Posts

Showing posts from March, 2017

To Inspired

Dengan Nama Allah. Assalamualaikum. Sejahterah ke atas semua kawan2 pembaca.  Terima kasih sudi mampir dan meluangkan masa. Alhamdulillah 1 Mac lepas saya sudahpun setahun bekerja di syarikat sekarang. (for my blog record) Beberapa bulan ni terasa diri demotivated. Mungkin atas bermacam perkara yang terjadi. Benda yang datang tanpa kita minta, boleh pergi sesuka hatinya. Pedulikan. Itu juga ujian Allah. Aku redha. Dalam setiap ujian mengajar kita untuk mengatasi ujian yang serupa. Hanya mampu kecewa sedikit masa dan berlapang dada selamanya. Tidak layak bertanya "kenapa aku diuji" sedangkan memang kita hamba layak untuk diuji. Dalam setiap ujian dilalui, semakin menyedarkan Allah itu ada dan sentiasa di sisi disaat kita meminta mahupun melupa. Sedih bila sedar diri semakin menjauhi. Syukur saat dikurniakan kesedihan itu. Dalam beberapa minggu ini. Rajin sangat mendengar motivational video di youtube. Alkisahnya mahu mendapatkan pencetus semangat u