Feeling Miserable
Assalamualaikum buat pembaca dikasihi Allah.
Sudah lama tidak bersua di ruangan kata, meluah bicara yang aku tidak tahu siapa yang meluangkan masa untuk membaca.
Pada waktu yang biasanya, untuk aku memuntahkan kata disini, mesti ada perasaan/emosi yang seakan mahu menangis sebelum menulis. (ok so emotional) Tapi sekarang terasa hurtless. Mahu memuntah apa sahaja yang terjadi sama ada pada diri atau masyarakat umumnya.
Pertama.
Aku merasa kecewa pada diri. Aku tahu ini tidak sepatutnya. Kerana ia seperti kecewa dengan ketentuan Ilahi. Tapi siapa sih yang tidak pernah melalui saat ini? Saat yang kau amat merasa diri, seorang yang tidak selayaknya. Merasa diri yang paling tidak berguna.
Bila aku sedang merasa yang seperti diatas, aku akan mengeruhkan keadaan dengan mendengar lagu-lagu sedih, muzik-muzik emotional yang boleh melemaskan aku dalam kesedihan. Aku selalu rasa, untuk menulis sesuatu kandungan yang berguna sampai ke hati, penulis hendaklah mensucikan hati, membetulkan ibadat. Supaya apa yang ingin disampaikan, sampai.
Tapi ada juga rare condition yang mana aku mahu memuntahkan apa sahaja disaat hatiku seperti kosong dan kering kontang. Buat diriku di masa hadapan. Ambillah pelajaran.
Menjadi manusia tidak punya pendirian amatlah sukar. Sukar membuat pilihan kadang membawa kepada tindakan yang tidak disukai dan disesali. Tapi mudahnya, aku bisa menutup segala kegundahan dengan senyuman palsu yang pasti dapat mencarikan hati-hati yang melihat. Memang benar, orang yang kau lihat murah senyumannya, riang tawanya di khalayak ramai sebenarnya mempunyai sindrom kemurungan yang amat teruk bila mereka bersendiri.
Soalan kenapa aku diuji sebegini memang selayaknya dipersoalkan untuk setiap insan kan? Aku rasa di saat itulah imanmu diuji dan engkau akan memperoleh keimanan atau ketaqwaan yang semakin tinggi atau tidak. Semoga yang membaca ini imanmu meningkat saat diuji.
Ok sampai situ jak kisah aku yang sedang kecewa dengan diri sendiri. Doakan aku kembali kejalan yang lurus dan setiasa dikuatkan iman.
*********************************************************************************
Sedua hari ini Malaysia digemparkan dengan kisah seorang suami(artis) yang memukul isterinya (selebriti) yang masih dalam pantang bagi mempertahankan wanita(artis) lain.
ok tiba-tiba cerita pasal orang lain yang mana mereka artis. Tapi bukan sebab dorang artis aku mahu highlight.
Aku mahu berkongsi tentang besarnya impak gelombang sosmed (sosial media).
Aku boleh kira mengikuti perkembangan isu artises tu. (ok so funny) Tapi yang aku kesalkan di sini;
1) aku membuang masa sampai sakit tengkuk tengok hp membelek kisah retis ni. Tiba-tiba jadi detektif. Dari tidak mengenali siapa sampai aku kenal seluruh keluarga mereka.
2) sakit otak terjadi bila aku membaca harsh comments from daripada netizen tentang apa yang berlaku. Kita memang marah kepada pelaku dan kasihan kepada mangsa. Tapi aku terkejut dengan harsh comment yang dilemparkan. Memang apa yang suami dia buat tidak patut dan jika aku berada di tempat isterinya juga berasa marah yang amat. Tapi sosmed mengeruhkan keadaan. Terima kasih untuk kata-kata semangat kepada mangsa, tapi bagi yang memberikan harsh comments, kita akan diuji dengan apa yang kita kata dan tulis. Marilah mengawal diri dalam memberikan komentar supaya diri tidak sama dengan apa yang dibenci.
Sekian bebelan.

Comments
Post a Comment