Posts

Showing posts from December, 2016

Terima Kasih 2016 :)

Image
Bismillah..

Permulaan itu sederhana, sesederhana memulakan sesuatu yang baik dengan kalimah Basmalah.
(UBAH : Syed Alwi Alatas)

Assalamualaikum.

Selawat serta salam ke atas junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda.

Sejahterah ke atas para pembaca bellog Cik Sambal ini.
Terima kasih atas kelapangan masa.
Terima kasih atas keberanian mencemar pemikiran anda dengan sebuah bebelan.
Semoga bebelan ini bermanfaat dan membawa kebaikan.

Terima kasih Allah untuk tahun 2016.
Terima kasih untuk kesempatan usia.
Terima kasih untuk peluang bersama mama bapa.
Terima kasih untuk kebersamaan bersama keluarga.
Terima kasih untuk kekuatan menempuh jerih dan payah.
Terima kasih untuk semua kebahagiaan dan kesakitan yang terasa.


Alhamdulillah 2016 bakal melabuhkan tirainya.
dengan 2016,
Aku memulakan kehidupan seorang bekerjaya.
Aku mula dihimpit dengan tanggungjawab ke atas keluarga dan kerja.
Emosi di 2016 sukar difahami.
Pernah meletus lalu melarikan diri.
Lari supaya emosi tidak meng…

Rasa

Bismillah.
Dengan Nama Allah aku memula kata.

Assalamualaikum.
semoga setiap pengisian memberi manfaat kepada yang membaca.
itu tujuan asal blog ini dibuat.

Menginjak usia dewasa.
banyak perkara tidak digemari akan kunjung tiba.
Allah tidak membebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu.
Allah tahu.
Lalu Dia menguji.

Aku sendiri kurang pasti.
pengisian kali ini harus tentang apa.

(Cek buku kerja. tengok nota)
(buku nota bomba sudah dibuka, tapi lalu membelek lagu Fynn Jamal di Youtube)

Beberapa hari yang sudah, aku mendengar kompilasi lagu-lagu Fynn Jamal sambil membuat kerja.
Atas tugasan yang menggunung, aku jadi supersibuk menyiapkan tugasan.
Alhamdulillah, aku bersyukur di saat mendengarkan lagu2 Fynn Jamal, aku jadi bermuhasabah sambil melakukan kerja.

Aku tidak mengenali Fynn Jamal secara individu. Aku ada mendengar kisah tidak baik mengenai beliau. Bagi aku, kita manusia bukan malaikat. Pasti punya cela, pasti ada yang tidak suka. Jika sedar akan kesilapan yang kita laku…