Posts

Showing posts from September, 2017

Kerana Allah

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya aku menyuarakan rasa ini kerana Allah. Tiada daya dan upaya ku melainkan dengan izin Allah. Aku melakar kata agar bisa menjadi peringatan untuk diriku di masa depan. Kerana Allah. Iya kamu sedar? semua juga kita lakukan hakikatnya kerana Allah. sepatutnya kerana Allah.. Hari ini aku menyedari. Bahawasanya aku sangat memerlukan Allah dalam setiap tindakan setiap gerak geriku. Aku menghilang dan menjauh dari radar keimanan. Melanggar larangan-Nya, mengundang murka-Nya. Hari ini aku terasa sangat memerlukan Allah. Sangat. Kerana tiada daya dan upayaku melainkan dengan izin Allah. Aku telah menzalimi diri Aku telah melampaui batas Kini aku sedar betapa aku memerlukan Allah. Aku memerlukan Allah. Kata-kata ini meluncur laju juga kerana Allah. Tiada daya dan upayaku dengan izin Allah. Ya Allah Ya Allah Ya Allah Duhai diri. Baca ini. Andai suatau hari engkau lupa bagaiaman rasanya saat di...