Kerana Allah
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya aku menyuarakan rasa ini kerana Allah.
Tiada daya dan upaya ku melainkan dengan izin Allah.
Aku melakar kata agar bisa menjadi peringatan untuk diriku di masa depan.
Kerana Allah.
Iya kamu sedar? semua juga kita lakukan hakikatnya kerana Allah. sepatutnya kerana Allah..
Hari ini aku menyedari.
Bahawasanya aku sangat memerlukan Allah dalam setiap tindakan setiap gerak geriku.
Aku menghilang dan menjauh dari radar keimanan.
Melanggar larangan-Nya, mengundang murka-Nya.
Hari ini aku terasa sangat memerlukan Allah.
Sangat.
Kerana tiada daya dan upayaku melainkan dengan izin Allah.
Aku telah menzalimi diri
Aku telah melampaui batas
Kini aku sedar betapa aku memerlukan Allah.
Aku memerlukan Allah.
Kata-kata ini meluncur laju juga kerana Allah.
Tiada daya dan upayaku dengan izin Allah.
Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah
Duhai diri. Baca ini.
Andai suatau hari engkau lupa bagaiaman rasanya saat diri sangat memerlukan Allah.
Harimu berlalu laju.
Tiada kau rasai, ianya berlalu begitu sahaja.
Tanpa ada apa-apa manfaat yang telah kau kerjakan.
Dirimu terasa kosong.
Kau merasa gembira dengan ketidak produktivitimu
Tetapi dalam masa yang sama kau bengang
Kerana sendiri tidak selesa dengan keadaan
Lalu kau merasa sekecil kecil perkara menjadi besar
Lalu dengan izin Allah
Tibanya hari ini
Hari yang mana kau tidak menambah produktivitimu
Tetapi kau sedar akan kebergantunganmu kepada Allah
Kau merasa masamu singkat
Kau merasa upayamu terbatas
Lalu dengan izin Allah
Asbab persekitaran kerjamu
Kau merasa kau memerlukan Allah
Memerlukan Allah untuk menolongmu
Untuk memberi kekuatan kepadamu
Lalu dengan izin Allah
betapa selama ini kau telah mengingkari-Nya
Lupa kepada-Nya
Menjauhi-Nya
Ingatlah diri
Hari ini kau telah kembali
kembali menyerahkan hatimu kepada Allah
Kau telah berjanji
Walau tidak terlafaz
Disini aku memetrai janji di hari
Aku berjanji untuk melakukan semuanya kerana Allah
Iya kerana Allah
Di setiap ingin dan impian ku semua kerana Allah.
Wahai jiwa yang mungkin sedang lupa diri.
Engkau telah berjanji yang sesungguhnya solatmu, ibadahmu, hidupmu dan matimu hanyalah untuk Allah.
Iya untuk Allah.
Lillahitaala.

Comments
Post a Comment