangat. Lagipula saya meyakinkan diri, kos mekatronik ini boleh dibelajar. Saya yakin inilah rezeki Allah untuk saya.

Sememangnya sukar, bila mana kita membuat sesuatu yang tidak kita tahu dan tiada minat dengannya. Padahal dulu ada bagitahu pada diri, tidak mahu jadi JURUTERA sebab banyak menggunakan mesin-mesin. Setelah pengamatan saya terhadap kakak yang mengambil Diploma Elektrik dulu.

Saya meneruskan jugak dengan pengajian di UteM dalam kos mekatronik tersebut. Akibat perbuatan sendiri, saya tidak fokus dalam akademik dan ada pendapat yang saya memang sukar mahu telan tapi ya inilah hakikat, “ko nhe kena kejutan budaya di uni nhe..semua aktiviti pun mahu ikut. Akademik terabai!

InsyaAllah semua ini akan ditebus semula dengan peluang yang kedua ini. Mohon doa semuanya. Dan sekarang, saya bersyukur. Alhamdulillah, walau saya tidak mengambil bidang Media, tapi saya masih boleh belajar tentang media. Akhir-akhir nhe, saya dah terjebak dengan penerbitan dan publisiti. Sedikit medianya situ…

Kesimpulannya, ANDA SIMPULKAN ^^
cik Sambal tengah sibuk mengkayuh sampan :p



sekian :)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cik Sambal Kembali

Ujian

Generasi Kemenangan Yang Diimpikan