Diari Ramadhan Pertama Cik Sambal! #
Bismillah dan assalamulaikum~!
halo-halo-halo. cik sambal is here.
lama sudah nda update post sini kan. within this july lar.
haaa.post kali ni pun cik sambal coretkan seminggu lepas.
masa tu xda internet connection dekat asrama ni.
so terhasil lah diari Ramadhan hari pertama.
selamat membaca. ambil yang baik. buang yang buruk tapi jadikan pengajaran la bha.
bah. enjoy!
semoga Allah redha :)
halo-halo-halo. cik sambal is here.
lama sudah nda update post sini kan. within this july lar.
haaa.post kali ni pun cik sambal coretkan seminggu lepas.
masa tu xda internet connection dekat asrama ni.
so terhasil lah diari Ramadhan hari pertama.
selamat membaca. ambil yang baik. buang yang buruk tapi jadikan pengajaran la bha.
bah. enjoy!
semoga Allah redha :)
Hari_1.
10 Julai 2013
Bismillah
dan salam alaik kepada cik sambal.
Sollu
ala nabi. Sollu ala nabi. Sollu ala nabi.
Selawat
dan salam ke atas Rasulullah S.A.W dan para sahabat.
Alhamdulillah,
bersua jugak cik sambal dengan Ramadhan pada tahun ini. Bersyukur kerna rindu
ku pada Ramadhan. Sungguh. Inginku tebus kesalahan pada Ramadhan lepas agar
dapat ku menjadi yang lebih baik dari Ramadhan lepas.
Hidayah
kurniaan Allah yang mana harus dijaga rapi. Tanpa hidayah-Nya kita tidak akan
dapat menikmati manisnya iman. Apa yang cik sambal ingin kongsikan dalam diari
Ramadhan kali ini mungkin ada yang baik. Ada jugak buruknya. Pandai-pandailah
menilai mana yang harus diambil iktibar atau tidak.
Seperti
semua sedia maklum, cik sambal memang “kaki fb”. Queen of FB tu memang dah
melekat. Sehari tiada post dari cik sambal memang pelik. Pernah di musim exam
lepas cik sambal deactive tanda protes dengan kata-kata orang (itu pun deactive
kejap jak. Ceh.), ada yang “mencari” cik sambal. Huh. Orang cari ka nda cari ka.
FB cik sambal aktif semula. Ahahaha.
Dalam
FB tu. Bila mau post tentang Ramadhan, rasa sesuatu yang ganjil. Tidak tahu apa
dia. Mungkin mengenangkan Ramadhan sebelum ini yang cik sambal rasa “The Worse
Ramadhan I Had”. Yup. Sangat teruk Ramadhan lepas. Teruk sangat sampai nda
boleh share sini. HA HA HA.
Kesal
dan penyesalan yang amat sangat. Kerana Ramadhan dua tahun sebelum ini cik
sambal merasakan “ouh, inilah Ramadhan yang terbaik dalam hidup aku. Dekatnya
aku pada Allah. Banyak program kebaikan yang aku buat. Tolong agama”. Skang cik
sambal mau bilang dengan “the old cik sambal”, PUIHH. Apa ingat kebaikan yang
ko buat tu dengan usaha sendiri? Puih lagi.
Seperti.
Kufur nikmat aku tika itu. Mataku buta dalam menilai keadaan. Hanya membuat
sesuatu atas nafsu sendiri. Tanpa memikirkan kesusahan akan datang. Tanpa
memikirkan perasaan orang. Terkesannya cik sambal dengan Ramadhan dua tahun
lepas kan. Yup. Kerana Ramadhan pada waktu itu la cik sambal rasa “turning
point” untuk hidup cik sambal. Buat yang terlibat sahaja yang mengetahui.
Mengenang
yang lepaas. Kini kita di Ramadhan baru.
Apa
yang ku harap? Aku harap Allah jadikan aku hamba yang lebih baik dari sebelum
ini. Baik macam mana? Cik sambal bukan dah cukup baik ka? Tutup aurat ikut
syariat insyaAllah, blablablablabaik la (konon).
Sesungguhnya
Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui kan. Aku mohon juga untuk Allah
permudahkan urusan meleraikan kekusutan yang mengganggu kekhusyukan ku dalam
beribadah. Sungguh, dunia ni ibarat penjara orang mukmin kan. Bukan mau kata
cik sambal ni mukmin, tapi insyaAllah kearah itu. Bila kita mahu menjauhi
sesuatu perkara itu, tapi Allah lagi timpakan. Aku mohon. Dikuatkan hati dalam
menghadapinya.
Apa
bha yang kita mahu dalam Ramadhan ni? Cukup ka setakat menjadi baik dari
sebelumnya. Ada kawan cik sambal komen di ruang post cik sambal, “Menjadi hamba
Allah bukan Ramadhan”. Yup. Aku setuju dengan kenyataan itu. Ramai dari kita
menjadi hamba Ramadhan. Bukan hamba Allah. Masa Ramadhan ni la baru sibuk solat
jemaah, ada yang baru mau solat, baru puasa, baru sedekah. Bababbababbababaruuu
belaka. Alhamdulillah jika ada yang Allah kurniakan hidayah untuk dia terus
istiqamah di bulan selain Ramadhan. Bagi yang tidak, pinta dan usaha lah pada
Allah untuk dikurniakan hidayah itu.
Hidayah
adalah permata yang paling berharga dalam hidup seseorang. Kerna dengan hidayah
dari Allah lah, kita dapat merasa hidupnya hati kita dengan Islam. Manisnya
iman dalam Islam. Terhiburnya hati dengan Islam. Cik sambal bersyukur dengan
hidayah kurniaan-Nya. Walau kadang tersungkur, terjelupuk dan terjatuh dek
nafsu dunia. Tapi Allah masih mahu menerima taubat hambanya. Kadang merasa
malu. Maluuuuuu yang amat sangat. Sudah berbuat baru bertaubat. Tapi itulah
manusia. Kita tidak sempurna. Allah sentiada ada untuk mengampun dosa-dosa kita
selagi mahu bertaubat. Mahu tak kita bertaubat? Mahulah teman-teman. Mahulah.
Malulah kita mahukan syurga tapi derhaka.
Semoga
di Ramadhan ini, kualiti ibadat dapat ditingkatkan. Dicuci jiwa yang kotor agar
dapat menghadapi bulan-bulan yang lain dengan penuh persediaan yang mantap.
Iman yang kukuh dan utuh. Bila hati mula terasa lalai, kembalikan semula hati
kita pada Allah. Bagaimana untuk kembalikan? Masing-masing kita punya cara.
Guna la apa cara sekalipun, yang penting tidak melanggar syarak.
Alhamdulillah
dengan nikmat Iman dan Islam cik sambal ada hari ni.
Semoga
dimatikan aku dengan khusnul khatimah.
Semoga
ditetapkan hati dalam jalan dakwah.
Semoga
diampunkan segala dosa serakah.
Amin.
Jom doakan saudara kita di Syria, Palestine, Iraq dan Mesir dan juga Rohingya.
Program Marhaban ya Ramadhan di Masjid Darul Aman.
dua tahun lepas. 2011 :)
ni sesi gotong royong masak memasak.
ni pulak jentera-jentra unit makanan Program Marhaban Ya Ramadhan.
they were owhsem!
hasil kami! :)
sungguh.
Ramadhan dua tahun lepas menjadi kerinduan.
tapi benda seudah lepas.
semoga amal kita diterima Allah hendaknya :)
Comments
Post a Comment