Abang
Bismillah. Assalamualaikum. Hari Pertama bersama GST. Ada yang menyambutnya dengan sindiran seolah seronok meraikannya, tetapi tetap pedih membayar bil yang ada. Bagi aku, bukan tidak mahu mempersoal, tapi persetankan. Kerna inilah hasil undian dari anda. Bukan marah kerna aku pembangkang. Tapi kerana ada tangan-tangan yang tidak mahu memberi peluang untuk kita bersama-sama merubah lanskap politik dan ekonomi Malaysia. Setelah apa yang kau lihat dan rasakan daripada regim sekarang ini, kau masih kata kita harus bersyukur kerna Malaysia sudah aman. Kau bisa berkata demikian. Kerna keluarga kau punya wang banyak. Bisa kau gunakan untuk makan semewahnya. Pakai secantiknya. Berjalan sesukanya. Bukannya aku tidak mahu begitu. Tapi aku tidak mampu. Walau kadang terlupa diri disaat terpegang duit walau hanya RM 50.00. Tapi. Post penghapus habuk blog ini bukan pada isu GST. Tetapi post kali ini untuk mengingatkan aku kepada seorang insan. Insan yang menyayangi aku...