Kerana Aku Hamba
Bismillah. Assalamualaikum. Aku diimbau secara paksa oleh kenangan lama. Ianya datang mengasak minda dan emosi. Aku sungguh tidak suka diperlaku sedemikian. Namun, bila aku cuba meletakkan diriku di situasinya Aku harus bertolak ansur. Meminta maaf dan berdoa kepada Allah semoga diampunkan dosa kita dan dipermudahkan segala urusan mendatang. Aku akui Kebaikan itu bukan terletak pada tudung yang dipakai bukan juga terletak pada banyaknya kata-kata kebaikan dikongsi. Tapi aku juga manusia biasa. Membuat kesilapan itu lumrah. Sungguh aku sedang memperbaiki dan memperbetul semuanya. Aku sering mengingatkan diri Bilamana melihat kejahatan yang dilakukan oleh orang sama ada terhadap diri kita atau tidak orang tersebut diuji Tuhan. Dia diuji di atas perlakuannya Dan aku diuji di atas respon yang aku lakukan. Mari aku kongsikan sedikit pengisian dari buku yang aku sedang baca sekarang. " BAIK DAN MUKHLIS" Garis yang m...