ketika mampu

Bismillah dan assalamualaikum

Tika mampu kudrat
tapi tidak terdaya masanya
hati ingin meluah rasa
penuh cinta pada yang Esa mahupun keluarga
tapi ketika mampu
ketika itu jugak menahan mahu
menunggu waktu
semakin banyak pemergian
membuat kita sedar akan kehadiran
kejauhan membuat kita menghargai pertemuan
kesunyian mengajar erti hidup bukan selamanya bersama insan
selagi mampu merasa
selagi itu rasa berdosa
sentiasa menunggu masa
huh
masa terus berjalan
tapi kaki terus bertingkah dari pintu taubat
bila rumah kata pergi
kubur kata mari
sempat berbuat apa lagi
hilaian jahat di sanubari
usia masih muda
apa mahu dirisaukan lagi
bila nafas dihujung nyawa
siapa kau nak cari?
apa sempat taubat mu nanti?
jutaan kata
tidak bisa mendamaikan jiwa terluka.

ketika mampu
seharusnya
membuat apa yang termampu
untuk menggapai syurga-Nya.
KAU LUPA?


Comments

Popular posts from this blog

Ujian

Cik Sambal Kembali

Generasi Kemenangan Yang Diimpikan