Damailah kau bersama-Nya

Bismillah dan Assalamualaikum.

Terkedu dan terkejut mengetahui pemergian seorang adik.
Dia yang ku kenali 3 tahun lepas. Lewat alam maya.
Kami berbincang atas satu masalah. Dan dia membawa ku menyelesaikan kekusutan di kepala.
Membantu membimbing sahabatku di KAL.
Bertemu buat pertama dan rupanya itu terakhir kalinya.
Alhamdulillah. Perginya dengan tenang. Dalam nyenyak tidurnya. Semoga beliau dicucuri rahmat Allah.


Program Pertama Bersama di Labuan.


Kita.
Menjamin tiada daya.
Bahawa kita akan hidup lagi keesokan harinya.
Sampai bila-bila.
Ya.
Sampai bila-bila.

***

Muhasabahlah.
Kerna itu yang terbaik untuk insan lemah.

Bersedialah.
Sehingga kita ini menemui lelah.

***

Bila aku sudah tiada.
Jangan menangisi hiba.
Tapi tembaklah yang sudah tiada.
Dengan tembakan doa.
Bertubi-tubi tanpa sudah.

Terlalu sedih untuk Infiru.
Namun tetap kugagahi.

Infiru! 
28 Disember 2013. status FB beliau.


Dik. Ku hamparkan puisi mu di bellog kakak agar menjadi peringatan buat kakak.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Run For Your LIfe!!!!

Pesan ayah (2)

This Is My Hijab.