Kesal pada Dunia

Bismillah.
Assalamualiakum.
terhembus nafas dari hidung comel ku.
sudah lama tidak mencoret di sini.
ouh rindu bertandang~~~!

lama sudah kan nda update. dan banyak sebenarnya terjadi.
di provok luar dan dalam fb.
flashmob anak muda.
pilihan raya.
penipuan,
bersolidariti dengan BLACKOUT!
test, esaimen dan report.
soal hati.
haha!
baru sem nhe cik sambal rasa sibuk angat dan penat angat.

sudah banyak percubaan dilakukan untuk mengupdate bellog cik sambal nhe.
at last. cik sambal mau tulis pasal kekesalan cik sambal pada dunia.

ada bha baru-baru ni. 28 Mei. cik sambal dan kawan-kawan lain  bergadang sebab mau siapkan projek yang akan dibentangkan pagi 29 Mei. di situ la cik sambal semacam kesal.
hanya kerana perkara dunia ni aku sanggup tinggalkan bantal empukku.
tapi bila masa qiam? liat molep!
hanya kerana perkara dunia semua jadi huru hara.
belajar, buat projek 24 jam tapi melupakan perlunya mengumpul bekal untuk ahirat.
akhirnya siapa yang tertewas?
kita sendiri la.

bebaru ni. terhimpit dengan masalah hati.
bila hati diisi dengan apa-apa selain Allah.
mulalah iman menurun.
amal mengurang.
tindakan apa lagi. behambur. bertaburan.
nda teguh nda kukuh pendirian.
bersepah semuanya.
hanya kerana?
DUNIA.

Cik sambal mahu. dunia itu di genggaman. bukan merajai hati.
kelak dan dah terang-terang membinasakan diri bilamana DUNIA mahkota peribadi.

kesal. sungguh aku kesal pada dunia.
tapi kesal lagi aku pada diri yang tidak mahu merubah diri.
berubah lah cik sambal.
untuk diri sendiri.
untuk ummah.

haaa.nda da mood. ni jak dulu.
sekian. salaam :)

Comments

Popular posts from this blog

Ujian

Cik Sambal Kembali

Generasi Kemenangan Yang Diimpikan