Posts

Showing posts from November, 2015

Cakap Banyak-Banyaaakkkkk.

Bismillah aku memula kata. Bukan Cik Sambal sudah kurang membebel di bellog, tetapi kekangan iman menegahku mengarang menyampaikan rasa yang diharapkan bermanfaat. Alhamdulillah, meski dengan pemergian abang seperti meragut segala kegembiraan dalam hidupku, aku kini redha dengan berjalannya masa. Setiap yang hidup pasti merasai mati, dan abang sudah pergi menemui Ilahi. Tinggal kami disini, meneruskan saki baki kehidupan sambil mendoakan kesejahteraannya disana. Abang, terlalu banyak ingin ku sampaikan. Hari ini, 17 Oktober. Aku tidak pernah sehari pun melupakanmu. Aku kini tidak lagi sedih akan pemergianmu. Tapi aku sayu masih tidak mengambil pengajaran disitu. Aku, mahu kembali kepada-Nya seperti abang juga telah pergi. Tapi aku mahu kembali dalam keadaan redhaNya bersamaku. Redha mama bapa bersama ku. Redha abang kakak bersama ku. Serta redha semua orang yang mengenaliku. Dan sebelum pemergian itu, aku mahu benar-benar kembali kepada Pencipta kita, Allah. ...