Posts

Showing posts from December, 2013

Nota kena ingat sampai mati kepada besday gurl.

Bismillah dan assalamualaikum. Aiseh panjang gilak tajuk kan. ya hari ni besday Cik Sambal. claps-claps. erk. hadiah mano? tiada nda pa. Cukup ingat daku dalam doamu. eceh. Tadi kan. konon sempena hari besday, mau la Cik Sambal tukaq "hiasan" dekat bellog ni. Tapi nda sedap mata Cik Sambal memandang. tetap suka dan selesa dengan background bebunga dan warna-warna ni. Nampak ceria gitu lorh. Jadinya. Apa isi pot-pet yang Cik Sambal mau sampaikan? Mestilah berkenaan Hari Kejadian Cik Sambal yang ke-2++ :p Alhamdulillah. Sudah meningkat rupanya usiaku ya. Ajal kian mendekat. tapi iman dan amal nda bertingkat-tingkat. Astaghfirullah. Wajib ku akui. Dalam peningkatan usia ini, macam-macam berlaku. Lumrah hidup begitu la kan. Selagi hidup, selagi itu akan diuji. Tadi konon tidur awal sebab mahu "mencepatkan" tarikh hari ni. Menanti ucapan-ucapan besday kawan-kawan di FB. eceh. macam artis siap reply laju lagi bha. ahahah. (nampak sangat keratuan fb disitu) ...

Terlupa atau sengaja melupakan.

Bismillah dan Assalamualaikum. Kaddeng-kaddeng, nda tahulah adakah ini diriku yang sebenar disaat mencoretkan kata di bellog ni. Sebab post-post lama yang aku baca, macam nda menggambarkan diri aku yang sekarang. "Ouh aku dulu macam ni, macam tu"....sooob-sooob-soob. Kembali membebel di bellog Cik Sambal ni buat terfikir balik, apa motif aku mewujudkan bellog ni? Saja-saja? Menagih simpati? Berkongsi rasa yang sepatutnya rahsia? Setahu aku, jawapan paling tepatnya, agar bellog aku ini bisa bermanfaat kepada orang lain. Manfaat tang mana, kena baca la dulu. Manusia tu mudah lupa kan? Dan mahkluk pelupa tu CIK SAMBAL la. yalah. Selalu lupa apa tujuan hidup dekat dunia ni. Selalu lupa dunia ni persinggahan rupanya. Selalu lupa jugak apa tujuan ngaji tinggi-tinggi sampai Uni ni. Well, Cik Sambal since masuk Uni ni macam buat tak endah jak bab ngaji ni. Tak patots kan? Ish apa nak jadi. Dan sebenarnya, Cik Sambal memang pelupa baaaaaaannnnyyaaaaakkk perkara. Sorry. ...

Buat hati ku yang terluka dan terlupa.

Bismillah dan assalamualaikum. Ni dicopy dari folder lama yang berhabuk. selamat membaca. :) Tidak tahu apakah luahan ini.... Di persimpangan itu terhuyung-hayang, cuba aku gapai pangkal emosi ku yang berkancah dalam detik konflik diri ini. Cuba aku bersikap rasional merungkai satu persatu agar dapat ku simpulkan seadanya jasad kerdilku ini dalam penghambaan kepadaNYA. Kerana aku sedar, sesuatu yang berlaku mungkin atau tidak aku tangani merungkaikan segalanya. Bila mencari titik permulaan terasa satu penghalang menyekat imaginasi ku mendebik dada melawan karenah emosi. Ya, emosi selalu kental dalam perjuangannya merendahkan peringkat imaniah seseorang. Kadang-kala aku juga kecundang dengan kawalan emosi ku. Tetapi, masih tidak terungkur ketika aku sedar bagaimana emosi mempermainkan diri ini. Yang pasti aku celik, menjadi segalanya makin berdarah atau parah. Dari kemunculan babak baru dalam pembetukkan susur-galur sisa hidup. Juga, titik garisan arena kemunculan hidup b...