Saturday, December 31, 2016

Terima Kasih 2016 :)

Bismillah..

Permulaan itu sederhana, sesederhana memulakan sesuatu yang baik dengan kalimah Basmalah.
(UBAH : Syed Alwi Alatas)

Assalamualaikum.

Selawat serta salam ke atas junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda.

Sejahterah ke atas para pembaca bellog Cik Sambal ini.
Terima kasih atas kelapangan masa.
Terima kasih atas keberanian mencemar pemikiran anda dengan sebuah bebelan.
Semoga bebelan ini bermanfaat dan membawa kebaikan.

Terima kasih Allah untuk tahun 2016.
Terima kasih untuk kesempatan usia.
Terima kasih untuk peluang bersama mama bapa.
Terima kasih untuk kebersamaan bersama keluarga.
Terima kasih untuk kekuatan menempuh jerih dan payah.
Terima kasih untuk semua kebahagiaan dan kesakitan yang terasa.

Gambar 2011. Sebahagian ada belum lahir. dan ada yang sudah pergi menghadap Ilahi :)

Alhamdulillah 2016 bakal melabuhkan tirainya.
dengan 2016,
Aku memulakan kehidupan seorang bekerjaya.
Aku mula dihimpit dengan tanggungjawab ke atas keluarga dan kerja.
Emosi di 2016 sukar difahami.
Pernah meletus lalu melarikan diri.
Lari supaya emosi tidak mengawal peribadi.
Tapi sampai bila boleh aku lari?
Tidak selamanya.

M&E Engr on action. Erm poyo sangat kan. Saya masih belajar.
#irzulaeha

2016
berhenti dengan sebuah pengharapan.
Lalu meredhakan ia pergi sambil memperbaiki diri.
Lalu ada yang datang membawa harapan. lalu berlalu pergi.
Semua ini dari Ilahi.
Aku terima.
Aku redha.
Kerana Aku hamba, aku layak diuji oleh-Nya

Cinta manusia itu hanya tipu daya jika tidak disandarkan pada yang memberi Cinta.


2016
Aku mula menjejaki bumi Ilahi
memberi peluang kepada diri menjelajah dan menghargai anugerah Rabbi.
Usia mencapai suku abad
Buat aku lebih menghargai setiap insan yang hadir dan pergi.
Hadirnya dan perginya sesorang pasti membawa ujian.

Terima Kasih buat sahabat-sahabat yang menemani perjalanan ini :)
Terima kasih untuk semua hikmah.
Doakan aku kuat untuk langkah seterusnya.
Semoga diri dapat terus memberi kebaikan.

Terima kasih 2016 :)

Wishlist Pulang Pangkor - Checked :)



Saturday, December 3, 2016

Rasa

Bismillah.
Dengan Nama Allah aku memula kata.

Assalamualaikum.
semoga setiap pengisian memberi manfaat kepada yang membaca.
itu tujuan asal blog ini dibuat.

Menginjak usia dewasa.
banyak perkara tidak digemari akan kunjung tiba.
Allah tidak membebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu.
Allah tahu.
Lalu Dia menguji.

Aku sendiri kurang pasti.
pengisian kali ini harus tentang apa.

(Cek buku kerja. tengok nota)
(buku nota bomba sudah dibuka, tapi lalu membelek lagu Fynn Jamal di Youtube)

Beberapa hari yang sudah, aku mendengar kompilasi lagu-lagu Fynn Jamal sambil membuat kerja.
Atas tugasan yang menggunung, aku jadi supersibuk menyiapkan tugasan.
Alhamdulillah, aku bersyukur di saat mendengarkan lagu2 Fynn Jamal, aku jadi bermuhasabah sambil melakukan kerja.

Aku tidak mengenali Fynn Jamal secara individu. Aku ada mendengar kisah tidak baik mengenai beliau. Bagi aku, kita manusia bukan malaikat. Pasti punya cela, pasti ada yang tidak suka. Jika sedar akan kesilapan yang kita lakukan, perbetulkan dan meminta maaflah pada yang tersakiti. Aku tidak tahu apa kak Fynn Jamal akan baca pengisian ini. Tapi aku berharap beliau akan terus memperbaiki diri dan berkarya atas jalan-Nya semoga terbuka hati2 dengan izin-Nya.

sudah tentang Fynn Jamal.

Aku mahu kongsi apa rasa setahun lalu dimana pada waktu itu juga aku giat melayan kompilasi lagu Fynn Jamal di telefonku menggunakan aplikasi Joox.

Setahun lalu, aku di Nilai. Awal Disember itu aku sudah ada seruan untuk balik ke kampung halaman. sudah bersedia untuk berhenti. Tika itu juga, perasaan ini seperti serabut. Hati perempuan.
Macam-macam difikirkan. Dari soal jodoh, soal menyara diri, keluarga semua bercampur aduk. Mendengar lagu2 Fynn Jamal sekurang-kurangnya membuat aku sedikit tenang dan sedikit membuka fikiran. Subhanallah.

Tahun lepas perasaan nya gelisah. Ragu bercampur rasa.
Tahun ini kerisauannya juga sama.
Tapi rasanya jadi berbeda.

Sungguh. Menangis untuk diimbau.
Apa aku cari yang sebetul-betulnya?
Jawapan itu ada pada diri.






Wednesday, August 31, 2016

Syukur

Bismillah. Dengan Nama Allah, aku menulis dan meluah kata.

Tiada daya dan upayaku melainkan dengan izin Allah.

Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dan sekeluarga serta para-para sahabat baginda.

31 Ogos 2016, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaannya buat kali yang ke 59.
Alhamdulillah. Puji dan syukur kepada Allah kita masih hidup di bumi yang aman damai.

Dalam kedamaian ini, dalam kemakmuran ini,
jangan dilupa saudara kita yang menjadi pelarian di tanah sendiri
jangan dilupa saudara kita yang masih menanti cerahnya mentari.

Ujian.

Allah datangkan ia dalam pelbagai bentuk.
Ujian bisa menguji kesabaran.
Ujian bisa datang menghanyutkan kita dengan kesenangan.
Lalu ujian itu bagaimana?

Aku selalu cuba mengingatkan diri.
Kesusahan mahupun kesenangan. Itu semua ujian daripada Allah.
Allah menguji hambanya sejauh mana kita bersabar dan bersyukur dengan ujiannya.

Ada ujian bisa menjatuhkan, menjerumuskan kita ke dalam putus asa.
Ada ujian bisa membangkitkan kita daripada kegagalan memperteguh iman.

Lalu, ujian mana yang sedang kau hadapi?

Beringatlah,
apapun ujiannya, bersabar.
apapun nikmaat dari-Nya, bersyukur.

Semoga aku terus bersyukur atas nikmat-Nya dan bersabar atas ujian yang menimpa.

#semogakuat
#semogakitadipermudah

Thursday, August 18, 2016

Jalan Yang Lain

Bismillah.
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda.


Tidak tahu harus bermula dari mana.
Aku terpaku tanpa kata tapi tetap punya keinginan untuk meluah.
Sudah ku tinggalkan bellog ini sekian lama tanpa bebelan.
Tapi sekarang aku jadi buntu. Seperti tiada kata padahal ianya mahu mencurah-curah.

Dua hari selepas bebelan sebelum ini, "Ujian", aku mendapat panggilan kerja. :)
Alhamdulillah. Penantian ku selama dua bulan berakhir.

Alhamdulillah selepas mendapat kerja itu terasa lapang di dada. InsyaAllah sudah mula membantu keluarga. Namun disebalik kegembiraan ku, aku bersimpati dan tetap berdoa. Agar sahabat-sahabat yang belum sampai rezeki pekerjaan dapat teruskan berdoa, tetap kuat dan sabar dalam menghadapi ujian dari Allah,

Aku juga diuji. Diuji agar tidak riak dengan pekerjaan, Diuji agar tidak bangga dengan kedudukan.

Terlalu banyak untuk aku syukuri sehingga malu untuk berkeluh kesah atas sedikit kesusahan yang Allah beri.

Jalan Yang Lain. Pelik tajuknya, Tapi inilah kisahnya.

Bercita-cita menjadi wartawan. Tapi menyambung pengajian bidang kejuruteraan. Tetap meneruskan perniagaan dan masih passionate dengan makanan dan masakan.

Alhamdulillah, hari ini memasuki 5 bulan 18 hari aku bergerlar seorang M&E Engineer/Jurutera Mekanikal dan Elektrikal untuk sebuah syarikat konsultan pertama di Sandakan. Doakan agar urusan pendaftaran sebagai Jurutera berdaftar di BEM, Board of Engineers Malaysia dipermudahkan. InsyaAllah September nanti aku sudah boleh memeriksa permohonan itu.

Layakkah aku menjadi seorang Engineer?
Engineer kah aku?

Yup. Soalan pertama terpacul di saat menerima surat lulus probation tiga bulan dan mengamati jawatan yang dituliskan, M&E Engineer. Menjadi seorang Engineer bukan lah sesuatu kemewahan. Sejak awal, Sir M mengingatkan aku dan kawan-kawan. "Bekerja dalam bidang konsultan tidak menjanjikan kekayaan". Aku simpan kata-kata itu. Walau perit dengan keadaan sekarang yang memerlukan banyak keperluan duit.

Alhamdulillah. Aku bersyukur di keluarga yang baru ini. Walau pertama kali terdedah dengan industri konsultan, namun aku sangat memandang serius akan apa hala tuju aku selepas ini. Di atas niat, tidak kisah dapat pekerjaan apa asalkan dapat membantu keluarga.

Terasa pantas masa berlalu. Sudah 5 bulan berlalu sejak pertama kali aku menjejakkan kaki ke office itu. Semoga aku terus syukur, kuat, sabar dan terus memperbaiki peribadi dalam memahirkan diri untuk menjadi seorang Ir dan turut sama mengepalai sebuah konsultan di Sandakan suatu hari nanti. InsyaAllah. Amin.

#IrSitiZulaeha




Wednesday, February 24, 2016

Ujian

Bismillah.

Asslamualaikum.

Sekian lama tidak melontar kata.

setiap dari kita melalui ujian yang berbeza. Aku tidak menidakkan kesusahan orang lain. Sebab aku tahu setiap dari kita punyai ujian sendiri mengikut kemampuan kita.

Aku tidak tahu sama ada ini dilema wanita 25-an atau apa. Aku bisa jadi orang positif dalam semua perkara. Tapi sekali menjad negatif, amat sukar untuk aku keluar daripadanya.

Dan ya sekarang aku bersungguh untuk merangkak keluar darinya. keluar dari kegelapan yang menggelumang diriku sendiri.

Tahu? sudah seminggu aku tidak memijak tanah, tidak keluar rumah. mungkin sudah 3 minggu jugak aku tidak menolong mama di Gerai. Dan kamu tahu apa aku rasa sekarang?

Aku rasa, akulah orang yang paling tidak bermanfaat dalam rumah ini. Sangat tidak selari dengan kata-kata yang aku pegang, "Living For Giving".

Yah memasuki usia 25-an masih membuat aku terfikir apa sebenarnya aku mahu. Aku kurang pasti sama ada dilemma anak bongsu, atau aku sendiri orang yang tidak punya matlamat jelas dalam hidup.

Kadang fikiran jahat datang memujuk. Aku harus jadi engineer, atau yang setaraf dengannya kerana itulah tahap pengajian yang aku ada. Sejujurnya aku tidak berbangga dengan Ijazah yang aku ada. Buat masa ini bukan pekerjaan yang menjadi masalah. Tetapi diri sendiri yang seperti tidak kuat semangat dalam mencari rezeki.

Padahal semua sudah ada depan mata. Kurangnya, aku tidak bertindak. Malas, terlalu banyak fikir. Aku tahu semua kelemahan, tapi belum memperbaikinya. Aku tidak tahu harus tunggu siapa.

Allah tidak mengubah nasib seorang hamba, melainkan hamba itu sendiri yang merubahnya.

There is really upside down in our life.
I am not perfect person.
Im not hunger for popularity.
Im just easily get attention for where I go.

You  know what, people can get really worse when he/she is too far from Allah.

When you do all things for Allah sake, nothing can hurt you. NOTHING MEA.

Ya Rabb, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku tidak ketahui.