Nota kena ingat sampai mati kepada besday gurl.

Bismillah dan assalamualaikum.

Aiseh panjang gilak tajuk kan. ya hari ni besday Cik Sambal. claps-claps. erk.
hadiah mano? tiada nda pa.
Cukup ingat daku dalam doamu. eceh.

Tadi kan. konon sempena hari besday, mau la Cik Sambal tukaq "hiasan" dekat bellog ni. Tapi nda sedap mata Cik Sambal memandang. tetap suka dan selesa dengan background bebunga dan warna-warna ni. Nampak ceria gitu lorh.

Jadinya. Apa isi pot-pet yang Cik Sambal mau sampaikan?

Mestilah berkenaan Hari Kejadian Cik Sambal yang ke-2++ :p

Alhamdulillah. Sudah meningkat rupanya usiaku ya. Ajal kian mendekat. tapi iman dan amal nda bertingkat-tingkat. Astaghfirullah. Wajib ku akui. Dalam peningkatan usia ini, macam-macam berlaku. Lumrah hidup begitu la kan. Selagi hidup, selagi itu akan diuji.

Tadi konon tidur awal sebab mahu "mencepatkan" tarikh hari ni. Menanti ucapan-ucapan besday kawan-kawan di FB. eceh. macam artis siap reply laju lagi bha. ahahah. (nampak sangat keratuan fb disitu)

Dan bila bangun, menuju ke "meja belajar" ada sebuah buku. Hadiah seseorang. Yah buku yang kunanti-nantikan. Alhamdulillah. Tapi mau diceritakan disini, I'm so touched dengan pemberian buku tu. Mungkin sebab keikhlasan si pemberi yang benar-benar menyayangi dan mencintaiku. Aiseh, kalo "si pemberi" baca mesti melting punya. kui-kui.

Dan. Atas ketacingan itu. Hati ku jadi luluh.
Rupanya ada yang menyayangiku. Ya..ini belas kasih dan sayang dari Allah sebenarnya. disalurkan melalui orang sekeliling. Aku sudah lama tidak merasa disayang dan dicintai oleh teman-teman sekeliling. Bukan kerana mereka berhenti menyayangiku. Tetapi aku yang kian menjauh.

Semester ini. Di atas ketidak hadiran seseorang itu. Buat aku jadi sepi. Iya la. Kalau dia ada, Dia selalu menemaniku di fakulti. Tapi ada semenjak tu. Aku menjadi menjauh. Menjauh dengan semua orang baik-baik dan semestinya menjauh dengan kebaikan. Suka untuk aku ingatkan. Jangan menilai seseorang melalui pakaiannya, kerna aku sedar aku bukan baik melainkan Allah yang tutup aib.

Allah. Malu sekali aku dengan-Mu.
Aku berdosa. Aku berterusan mengkhianati-Mu.
tapi aku berterusan diberi nikmat. berterusan dikurniai orang yang menyayangi.
Aku malu ya Allah.
Aku sering kalah dengan nafsu. Sekejap ku taubat. tapi lepas tu aku berbuat lagi.

sudah banyak kali percubaan dibuat untuk membebel sebenarnya. tapi itulah. cuba untuk menipu diri. yalah. bellog ni aku mahu ianya bermanfaat. tapi maaf atas luahan rasa yang membuat penziarah merasa rimas. bukan mahu di beri simpati melainkan untuk dinasihati.

Pagi 30 Disember ini mahuku muntahkan segalanya.

Aku bukan diriku lagi.

Menjadi seseorang yang bukan diri kita memang payah. Sangat payah, Memenatkan. Kerna memerlukan lakonan. Aku mahu jadi baik. Bersama orang-orang baik. Membuat benda-benda baik. Yah ada sikap ku juga yang tidak baik. Memang masalah yang aku hadapi semenjak sekolah menengah lagi. Terlalu "peramah". Di realiti atau alam maya memang keramahan yang tidak dinafikan. Bukan ni jak sikap nda baik tu. Banyak lagi. cuma mau highlightkan yang ini. Tuhan. Aku penat berpura-pura lagi. Aku tahu masih ada "tali-Mu" untuk ku berpaut. Masih ada tangan-tangan yang sudi menarikku tika ku menjauh. Tapi aku terhalang. terhalang dengan dosa-dosa yang ku berbuat. Aku dalam sedar melakukannya tapi kalah dengan nafsu. Allah. Aku mahu hari ini menjadi pemula segalanya semula. Kuatkan aku untuk merubah diri ini kepada lebih baik. Aku mahu jadi anak solehah, sahabat baik dan pelajar yang cemerlang. Tang pelajar cemerlang tu memang susah ok. sebab bidang ni memang aku sudah mind-set nda suka nda minat. tapi aku pi apply. ahhaha. sangat kebijakan di situ. Boleh ka agaknya untukku "apply" kepada penaja ku untuk mengundur diri dari bidang ini. Nda berani ku bersuara menyatakan hasrat. Sudah terluka hati mereka. Teganya aku mahu menyakiti dorang lagi kan. Tapi aku harus bagaimana. Ya teruskan. Walau dalam paksa?
Allah. aku serabut. otakku mau pecah. memikirkan semua masalah. cuba ku lari darinya nda boleh. semakin sesak. semakin menyesakkan dada. wuuuu...

Akal berfikir. ni semua salah itu. salah ini. walau hakikatnya salah sendiri. Sendiri nda jaga amal fardhi. jadinya diri nda kuat. lemah. longlai dengan ujian. Padahal semua akan baik-baik jak pun selagi mahu bersangka baik dengan Allah.

Mau bebel apa lagi. itu jak. sudah tepu. terima kasih sudi baca. lain kali baca entry lain lagi :)



Comments

Popular posts from this blog

Ujian

Cik Sambal Kembali

Generasi Kemenangan Yang Diimpikan