Khabar

Bismillah.
Dengan nama Allah.

Assalamualaikum, sejahterah ke atas kamu pembaca bebelan Cik Sambal :)

Meniti dua malam terkahir di kampung halaman sebelum memulakan pengembaraan ukhwah lillahi taala ke Bumi Semenanjung selama seminggu.

Kepikiran banyak di atas tugas hakiki yang belum ada kunjung habisnya. Sebelum aku menyambungnya malam ini, hatiku gelisah. Aku muntahkan disini saja.

Tere Liye bilang di dalam page fbnya dari novelnya PULANG,

"Hidup ini adalah perjalanan panjang dan tidak selalu mulus. Pada hari ke berapa dan jam berapa kita tidak pernah tahu, rasa sakit apa yang harus kita lalui. Kita tidak tahu kapan hidup akan membanting kita dalam sekali, membuat terduduk, untuk kemudian memaksa kita mengambil keputusan. Satu-satu keputusan itu membuat kita bangga, sedangkan hasilnya lebih banyak menghasilkan penyesalan."

Hari ini aku bergelak sakan bersama abang dan kakakku. Usikan dorang buat aku mudah tertawa. Aku bahagia, bersyukur dikurniai mereka. Aku rindu mama, kerna mama jauh seminggu dua. Aku rindu bapa meski seharian tidak mendengar suara.

Saat tertawa gembira terselit rasa takut.
Ya Allah, kegembiraan apa ini sehingga aku takut selepas itu akan bersedih.

Aku menerima khabar beberapa minggu yang lalu. Tidak tahu harus gembira atau gundah.
Aku menyambutnya dengan tangisan hiba.

Kenapa dia memilihku?
Terasa bersalah di atas kekurangan diri.
Disebabkan aku manusia, aku insan biasa.
Aku redha, Allah datangkan dia dalam hidupku.
Aku berbaik sangka. Ini aturan Allah.
Kita merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik untuk makhluknya.

Kerana perkhabaran itu, aku sering muhasabah hiba.
Ya Allah, tunjukkan aku hikmah disebalik semua ini.
Jadikan aku pasangan terbaik untuknya.
Meski belum terbit rasa cinta, aku tidak merasakan cinta lain melainkan ianya perasaan yang indah dari-Mu Ya Rabbi.

Ust.Hasrizal menulis di dalam buku "Aku Terima Nikahnya", "Bukankah Nabi SAW sudah mengajar kita, bahawa hati in tenang dengan kebaikan, dan gelisah terhadap dosa dan kejahatan,"...mintalah fatwa dari hati...disamping hati itu juga pula sentiasa berada dalam nada sedar yang baik terhadap Allah SWT.

Ya Rabb, aku tidak pernah rasa setenang ini. Kegelisahan yang ada hanya meronta-ronta tapi sungguh aku tidak pernah hinggap pada ketenangan yang satu ini. Aku percaya dan yakin ketentuanMu yang terbaik. Aku tahu Allah menghantar kepadaku orang-orang yang aku perlukan untuk menuju Mu.

Namun, insan kerdil ini hatinya rawan.
Bantulah aku Ya Rabb untuk mejaga hati ini, untuk menjaga hubungan ini sehingga ianya dalam keredhaanmu.

Aku masih memperbaiki diri, semoga bila tiba masanya aku bisa menjadi diriku yang terbaik untuk dirinya. Dan akan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik untuk dirinya, keluargku dan keluarganya demi menuju Redhamu Ya Rabb.

Temukan aku dengan persoalan-persoalan yang sekian lama memenuhi ruang otakku.

Permudahkan dia dalam menuju rumah keluargaku.

#semogakitadipermudah

Comments

Popular posts from this blog

Ujian

Cik Sambal Kembali

Generasi Kemenangan Yang Diimpikan