Posts

Showing posts from March, 2014

usah meninggi diri

Bismillah dan Assalamualaikum. Jika dulu dipuji Manis dipandang elok diikuti Namun usah meninggi diri Kau tahu ada kejahatan meliputi Kau tahu ada dosa menuntut untuk diampuni Tahu. Masa berlalu dan pergi. Sifat seseorang juga tidak kekal pada diri. Dia mampu berubah. Mengikut masa. Mengikut ketika. Kadang seperti malaikat bersujud tanpa henti. Kadang seperti syaitan menghasut mengheret diri. Hakikatnya kita cuma insani. Iman kadang naik tak tertandingi. Iman kadang turun mencecah lapisan bumi. Usah meninggi diri. Apa lagi pada Rabbul Izzati. Kau tahu siapa yang Hakiki? Kau tahu ke mana lepas ni mau pergi? Kau tahu untuk apa diciptakan kita di dunia ini? Namun kau pernah meninggi diri. Terlepas dari hukuman duniawi. Apa kau fikir terlepas dari azab ilahi. Duhai diri. Insaflah. Kembalikan dirimu kepada Rabbul Izzati. Yang sedia menanti. Usah meninggi diri. Di hamparan sejadah kau pasti temui ketenangan hati.

ketika mampu

Bismillah dan assalamualaikum Tika mampu kudrat tapi tidak terdaya masanya hati ingin meluah rasa penuh cinta pada yang Esa mahupun keluarga tapi ketika mampu ketika itu jugak menahan mahu menunggu waktu semakin banyak pemergian membuat kita sedar akan kehadiran kejauhan membuat kita menghargai pertemuan kesunyian mengajar erti hidup bukan selamanya bersama insan selagi mampu merasa selagi itu rasa berdosa sentiasa menunggu masa huh masa terus berjalan tapi kaki terus bertingkah dari pintu taubat bila rumah kata pergi kubur kata mari sempat berbuat apa lagi hilaian jahat di sanubari usia masih muda apa mahu dirisaukan lagi bila nafas dihujung nyawa siapa kau nak cari? apa sempat taubat mu nanti? jutaan kata tidak bisa mendamaikan jiwa terluka. ketika mampu seharusnya membuat apa yang termampu untuk menggapai syurga-Nya. KAU LUPA?