Posts

Showing posts from 2017

Kerana Allah

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya aku menyuarakan rasa ini kerana Allah. Tiada daya dan upaya ku melainkan dengan izin Allah. Aku melakar kata agar bisa menjadi peringatan untuk diriku di masa depan. Kerana Allah. Iya kamu sedar? semua juga kita lakukan hakikatnya kerana Allah. sepatutnya kerana Allah.. Hari ini aku menyedari. Bahawasanya aku sangat memerlukan Allah dalam setiap tindakan setiap gerak geriku. Aku menghilang dan menjauh dari radar keimanan. Melanggar larangan-Nya, mengundang murka-Nya. Hari ini aku terasa sangat memerlukan Allah. Sangat. Kerana tiada daya dan upayaku melainkan dengan izin Allah. Aku telah menzalimi diri Aku telah melampaui batas Kini aku sedar betapa aku memerlukan Allah. Aku memerlukan Allah. Kata-kata ini meluncur laju juga kerana Allah. Tiada daya dan upayaku dengan izin Allah. Ya Allah Ya Allah Ya Allah Duhai diri. Baca ini. Andai suatau hari engkau lupa bagaiaman rasanya saat di...

Feeling Miserable

Assalamualaikum buat pembaca dikasihi Allah. Sudah lama tidak bersua di ruangan kata, meluah bicara yang aku tidak tahu siapa yang meluangkan masa untuk membaca. Pada waktu yang biasanya, untuk aku memuntahkan kata disini, mesti ada perasaan/emosi yang seakan mahu menangis sebelum menulis. (ok so emotional) Tapi sekarang terasa hurtless. Mahu memuntah apa sahaja yang terjadi sama ada pada diri atau masyarakat umumnya. Pertama. Aku merasa kecewa pada diri. Aku tahu ini tidak sepatutnya. Kerana ia seperti kecewa dengan ketentuan Ilahi. Tapi siapa sih yang tidak pernah melalui saat ini? Saat yang kau amat merasa diri, seorang yang tidak selayaknya. Merasa diri yang paling tidak berguna. Bila aku sedang merasa yang seperti diatas, aku akan mengeruhkan keadaan dengan mendengar lagu-lagu sedih, muzik-muzik emotional yang boleh melemaskan aku dalam kesedihan. Aku selalu rasa, untuk menulis sesuatu kandungan yang berguna sampai ke hati, penulis hendaklah mensucikan hati, membetulkan i...

To Inspired

Dengan Nama Allah. Assalamualaikum. Sejahterah ke atas semua kawan2 pembaca.  Terima kasih sudi mampir dan meluangkan masa. Alhamdulillah 1 Mac lepas saya sudahpun setahun bekerja di syarikat sekarang. (for my blog record) Beberapa bulan ni terasa diri demotivated. Mungkin atas bermacam perkara yang terjadi. Benda yang datang tanpa kita minta, boleh pergi sesuka hatinya. Pedulikan. Itu juga ujian Allah. Aku redha. Dalam setiap ujian mengajar kita untuk mengatasi ujian yang serupa. Hanya mampu kecewa sedikit masa dan berlapang dada selamanya. Tidak layak bertanya "kenapa aku diuji" sedangkan memang kita hamba layak untuk diuji. Dalam setiap ujian dilalui, semakin menyedarkan Allah itu ada dan sentiasa di sisi disaat kita meminta mahupun melupa. Sedih bila sedar diri semakin menjauhi. Syukur saat dikurniakan kesedihan itu. Dalam beberapa minggu ini. Rajin sangat mendengar motivational video di youtube. Alkisahnya mahu mendapatkan pencetus semangat u...