Jatuh? Bangunlah!

Bismillah, dengan nama-Nya aku berlindung daripada syaitan yang direjam.

Semalam UTeM dan kampus lain ada yang sudah melabuhkan tirai Konvo Festival. dan UTeM, untuk kali ke-9 nya telah melahirkan graduan-graduan yang insyaAllah akan berbakti kepada masyarakat hendaknya.

Teruja gilak ni Cik Sambal tengok dorang grad! Lagi-lagi orang-orang yang Cik Sambal kenal. Ada yang dapat anugerah Diraja, anugerah Canselor dan anugerah yang semuanya dapat! Sungguh pelbagai kepahitan, kesakitan, tangisan yang dilalui untuk mencapainya kan?

YA. Cik Sambal pun mahu seperti mereka. Agar tersenyum gembira mama dan bapa. Agar merasa bangga punya anak memegang segulung ijazah. Meski ini semua dunia, tidak salahkan untuk membuat mereka  gembira?

Selepas jatuh maka bangunlah! jatuh lagi bangunlah! jatuh lagi bangunlah!

Kata-kata yang selalu terngiang-ngiang di gegendang telinga Cik Sambal. Selama 22 tahun ku melakar kanvas kehidupan, tahun 2010 lepas sangat-sangat mencalar, mencarik dan merobek-robek lakaran kehidupan ku.

Ada apa dengan 2010? Ada kejatuhan sebuah tamadun hidup seorang hamba. Yang selepasnya memutarkan kehidupannya. Turning Point baginya dalam mencapai kematangan dalam kehidupan.

Sungguh jatuh itu sakit. Malu menghadap orang ramai. Resah mahu menyediakan jawapan apa bagi yang bertanya. tapi ada pepatah mengatakan untuk jadi orang hebat bukan mudah!

Tapi bukan mau jadi orang hebat pun. Cukup sekadar mampu memberi kebaikan kepada orang lain.

Alhamdulillah. selepas kejatuhan itu, aku bangkit semula. Setelah semua perit dan sakit dilalui. Lalu bangkit menjadi seorang yang berguna kononnya. Setelah pulang ke kampus semula, aku jadi lupa diri. Lupa degnan apa yang aku sudah lalui. Aku kira selepas kebangkitan itu, tiada lagi kejatuhan. Tapi rupanya aku silap.

2011 mencatatkan perubahan sebuah karakter yang memang tidak asing dengan bicara tanpa henti, senyuman tak lekang dan keperibadian yang sangat positip! Itulah manusia kan. Allah juga yang berkuasa merubah hati-hati, merubah kita!

Dalam fasa itu, aku sering bertanya kenapa aku begini?
Maka bertubi-tubi jawapan yang hadir. nda tahu mana satu jawapan yang tepat. Dihantui dengan kesilapan-kesilapan lepas, dikerumun dengan semua fikiran negatif seawal semester dua bermula! Sepanjang semester tu, aku laluinya dengan hati yang longlai, fikiran yang kusut, pelbagai rencana dirancang untuk aku mengelak dari semua masalah. lari dari masalah yang membuat ku tercungap-cungap. Tidak tahu mengurus masalah maka aku kalah! Kalah dengan diri sendiri. Terperuk di bilik, menyendiri walau hakikatnya ketika itu memegang sebuah taklifan yang berat tapi aku siakan. Astaghfirullah.

Sampai kan diri sendiri tidak percaya akan perubahan itu. Bukan aku sendiri menyedari, malah orang lain disekeliling! Mungkin kerna, perubahan ke arah negatif maka ramai yang menjauh. Ikatan ukhwah yang sebelum ini terjalin kuat, longgar dan lemah ikatannya hasil dari sikap ku ketika itu.

TAPI. Alhamdulillah. Allah sentiasa sayangkan hambaNya yang tak bersyukur ni. Dikurniakan aku dengan sahabat-sahabat yang memahami, yang bertahan dengan banyak kekecewaan, yang berleter panjang semata-mata untuk sebuah kebangkitan, menahan sakit atas nama menjaga hati kawan. Merasa terharu dengan kasih sayang mereka, dan merasa malu kerna aku tidak bisa sebaik mereka dalam berukhwah!

Dan kini.menginjak ke tahun 3 pengajian. Sudah setahun aku cuba mengubat luka. Tapi kita hamba. sentiasa akan diuji. Dipuji itu ujian. Dicaci maki itu ujian. Diberikan anugerah itu ujian. Di beri cobaan mestilah ujian kan! Diberi nikmat, diuji samada kita bersyukur atau tidak. Diberi kesakita diuji samada kita bersabar atau tidak. Seperti sifirku dulu tentang kehidupan. Ujian bukan sebahagian daripada kehidupan. Tapi kehidupan itulah ujian!

Apa yang Cik Sambal membebel ni? Menagih simpati?

Heh. terpulang lah mau menilai apa di atas cur-hat ini. Hakikatnya semoga yang membacanya mendapatkan "sesuatu" hendaknya.

Di fasa sekarang ini. Ada kelainan ujian dari-Nya. tahun ini, sungguh dasyat. mencabar seorang Cik Sambal!
Iman yang memang sedia nipis ini diuji lagi dan gagal mempertahankan iman.
tapi aku cuba bangkit, mencuci karat jahiliyyah yang rupanya masih bersarang, terselit tidak dijumpai. lagi-lagi karat nya bertambah bila mana mengabaikan amal fardhi, meng'uzlah'kan diri dari kelompok kebaikan.
Semakin jauh dari Allah ku rasa.

Baju labuh dan tudung yang menutupi tidak bisa mencapai takwa andai tewas dengan kehendak nafsu!

Aku sekarang seperti tejelupuk. Tapi masih berpaut pada ikatan yang aku sendiri hampir putuskan. Ingin mencuci semula pemikiran/sangka buruk ini memang payah. Takut jugak, kerana Allah mengikuti sangkaan hambanya kan. Aku terbelenggu sekarang. Allah mudah kan aku dalam meleraikan ikatan dunia ini. Amin.


Comments

Popular posts from this blog

Ujian

Cik Sambal Kembali

Generasi Kemenangan Yang Diimpikan