Jatuh? Bangunlah!
Bismillah, dengan nama-Nya aku berlindung daripada syaitan yang direjam. Semalam UTeM dan kampus lain ada yang sudah melabuhkan tirai Konvo Festival. dan UTeM, untuk kali ke-9 nya telah melahirkan graduan-graduan yang insyaAllah akan berbakti kepada masyarakat hendaknya. Teruja gilak ni Cik Sambal tengok dorang grad! Lagi-lagi orang-orang yang Cik Sambal kenal. Ada yang dapat anugerah Diraja, anugerah Canselor dan anugerah yang semuanya dapat! Sungguh pelbagai kepahitan, kesakitan, tangisan yang dilalui untuk mencapainya kan? YA. Cik Sambal pun mahu seperti mereka. Agar tersenyum gembira mama dan bapa. Agar merasa bangga punya anak memegang segulung ijazah. Meski ini semua dunia, tidak salahkan untuk membuat mereka gembira? Selepas jatuh maka bangunlah! jatuh lagi bangunlah! jatuh lagi bangunlah! Kata-kata yang selalu terngiang-ngiang di gegendang telinga Cik Sambal. Selama 22 tahun ku melakar kanvas kehidupan, tahun 2010 lepas sangat-sangat mencalar, mencarik dan merobe...