Cakap Banyak-Banyaaakkkkk.

Bismillah aku memula kata.

Bukan Cik Sambal sudah kurang membebel di bellog, tetapi kekangan iman menegahku mengarang menyampaikan rasa yang diharapkan bermanfaat.

Alhamdulillah, meski dengan pemergian abang seperti meragut segala kegembiraan dalam hidupku, aku kini redha dengan berjalannya masa.

Setiap yang hidup pasti merasai mati, dan abang sudah pergi menemui Ilahi. Tinggal kami disini, meneruskan saki baki kehidupan sambil mendoakan kesejahteraannya disana.

Abang, terlalu banyak ingin ku sampaikan. Hari ini, 17 Oktober. Aku tidak pernah sehari pun melupakanmu. Aku kini tidak lagi sedih akan pemergianmu. Tapi aku sayu masih tidak mengambil pengajaran disitu.

Aku, mahu kembali kepada-Nya seperti abang juga telah pergi. Tapi aku mahu kembali dalam keadaan redhaNya bersamaku. Redha mama bapa bersama ku. Redha abang kakak bersama ku. Serta redha semua orang yang mengenaliku.

Dan sebelum pemergian itu, aku mahu benar-benar kembali kepada Pencipta kita, Allah.
Bang, Alhamdulillah adek mu ni habis belajar suda. Kau memang mau sangat kan datang hari konvokesyen ku? Aku redha kau nda bersama kami. Aku gembira buat bapa, abang, kakak Wada dan Bina yang sama-sama hadir meraikan aku.

Bang, pemergianmu kini hampir 8 bulan. Padahal aku merasa kau di Sabah baik-baik saja. Kerja macam biasa. Walhal hakikat kau telah tiada. InsyaAllah, ingatan ini untuk aku selalu ingat akan kebaikan dan tanggjungjawab mu kepada ku bang.


Pernah ka rasa lelah? Penat dengan perjalanan.
Bukan penat pulang kerja. Bukan lelah menadah buku.

Tapi penat tu datang sebab jiwa mu resah. Kosong kering kontang. Rupanya tiada Dia di hatimu.

Pernah?

Jika pernah,
Alhamdulillah. Hatimu mahu kan Dia.

Jika tidak pernah,
Astaghfrullah. Re-check semula hatimu.

Carimu hatimu dimana dia. Kerna dia juga rindukan TuhanNya.
Kedua situasi itu memerlukan kau memperbaiki hatimu.
Hatimu yang rosak!
Lalu kau bertanya, bagaimana hati ini bisa rosak?
Tepuk dada tanya iman.


Kita diuji ssesuai dengan kemampuan kita.
Meski terkadang kita merasa ianya ujian yang terlalu berat. Terlalu merosak perjalanan hidupmu, yakin dan percayalah. Allah menunggumu dengan taubatmu.
Cukuplah dengan segala maksiat yang kau lakukan. Hulurkan tangan mu dan berpautlah dengan tali Allah yang selama ini kau lepaskan.

Aku.
Bersyukur ditemukan dengan ‘keluarga’ itu di university. Meski lari dari jalan istiqamah, aku sampai sekarang masih dalam lingkungan mereka. Allahu Allah. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah.

Meski aku banyak berdosa kepada-Mu, Engkau masih mengasihani aku dengan menutup aibku. Menjadikan aku golongan terpilih itu. Semoga aku bisa kembali kepangkuan-Mu dalam keredhaan-Mu.


Aku suka menjadi diri ku yang dulu.

Tapi apa mahu diungkit masa lalu, bila aku yang sekarang perlu perbaiki diri untuk hari mendatang!

Aku malu, dengan topeng kebaikan ini semua melihat ku ‘baik’ walhal tidak.
Kalian, percayalah. Aku bukan baik. Tapi aku sedang berusaha menjadi baik.

Alhamdulillah, andai aku bisa menjadi inspirasi.
Alhamdulillah, andai aku bisa melakukan kerja dengan baik.
Alhamdulillah, andai aku bisa menghilangkan kekusutan dan keduakaanmu.
Alhamdulillah andai aku menjawab semua persoalan kamu.
Sesungguhnya, semua itu,
La haw laa wa laa quwwata illa billah.

Sungguh!
Tiada daya dan kekuatanku untuk melakukan semua itu tanpa izin-Nya.
Apa tujuan ku melakar kata dan rasa disini?
Aku mahu yang membaca dapat mengambil secebis pengajaran dari perkongsian ini.
Meski bukan semua, sikit pun jadilah.


Aku,
seorang Meatul Humairah. Bukan nama sebenar.
Senyuman memang tidak lekang menjadi perhiasan wajahku.
Agar dengan senyuman itu, aku bisa menyenyumkan hati orang lain. (bukan mengulam).


Aku mahu berkongsi al-kisah dua Nadia.

Seorang Nadia, sahabatku fil dunya wa akhirah isyaAllah.
Aku panggil dia enti.
Alhamdulillah dengan persahabatan dengannya. Banyak aku belajar darinya. Dia selalu kagum dan teruja dengan semangat yang aku ada. Sebaliknya, aku juga mengaguminya dari sisi kematangannya dalam setiap perkara. Dia menyentak aku soal amanah dan jodoh.
Aku yang happy go lucky ini memang memandang setiap perkara itu, “rilek-rilek jak. Kita kupi-kupi dulu.” Hakikatnya pada seorang Nadia Mujahidah, dia sangat memngambil berat atas sekecil-kecil perkara.
Aku diuji. Dan dia juga diuji.
Aku mengumpul semangat saat berjumpa dia,
Dia juga beroleh manfaat bersua muka dengan aku, insyaAllah.
Aku berdoa, semoga Enti menghabiskan pengajian dan selamat melahirkan zuriat.
Terima kasih enti untuk semuanya.

Nadia kedua,
aku mengenalinya di program AA.
Aku perasan akan kehadirannya di program itu.
Sebab dia nampak pendiam dan ‘nerd’.
Kami menjalani program soft-skill dua minggu di Residence Hotel, UNITEN.
Pada Jumaat itu, hari terakhir kami di UNITEN.
Dia datang kepadaku dan berbicara kepadaku.
“I am inspired by you”.

Allah. Terasa bergoncang hatiku. Bukan bangga menjadi inspirasi, tetapi aku sedih sebab aku tahu siapa aku. Dan andai sahaja Nadia mengetahui siapa aku, mesti aku tidak layak menjadi inspirasinya.

Namun, segala pujian hanya untuk Allah.
Aku memang pernah berhasrat, agar dalam setiap percakapan dan tindakanku bisa menjadi pedoman dan ikutan orang ramai. *yang baik-baik jak. Jahat jangan ikut.*
_____________________________________________________________________

Kamu tahu?

Aku yang hari ini bukan aku yang hari lepas. Dan hari ini aku tahu dan percaya, hidup kita ini bagai roda. Kadang diatas kadang dibawah. Semangat itu ada turun naiknya. Iman itu juga bagai graph sinusoidal. Perlu ada turun dan naik untuk melengkapkan satu cycle.
Kamu, percayalah. Untuk setiap senyumanku yang terukir, setiap tawaku yang terhilai.
Ada bermacam-macam kesusahan, ujian dan kelalaian di belakangnya.

Kamu, tidak salah untuk berkongsi kesusahan, kemarahan atau cacian di media social terutamanya. Tapi kamu tahu siapa yang terluka dan terhiris hatinya dek perbuatan kita?

Aku memang kaki, raja, hantu semualah tentang media social terutamanya FaceBook. Aku sampai sekarang, mencari titik bosan dengan FB. Tapi tidak ku temui. Aku, suka dengan FB. Aku suka berkongsi kata-kata baik penuh inspirasi dekat FB. Post-post tersebut, bukan semata untuk orang lain. Melainkan untuk peringatanku sendiri.

Buat kamu pula.

Yang hadir dalam hidupku tapi selalu mengeluh.
Aku tahu, hidup ini bukan mudah. Jalani saja!
Kamu tahu apa kamu dapat dengan setiap keluhan?
Jerih dan payah. Berat hati dan kecewa untuk setiap hari yang dijalani jika kamu terusan mengeluh!

Aku kadang tindak punya kekuatan untuk menegur kamu agar tidak mengeluh. Kerana aku juga kadang mengeluh.

Jika selepas ini, aku pesan kepadamu agar tidak mengeluh,
Maka kamu juga wajib menasihatiku semula agar menghindari keluh kesah.

Buat aku.
Meminta maaf lah atas semua keterlanjuran kata!
Meminta maaf lah atas semua Kehilafan dalam pergaulan!
Berusahalah melunasi segala hutang!
Berbaktilah kepada yang hak!
Memberi la kepada siapa saja mengikut syariat!
Dan paling penting,
KEMBALILAH KEPADA-NYA.
DIA MERINDUKANMU.
MENANTI TAUBATMU.

Lahawla wa laa quwwata illa billah.
Doakan aku semoga dipermudah kembali ke jalan-Nya dan sentiasa melaksanakan suruhan-Nya serta kuat dalam melawan nafsu untuk tidak melanggar perintah-Nya lagi.

Kamu. Sesiapapun kamu yang membaca bebelan ini,
Allah menguji hamba-Nya tanda sayang.
Ibu bapa di kejauhan merindukan kita. Telefon mereka!
Ada yang terasa hati dengan kita, meminta maaf lah!
Ada yang mungkin tidak sedar kesalahannya pada kita, memaafkanlah!
Bersyukur lah dengan setiap nikmat yang kamu ada. Jangan dikesali dengan benda yang tiada!

Dunia ini memang dicipta untuk kita merasa kesusahan bagi yang beriman dan bertakwa!
Jika kamu merasa senang dengan dunia, berpalinglah dari dunia!
Kita milik Allah. Dunia ini milik Allah!
Genggamlah dunia itu di tanganmu, jangan kau semat ia dihatimu.

Akhirnya.
Allah, berikan aku petunjukmu atas segala urusan duniaku untuk persediaan akhiratku.

Amin.
Cik Sambal Membebel.
12:33AM
18 Oktober 2015.










Comments

Popular posts from this blog

Ujian

Cik Sambal Kembali

Generasi Kemenangan Yang Diimpikan