Posts

Showing posts from 2015

Learn a lesson.

Image
Bismillah dan Assalamualaikum :) Bila ada wifi dan tempat yang hanya aku sorang jak ada, nah situ la peluang untuk aku membebel dan post di bellog! (sini: SOAE, Engineering Complex KLIA). Participants lain semua lelaki, so dorang semua gi sembahyang Jumaat sekarang, 1:46pm. Maka, bersedialah dengan bebelan Cik Sambal. You know what, I am so fortunate to get into this SL1M programme. (sila google what is SL1M) before graduating from Uni life, this is my first offer for a (partially/more like intern) job. At first place, aku ok jak dengan elaun money yang "boleh-bolehla" untuk survive for orang single macam aku. Aku fikir, inilah peluang yang aku ada untuk melibatkan diri dalam airport/aviation industry. Ditempatkan di Jabatan Engineering dalam unit Passenger Boarding Bridge, (PBB). Kalau bapa dengan mama or macik2 tanya apa, aku cakap la terowong2 yang kita guna sebelum masuk kapal terbang. aha!  ni lah dia Passenger Boardin

Cakap Banyak-Banyaaakkkkk.

Bismillah aku memula kata. Bukan Cik Sambal sudah kurang membebel di bellog, tetapi kekangan iman menegahku mengarang menyampaikan rasa yang diharapkan bermanfaat. Alhamdulillah, meski dengan pemergian abang seperti meragut segala kegembiraan dalam hidupku, aku kini redha dengan berjalannya masa. Setiap yang hidup pasti merasai mati, dan abang sudah pergi menemui Ilahi. Tinggal kami disini, meneruskan saki baki kehidupan sambil mendoakan kesejahteraannya disana. Abang, terlalu banyak ingin ku sampaikan. Hari ini, 17 Oktober. Aku tidak pernah sehari pun melupakanmu. Aku kini tidak lagi sedih akan pemergianmu. Tapi aku sayu masih tidak mengambil pengajaran disitu. Aku, mahu kembali kepada-Nya seperti abang juga telah pergi. Tapi aku mahu kembali dalam keadaan redhaNya bersamaku. Redha mama bapa bersama ku. Redha abang kakak bersama ku. Serta redha semua orang yang mengenaliku. Dan sebelum pemergian itu, aku mahu benar-benar kembali kepada Pencipta kita, Allah.

Abang

Bismillah. Assalamualaikum. Hari Pertama bersama GST.  Ada yang menyambutnya dengan sindiran seolah seronok meraikannya, tetapi tetap pedih membayar bil yang ada.  Bagi aku, bukan tidak mahu mempersoal, tapi persetankan. Kerna inilah hasil undian dari anda. Bukan marah kerna aku pembangkang. Tapi kerana ada tangan-tangan yang tidak mahu memberi peluang untuk kita bersama-sama merubah lanskap politik dan ekonomi Malaysia. Setelah apa yang kau lihat dan rasakan daripada regim sekarang ini, kau masih kata kita harus bersyukur kerna Malaysia sudah aman. Kau bisa berkata demikian. Kerna keluarga kau punya wang banyak. Bisa kau gunakan untuk makan semewahnya. Pakai secantiknya. Berjalan sesukanya. Bukannya aku tidak mahu begitu. Tapi aku tidak mampu. Walau kadang terlupa diri disaat terpegang duit walau hanya RM 50.00. Tapi. Post penghapus habuk blog ini bukan pada isu GST. Tetapi post kali ini untuk mengingatkan aku kepada seorang insan. Insan yang menyayangi aku apa adan