Cik Sambal Kembali

Assalamualaikum dan Bismillah.

Pemula kata dengan nama Allah semoga apa yang terluah bisa mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan taqwa.

Post sebelum ini sudah lebih 6 bulan yang lepas. Aku masih menulis tetapi di telefon peribadi sahaja. Belum sempat memindahkan datanya ke dalam blog ni. (Dalam dua postingan sahaja).

Buat pengetahuan rakan pembaca, kalau rasa tulisan bermula dari post ini semacam serius jak bunyinya, yakinlah kalian bahawa Cik Sambal sudah matang. Ya sudah matang. gittewww.

1 May 2018.
Selamat Hari Buruh buat semua buruh-buruh di Malaysia. Dengan ucapan, tengah buat apa tu?
Ok guys, I laughed with my own status.

Memuntah kata di ruangan ini bukan mudah seperti postingan di facebook. Aku harus memanfaatkan ruangan ini agar bisa membuat perkongsian bermanfaat.

Tadi sempat bertanya kepada sahabat, apa perlu aku berbuat malam ini. Lalu datang keinginan untuk membebel semula di bellog Cik Sambal ini.

Aku lalu membuat list topic yang patut dibebelkan. Seperti mahu membebel tentang semua perkara tapi aku tahu ianya mustahil. Apa guna memuntahkan banyak kata, tapi tidak ada satu pun yang tersemat difikiran dan di dada kan.

Kalau membaca postingan/bebelan lama rasa malunya diri alahai. Pada tahun 2018 ni ada lagikah yang membaca bellog? Pembaca bellog Cik Sambal ni bukan mengkomen malas la. ahahhaha.

Berfikir sejenak......

Meningkat dewasa banyak yang kita lalui. Diuji dengan kerjaya, hati, emosi dan sebagainya.

Terlalu banyak difikiran akan menyebabkan seorang Cik Sambal give up untuk berbuat sesuatu. tidak patut.

Saya sekarang belajar untuk menjadi lebih matang. Semoga matang.

Matang itu bukan terletak pada usia, tapi terletak pada tindakan dan perbuatan kita dalam sesuatu perkara. kan.

Jangan pernah merasa diri lebih baik daripada orang lain. Ketika kita merasa dirimu baik daripada orang lain, sedarlah tika itu kita adalah orang yang tidak baik.

Aku dulu selalu mempersoal kenapa selepas kita bertaubat, pasti ada ujian-ujian mendatang untuk menguji kita lagi, jika tewas dengan ujian itu, maka kita leka, lalai dan berdosa.

Allah datangkan setiap perkara dengan hikmah bagi hamba-Nya yang mahu berfikir.

Kita berbuat dosa, dan bertaubat selepas berbuat. Sedarlah diri, dosa yang kita berbuat itu, agar kita sentiasa memperingati diri bahawa diri tidak lah sebaik mana. Jangan mudah menghakimi orang yang berbuat dosa, kerana kita tidak tahu kesudahan mereka dimana. Pandanglah mereka yang berbuat dosa dengan pandangan kasih dan sayang kerana Allah. Semoga suatu hari nanti mereka beroleh hidayah Allah, kembali kejalan-Nya.

Aku buat perkongsian religi begini bukan lah bermaksud aku seorang yang taat beragama sepenuhnya. Aku juga masih berusaha. Aku tidak baik seperti yang kamu lihat. Tetapi dengan kasih dan rahmat-Nya, Allah menutupi cela dan aib.

Wahai diri, bersyukurlah kepada Allah.
Bukan hanya pada ucapan.
Tetapi juga perbuatan.

Susah jugak bila pengisian tidak berfokus pada satu topik. Doakan aku dapat berkongsi lebih baik selepas ini. :)



Comments

Popular posts from this blog

Ujian

Generasi Kemenangan Yang Diimpikan