Kerana Aku Hamba


Bismillah.

Assalamualaikum.

Aku diimbau secara paksa oleh kenangan lama. Ianya datang mengasak minda dan emosi.
Aku sungguh tidak suka diperlaku sedemikian.

Namun, bila aku cuba meletakkan diriku di situasinya
Aku harus bertolak ansur.
Meminta maaf dan berdoa kepada Allah semoga diampunkan dosa kita
dan dipermudahkan segala urusan mendatang.

Aku akui
Kebaikan itu bukan terletak pada tudung yang dipakai
bukan juga terletak pada banyaknya kata-kata kebaikan dikongsi.
Tapi aku juga manusia biasa.
Membuat kesilapan itu lumrah.
Sungguh aku sedang memperbaiki dan memperbetul semuanya.

Aku sering mengingatkan diri
Bilamana melihat kejahatan yang dilakukan oleh orang
sama ada terhadap diri kita atau tidak
orang tersebut diuji Tuhan.

Dia diuji di atas perlakuannya
Dan aku diuji di atas respon yang aku lakukan.

Mari aku kongsikan sedikit pengisian dari buku yang aku sedang baca sekarang.

"BAIK DAN MUKHLIS"

Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.

Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.

" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'kami beriman', sedang mereka tidak diuji? (Al-Ankabut:2)

Maka lelaki soleh yang difitnah zina, isteri solehah yang dikhianati suami, suami soleh yang dikufuri isteri, anak soleh yang disakiti ibu bapa (baik kandung atau mentua), ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya...ketahuilah bahawa Allah sedang berbicara kepada kamu.

Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekalipun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna.

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memilik.
HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.
HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya untuk DIA.

"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik-derhaka." (Al-Hasyr: 19)

Kita sentiasa layak diuji..
Kerana kita adalah HAMBA.
Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!

Nukilan di atas ku petik dari intipati buku Bercinta Sampai ke Syurga tulisan penulis kegemaranku, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (boleh ikuti kisah/info semasa di saifulislam.com)

Aku disaat membaca helaian diatas, hatiku jadi sebak.
Kerna sebelum ini aku mempersoal atas ketentuan Allah kepadaku.
Astaghfirullah.
Di saat jiwa sedar akan ujian itu sebagai bantu loncatan untuk meningkatkan keimanan,
aku sering tewas dengan jiwaku yang lemah iman.

Alhamdulillah. Setelah menganalisis dan cubua menghadam dengan lebih baik tulisan UHAJ tadi. aku redha. Ini semua ketentuan Allah. meski buruk dan jahat sekalipun seorang hamba, selagi mana mahu bertaubat kepada Allah, sungguh Allah akan memberi pengampunan.

Kebenaran yang sebenar-benarnya.
Rahmat Allah itu lebih besar daripada kemurkaan-Nya.

Diri ini bukan baik.
Tapi Allah sembunyi aib.
Aku juga sedang memperbaiki diri.

Semoga Allah Redha. 


Comments

Popular posts from this blog

Ujian

Cik Sambal Kembali

Generasi Kemenangan Yang Diimpikan