Thursday, March 28, 2013

Bismillah.
Assalamualaikum. wah uda lama nggak update post!
pasti yang rajin buka blog nhe boring kan?
tiada post terbaru (adaka? hahahhaa...)

anyways. MAU UPDATE LA NHE......
jom baca. ambil yang baik, tegur yang kurang baik :)
hidup saling berpesan-pesan.

NOTA CHEN-TA?
ingat mau buat tajuk NOTA KAKI.
tapi nampak macam tak sopan pulak kan.
terhasil la nota cinta ;)

Ada apa dengan nota? Ada apa dengan cinta?
So ada apa dengan post NOTA-NOTA CHENTA?
well. chenta is general.
chenta to what?
Well again. Don't misunderstand.
I'm not going to share about a chenta about a gugurl and boboy yang tak nikah lagi.

But other than that.
Chenta pada Allah, Rasulullah dan ibu bapa la chenta mau dikongsi :)
Dan diatas kechentaaan itu semua, lahirlah cinta pada dakwah.
Sebenarnya..dari cinta Allah dan Rasulullah membuat kita mahu menyampaikan dakwah.
Nda kesahla dengan apa carapun. apa yang penting? matlamat dakwah sampai.

jadinya. mau share la. Tokoh Pendakwah agung, Imam Hasan al-Banna.
disaat zamanya seperti kembali ke zaman yang meninggalkan Islam.
Imam Hasan bangkitmdisebuah kedai kopi menyampaikan ucapan umumnya.
mengajak orang ramai membuka minda, untuk membuka hati dalam menyampaikan dakwah.

Jom baca, 40 nasihat Imam Hasan al-Banna. panjang nhe mau baca. tapi. insyaAllah besar impaknya lepas baca :)

40 Nasihat Imam Syahid Hasan Albanna Untuk Para Aktivis Islam




1. Hendaklah engkau mempunyai wirid harian dari kitabullah tidak kurang dari satu juz. Usahakan mengkhatamkan Al-Quran dalam masa tidak lebih dari sebulan dan tidak kurang dari tiga hari.
2. Hendaklah engkau membaca Al-Quran dengan baik, memerhatikannya dengan teliti dan memikirkan ertinya.
3. Hendaklah engkau mengkaji Sirah Nabi dan sejarah para generasi salaf. Banyak membaca hadis Rasulullah saw, sekurang-kurangnya hafal 40 hadith dalam Al-Arba’in An-Nawawiyah dan juga mengkaji pokok-pokok aqidah dan fiqh.
4.Hendaklah engkau bersegera melakukan check up secara berkala atau berubat, begitu penyakit terasa mengenaimu. Disamping itu perhatikan faktor-faktor penyebab kekuatan dan perlindungan tubuh serta hindarilah faktor-faktor penyebab lemahnya kesihatan.
5. Hendaklah engkau menjauhi sikap berlebih-lebihan dalam mengambil kopi, teh, dan minuman perangsang yang lain. Elakkan sama sekali merokok.
6. Hendaklah engkau perhatikan kebersihan dalam segala hal baik tempat tinggal, pakaian, makanan, minuman, badan dan tempat kerja kerana agama ini dibina di atas dasar kebersihan.
7.Hendaklah engkau jujur dalam berkata dan jangan sekali-kali berdusta.
8.Hendaklah engkau menepati janji, jangan mengingkarinya bagaimana keadaan pun yang engkau hadapi.
9.Hendaklah engkau menjadi seorang yang berani dan tahan ujian. Keberanian yang paling utama adalah terus terang dalam menyatakan kebenaran, ketahanan dalam menyimpan rahsia, berani mengakui kesalahan, adil terhadap diri sendiri dan dapat menguasainya dalam keadaan marah sekalipun.
10. Hendaklah engkau sentiasa bersikap tenang dan serius. Namun janganlah keseriusan itu menghalangimu dari bercanda, senyum dan tawa.
11. Hendaklah engkau memiliki rasa malu yang kuat, berperasaan yang sensitif dan peka oleh kebaikan dan keburukan. Hendaklah engkau juga bersikap rendah diri dengan tanpa menghina diri, tidak bersikap taklid dan tidak terlalu berlunak hati.
12. Hendaklah engkau bersikap adil dan benar dalam memutuskan suatu perkara pada setiap situasi. Jangan kemarahan melalaikanmu dari berbuat kebaikan, jangan permusuhan membuatmu lupa dari pengakuan jasa baik. Berkata benar meskipun itu merugikan orang yang paling dekat denganmu.
13. Hendaklah engkau menjadi pekerja rajin dan terlatih dalam aktiviti-aktiviti sosial. Bahagia jika dapat mempersembahkan bakti kepada orang lain, gemar melawat orang sakit, membantu yang memerlukan, menanggung orang yang lemah dan meringankan derita orang yang terkena musibah.
14. Hendaklah engkau berhati kasih, dermawan, toleran, pemaaf, lemah lembut kepada manusia mahupun binatang, berperilaku baik dalam berhubungan dengan semua orang, menjaga etika-etika sosial Islam, menyayangi yang kecil dan menghormati yang besar, memberi tempat kepada yang lain dalam majlis, tidak memata-matai, tidak mengumpat, tidak mengumpat, meminta izin jika masuk mahupun keluar rumah dan lain-lain.
15. Hendaklah engkau pandai membaca dan menulis, serta memperbanyak membaca akhbar, majalah atau tulisan lain. Bangun perpustakaan khusus, seberapapun ukurannya, konsentrasilah terhadap spesifikasi keilmuan dan keahlianmu jika engkau seorang pakar, dan kuasailah persoalan Islam secara umum yang dengannya dapat membina persepsi yang baik untuk menjadi rujukan bagi pemahaman terhadap tuntutan fikrah.
16. Hendaklah engkau mempunyai usaha ekonomi yang mandiri, betapapun kecil, dan cukupkanlah dengan apa yang ada pada dirimu betapa tingginya kapasiti keilmuan.
17. Janganlah engkau terlalu berharap untuk menjadi pegawai dan jadikanlah dia sebagai sesempit pintu rezeki namun jangan pula engkau tolak jika diberi peluang untuk itu. Jangan engkau melepaskannya melainkan jika ia benar-benar bertentangan dengan tugas dakwahmu.
18. Hendaklah engkau perhatikan tugas-tugasmu secara cermat dan berkualiti.
19. Hendaklah engkau penuhi hakmu dengan baik, penuhi hak-hak orang lain dengan sempurnan dan janganlah menunda-nunda pekerjaan.
20. Hendaklah engkau menjauhkan diri dari judi dengan segala jenis apapun maksud disebaliknya. Jauhi mata pencarian yag haram, betapapun keuntungan besar yang ada di baliknya.
21. Hendaklah engkau menjauhkan diri dari riba dalam setiap aktiviti mu dan sucikan ia sama sekali dari riba.
22. Hendaklah engkau memelihara kekayaan umat Islam secara umum dengan mendorong berkembangnya kilang-kilang dan projek-projek ekonomi Islam. Engkau pun hendaklah menjaga setiap keping mata wang agar tidak jatuh ke tangan orang non-Islam dalam keadaan bagaimanapun. Janganlah makan dan berpakaian kecuali produk negeri Islammu sendiri.
23. Hendaklah engkau mempunyai sumbangan kewangan dalam dakwah, engkau tunaikan kewajipan zakatmu dan jadikan sebahagian dari hartamu itu bagi orang yang meminta dan yang kekurangan, betapa kecil pun penghasilanmu.
24. Hendaklah engkau menyimpan sebahagian dari penghasilanmu untuk persediaan masa-masa sukar, betapa sedikit dan jangan sekali-kali menyusahkan dirimu untuk mengejar kesempurnaan.
25. Hendaklah engkau menghidupkan tradisi Islam dan menghapuskan tradisi asing dalam setiap aspek kehidupanmu. Jagalah sunnah dalam setiap aktiviti tersebut.
26. Hendaklah engkau memboikot kehakiman kehakiman yang tidak Islami, demikian juga penerbitan-penerbitan, organisasi-organisasi, sekolah-sekolah dan segenap institusi yang tidak menyokong fikrahmu secara total.
27. Hendaklah engkau sentiasa merasa diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan bersiap-siap untuk menuju redha Allah dengan tekad yang kuat, serta mendekatkan diri kepada Allah dengan banyak ibadah sunah, memperbanyak zikir (hati dan lisan), dan berusaha m engamalkan doa yang diajarkan pada setiap kesepatan.
28. Hendaklah engkau bersuci dengan baik dan usahakan agar sentiasa dalam keadaan berwuduk (suci) di sebahagian besar waktu anda.
29. Hendaklah engkau melakukan solat dengan baik dan sentiasa tepat waktu dalam menunaikannya. Usahakan untuk sentiasa berjemaah di masjid.
30. Hendaklah engkau berpuasa Ramadhan dan menunaikan haji. Lakukan sekarang juga jika kamu telah mampu.
31. Hendaklah senantiasa menyertai dirimu niat jihad dan cinta mati syahid. Bersiaplah untuk itu pada bila-bila saja peluang untuk itu tiba.
32. Hendaklah engkau sentiasa memperbaharui taubat dan istghfarmu. Berhati-hatilah terhadap dosa kecil, apatah lagi besar. Sediakanlah-untuk dirimu-beberapa saat untuk mengintropeksi diri terhadap apa-apa yang telah dilakukan, yang baik mahupun yang buruk. Perhatikan masa, kerana masa adalah kehidupan itu sendiri. Janganlah engkau pergunakan ia-sedikitpun-tanpa guna dan janganlah engkau ceroboh terhadap hal-hal yang syubhat supaya tidak jatuh ke dalam lembah yang haram.
33. Hendaklah engkau berjuang meningkatkan keupayaan dengan bersungguh-sungguh agar engkau dapat menerima tongkat kepemimpinan. Hendaklah engkau menundukkan pandanganmu, menekan emosimu, dan memotong habis selera-selera rendah dari jiwamu. Bawalah ia hanya untuk menggapai yang halal dan baik serta hijabilah ia dari yang haram dalam keadaan bagaimanapun.
34. Hendaklah engkau jauhi mabuk dan seluruh makanan atau minuman yang memabukkan sejauh-jauhnya.
35. Hendaklah engkau menjauh dari pergaulan dengan orang jahat dan persahabatan dengan orang yang rosak serta jauhilah tempat-tempat maksiat.
36. Hendaklah engkau perangi tempat-tempat yang tidak sepatutnya, jangan sekali-kali mendekatinya, serta jauhi gaya hidup mewah dan bersantai-santai.
37. Hendaklah engkau mengetahui teman pergaulanmu satu persatu dengan pengetahuan yang lengkap dan kenalkanlah dirimu kepada mereka dengan selengkap-lengkapnya. Tunaikanlah hak-hak ukhuwah mereka dengan sepenuhnya hak kasih sayang, penghargaan, pertolongan dan itsar. Hendaklah hadir di majlis mereka, tidak hadir kecuali ada keuzuran atau kecemasan dan pegang teguhlah sikap dalam pergaulanmu dengan mereka.
38. Hendaklah engkau elakkan hubungan dengan organisasi atau jamaah sekiranya hubungan itu tidak membawa maslahat bagi fikrohmu.
39. Hendaklah engkau menyebarkan dakwahmu di mana-mana dan memberi maklumat kepada pemimpin tentang segala keadaan yang melingkupimu. Jangan engkau berbuat sesuatu yang memberi kesan penyertaan kecuali dengan izinnya.
40. Hendaklah engkau sentiasa menjalinkan hubungan baik secara rohani mahupun fizikal dengan Jamaah dan menempatkan dirimu sebagai “tentera yang berada di tangsi yang tengah menanti arahan komander”.

sekian :)








Friday, March 22, 2013

For Mukmin Student!

Bismillah. Assalamualaikum semuaaaaa!
hehehe.tiba-tiba pagi-pagi nhe ceria bagai kan?
Pagi-pagi haruslah ceria.
setiap masa pun kena ceria, supaya awet muda dan orang pun tengok turut merasai ke-HAPPY-an kita :)

so.SO.so!
What to share this time is, how to be a Mukmin student?
Cepat sangat masa berlalu. Hari ini, 22 Mac 2013, merupakan hari terakhir dalam minggu ke-5 sesi pengkuliahan di UTeM.
Dan ada yang minggu nhe dah start dengan Test 1, dan minggu depan lambakan Test akan berlaku.
hehehe.

Tips tentang bagaimana untuk menjadi Pelajar Mukmin ini saya peroleh waktu pegi ceramah motivasi di Melaka bebaru nhe. Abg. Hanafi nama diberi. Lepasan Ijazah dengan Kepujian Kejuruteraan Mekanikal di University of Cantebury, New Zealend. Mendapatkan suntikan motivasi daripada seseorang yang merupakan bisang yang sama dengan kita, memang apa yang dibilang kena di hati.

Dalam perkongsiannya, Abg. Hanafi mengecilkan skop kepada tiga bahagian. Iaitu,
1) Tanggungjawab dan peranan,
2)Bagaimana mengimbangi pelajaran dan tugas dakwah
3)Kenapa perlu pelajar Mukmin cemerlang akademik.

Berapa ramai daripada kita, pelajar Muslim yang mengaitkan tentang apa yang kita belajar dengan ibadah?
Apa itu ibadah?
Solat 5 waktu? Mengaji? Berzikir? Berpuasa?
Hhehe..jangan menyempitkan fikiran bhai. Ibadah bukan semata-mata itu.
Boleh ka kalo saya cakap, penulisan bellog pun ibadah?
insyaAllah ianya ibadah kalo memenuhi kriteria-kriteria berikut, NIAT YANG BETUL, MENGIKUT SYARIAT dan MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN.
kan. insyaAllah perkongsian dalam bellog ini adalah ibadat :)

Macam mana pulak mau kaitkan bidang profesional yang kita belajar sekarang?
Tahukah kawan-kawan? Ilmu yang ada di dunia ini semua milik Allah?
Ilmu kedoktoran, kejuruteraan, ilmu agama, falsafah dan semuanya adalah milik Allah.
Bukan setakat Ilmu, APA YANG ADA DI MUKA BUMI INI ALLAH YANG PUNYA.
kita hanya meminjamnya. Allahu akhbar.

Ilmu yang baik ialah jika ia dimanfaatkan kepada orang lain. Ilmu pulak tebahagi kepada dua. Iaitu Ilmu Syariatullah dan Sunnatullah. Ilmu Syariatullah nhe ilmu tentang agama, usuludin, fiqah and all the things yang berkadar terus dengan agama. Pengaplikasian tentang apa yang pelajar jurusan agama memang sangat berkait rapa denga kehidupan la kan.
Tapi yang macam saya nhe? Belajar Kejuruteraan Mekatronik. Bidang profesional, selain bidang agama ialah Ilmu Sunnatullah.

macam mana kita mahu jadikan belajar kejuruteraan sebagai ibadah adalah dengan kita AMANAH DENGA ILMU. Duit yang dilabur kepada kita, tidak kiralah PTPTN, PA&MA, Yayasan Negeri dan so wat ever, duit itu adalah amanah untuk kita. Bagaimana untuk amanah dengan ilmu?
1) Datang awal ke kelas
2) Put attention
3) tidak meniru semasa test dan exam
4) tidak ponteng kelas
and so on lagi sebenarnya. macam-macam. adakah kita mahu, bila sudah lulus menjadi seorang jurutera, dan insyaAllah bekerja di sebuah syarikat besaq. Kita diberikan tugasan untuk membuat satu jambatan, dan disebabkan dulu kita rajin ponteng kelas, dan bergraduasi dari Uni hanya cukup-cukup makan dan bila diberi tugasan buat jambatan tu, kita semberono dalam pembuatannya. Bila supplier semen bertanya berapa kampit semen diperlukan untuk sebuah jambatan ini? Kadaar kampit yang sepatutnya ialah 200 ribu, tapi disebabkan masa belajar dulu, masa kelas pengiraan kadar semen ini kita ponteng kelas, maka otak cerdik kita akan membuat perkiraan sendiri dan menetapkan semen sebanyak 100 ribu kampit sahaja. dapat bayangkan ka what will happen? The jambatan will collapse la kan. sebab kurang semen! sebab kita yang salah buat perkiraan! sebab kita yang tidak amanah dengan ilmu!

So as a Mukmin student, KITA WAJIB UNTUK MENGHARGAI, BERAMANAH dan MEMANFAATKAN ilmu kita ada kepada orang lain.

insyaAllah setakat nhe ini jak dulu yang dikongsikan. panjang berjela suda tauk. tiada orang mau baca nanti. haha! Bersambunggg....

Masjid Saidina Abu Bakar UTeM.
Meski pada awalnya agak terkilan dan terkesima dengan bangunan-bangunan di UTeM,
TAPI
berasa tenang dan menyedari keunikan Masjid UTeM ini :)

Kita merancang Allah juga merancang.
Mari set kan minda mahu pointer berapa semester ini.
Sudah mind set, rancang kerja bagaimana untuk mencapai set kita tadi.

Dah baca, sekarang terpulang pada anda mahu melakukan tindakan atau tidak.
I'm happy to get share this. ^^v
sEkIaN :)



Monday, March 18, 2013

Andai Aku Si Bisu.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Petang ini nda tau kenapa. jadi emo semacam. sikit-sikit emo.
lalu terlintas la mau tulis tentang Si Bisu.

I am talkative.
But what will happen andai peti suara ini tidak lagi bisa mengeluarkan suara yang merdu syahdu?
Waduh. aku pernah. mencuba untuk tidak bercakap selama sejam. memang tersiksa gilak.
well, a talkative tiba-tiba kena diam. ouh my!
But now, I feel like want to take a rest from talking too much.
But then, when I think back, if the voice still have, I have to say something good to everyone I met.
When there is no voice can be spoken, you will heard the voice within from my writing. :)

Berkata yang baik atau diam :)

mode: Senyap.

ada yang mahu aku senyap. fine. take it. 
Sekian :)

Geram dan Sebbalin!

Bismillah.
Assalamualaikum.



Saya tengah marah!

kali ini atas kesebalan membaca akhbar-akhbar tempatan selama hampir sebulan ini.
Berkenaan isu Lahad Datu.
mau highlightkan di sini.
BARISAN KEPIMPINAN DI MALAYSIA seperti buat endah tak endah akan isu ini.
Apa cer nhe bhai?
Saya yang bukan dok Sabah risau dan ketakutan memikirkan nasib saudara di sana, tapi pemimpin-pemimpin kita sibuk mende?
Sibuk dengan Pilihan Raya?

Ada yang cakap isu LD nhe dicetuskan oleh puak-puak BN atau UMNO.
pastu ada orang bilang jugak, isu LD nhe hasil perancangan DSAI sendiri.

Ah persetankan itu semua!
Nhe la nhe sebab mengapa yang ramai tidak minat dan berasa jelik dengan politik di Malaysia.
Sentimen politik harus diketepikan.
Utamakan keselamatan rakyat dulu baru pigi rasmi program sana sini.
Rakyat tengah sengsara terkurung, Pemimpin bersenang lenang dengan program huha.

Teringat sirah nabawi, bilamana Kerajaan islam diserang, Rasulullah sendiri menjadi Komander untuk peperangan. merancang strategik menumpaskan lawan. Rasulullah jugak la yang menyuntik semangat para askar untuk meningkatkan kebrgantungan pada Allah di sebelah malam. Siang menjadi singa, malam menjadi hamba.
Huh. Malaysia mengaku negara Islam? Siang jadi singa, malam jadi buaya?
Ape cer bhai?

Adakah apa yang berlaku di Sabah tidak terasa sakitnya oleh mereka yang berada di Semenanjung?
YES. memang tidak boleh seluruh negara berkabung dengan apa yang terjadi, tapi harus adil dong!
Saya sedih. sedih sekali tiap kali membaca akhbar.
Membelinya kerana melihat muka depan bercerita tentang isu LD. tapi bila menyusup ke dalam, isu gaji dinaikkan awal, program wanita sana sini, annual dinner dan macam-macam lagi.

minta maaf. ini tulis ketika amarah ku naik.
Astaghfirullah.
Ampunkan andai mana-mana terkasar bahasa.


SEKIAN.

Tuesday, March 12, 2013

Sejarah telah Berulang

Bismillah. Assalamualaikum!

jom nyanyi pembuka bicara,

Sejarah mungkin berulang...lang...lang...
walau engkau ku maafkan
ouh sang sakit
tapi mungkin hanya sementara
keinsafan di hatimu.

Untung orang yang diberi ujian sakit nhe kan.
bila sakit ingat mati.
sakit. mati. sakit. mati.

huh? aku ka sakit? insyaAllah tak. sakit jiwa kali. hahahaha.

sakit kepala pun sakit.
sakit perut pun sakit.
sakit otak pun sakit.
sakit mata pun sakit.

everyone of us had all those things rite?
especially students la.
soo it's normal.
but guys, disebabkan kita nhe pelajar yang kena belajar, take care of your health!

Dari Abu Hurairah r.a katanya: 
"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mu'min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan..."(Riwayat Muslim).

KenapaMuslim yang kuat lebih di sukai berbanding muslim yang lemah?
Tepuk dada tanya iman :)
malas mau jawabkan :p

nda suka ubat!
ubat hanya asbab. tapi Allah yang menyembuhkan.
jom doa!

lama tak post something dekat blog nhe. ouh sangat rindu. dan pengunjung bellog nhe mesti boring kan. cik sambal tak membebel. hahah.

I'm quit busy with my student work.
I join debat. haha!

well. join debat best! daebaks guys!
betul-betul. ini serius!
membantu mendevelope kan critical thingking kita.
kalo saya ajak korang join kelab debat mesti nda mau kan?
alasannya;

"Ala...aku tak pandai debat macam ko mea...",
"nda mau la. buang masa jak...bagus kau study dalam bilik..."
ataupun.
"ko buat hal ko la kan. nda payah mau ajak aku..."

merugi! merugi! merugi!
hahaaha. ganas x?
apa best join kelab debat?
kalo join kelab debat kena berdebat jugak ka?
haha.
tukar mind set la beb.
join kelab debat tak semestinya kena debat. 
tapi betulkan niat la kan, join kelab debat sebab mau perbaiki soft skill.
nda rugi pun. ini serius kali kedua!

ada jak kawan aku, join debat sebab nak TENGOK jak.
dan alhamdulillah lepas tengok tu dia teringin mau berdebat.
serius join debat best. mau tau dan rasa sendiri best ka tidak?
join la latihan kelab debat sekali.
pastu nilai la sendiri :)


nhe bukan menang la. nhe PINJAM tophy orang jak. hahah.
kemenangan kami kemenangan tertunda.
insyaAllah menang jugak.
walau team UTeM nda menang.
tapi aku menang dengan diri sendiri! 
Alhamdulillah.
wow! daebak!
sekian :)

Sunday, March 3, 2013

tintongtin?

Bismillah. Assalam!
Jom baca. nhe post lama saya di bellog lama.
enjoy it! semoga Allah redha :)

jadilah orang yang mengajar, 

atau orang yang belajar,

 atau orang yang mendengarkan,

atau orang yang menyukai

 dan jangan engkau menjadi orang yang kelima,

maka nescaya engkau binasa.



Siapa orang kelima yang disebutkan di atas? Siapa ya?

Mereka adalah si jahil. Yang sangat berbahaya.

Bahaya kenapa? Kerana apa yang kita ungkapkan tidak betul.

Dan apa yang diungkapkannya semua betul. 101%!.

Ini tidak adil. Tapi itulah hakikatnya.

Mereka yang jahil diibaratkan seperti tin cola(x semestinya cola, boleh cari yg x di boikot. heee) yang kosong.

Kalo tin kosong…buat bising dia punya la paling kuat…

Kalo tin kosong…mestilah kita boleh isi dengan air perisa apa-apa pun kan?

Boleh di isi sirap strawberri, sirap jagung, sirap anggur, cola, 100plus (te tiba haus) dan minuman-minuman yang banyak di pasaran tu ha.

Begitu juga dengan hati kita. Andai jiwa kita kosong, aliran apa-apa pun akan dituruti, dianuti.

Mari kita lihat satu contoh. Jarum-jarum halus suntikan Barat sejak lama tertusuk dalam kehidupan masyarakat kita di Malaysia tercinta.

Yang Melayu sibuk dengan cara Baratnya..

Yang Melayu meniru cara Barat…

Yang Melayu sibuk ke Baratan sejja…

Punk? Skinhead? Black Metal? Lady Gaga ulalala? Bibier Fever???

Kenapa mahu meniru? Kalau dalam dewan peperiksaan, meniru kan perbuatan yang tidak baik dan ditegah sama sekali!

Mereka yang meniru di dewan peperiksaan sebab apa? Sebab dorang tiada ilmu. Tidak mencari dan bersedia “isi otak” untuk menghadapi peperiksaan.

Begitulah juga mereka yang jiwa kosong. Mereka tiada “isi di dada & otak” dalam menghadapi kehidupan seharian. Ada saja benda baru..pasti mahu dicubanya tanpa menyelidiki ada apa dengan benda baru itu.

Di sinilah seharusnya Air Mutlak dipenuhi di dalam tin kosong tadi.

Air Mutlak, suci dan menyucikan.

Air Mutlak boleh lah diibaratkan sebagai ILMU

Bila jiwa yang kosong diisi dengan ILMU…

Jiwanya kembali segar, kembali subur.

Suka saya mengulangi ayat-ayat tentang ILMU yang mana bunyinya seperti berikut…

Ilmu merupakan kehidupan bagi hati yang mengalami kebutaan,

cahaya bagi penglihatan dari kegelapan.

dan kekuatan bagi tubuh dari kelemahan.

Mari sahabat-sahabat! Lengkapkan diri dengan ILMU menyuburkan IMAN menambah AMAL.

ini bila ILMU yang ada tidak diimplimentasikan dalam kehidupan. soooo sad.

sekian :)