Jalan Yang Lain

Bismillah.
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda.


Tidak tahu harus bermula dari mana.
Aku terpaku tanpa kata tapi tetap punya keinginan untuk meluah.
Sudah ku tinggalkan bellog ini sekian lama tanpa bebelan.
Tapi sekarang aku jadi buntu. Seperti tiada kata padahal ianya mahu mencurah-curah.

Dua hari selepas bebelan sebelum ini, "Ujian", aku mendapat panggilan kerja. :)
Alhamdulillah. Penantian ku selama dua bulan berakhir.

Alhamdulillah selepas mendapat kerja itu terasa lapang di dada. InsyaAllah sudah mula membantu keluarga. Namun disebalik kegembiraan ku, aku bersimpati dan tetap berdoa. Agar sahabat-sahabat yang belum sampai rezeki pekerjaan dapat teruskan berdoa, tetap kuat dan sabar dalam menghadapi ujian dari Allah,

Aku juga diuji. Diuji agar tidak riak dengan pekerjaan, Diuji agar tidak bangga dengan kedudukan.

Terlalu banyak untuk aku syukuri sehingga malu untuk berkeluh kesah atas sedikit kesusahan yang Allah beri.

Jalan Yang Lain. Pelik tajuknya, Tapi inilah kisahnya.

Bercita-cita menjadi wartawan. Tapi menyambung pengajian bidang kejuruteraan. Tetap meneruskan perniagaan dan masih passionate dengan makanan dan masakan.

Alhamdulillah, hari ini memasuki 5 bulan 18 hari aku bergerlar seorang M&E Engineer/Jurutera Mekanikal dan Elektrikal untuk sebuah syarikat konsultan pertama di Sandakan. Doakan agar urusan pendaftaran sebagai Jurutera berdaftar di BEM, Board of Engineers Malaysia dipermudahkan. InsyaAllah September nanti aku sudah boleh memeriksa permohonan itu.

Layakkah aku menjadi seorang Engineer?
Engineer kah aku?

Yup. Soalan pertama terpacul di saat menerima surat lulus probation tiga bulan dan mengamati jawatan yang dituliskan, M&E Engineer. Menjadi seorang Engineer bukan lah sesuatu kemewahan. Sejak awal, Sir M mengingatkan aku dan kawan-kawan. "Bekerja dalam bidang konsultan tidak menjanjikan kekayaan". Aku simpan kata-kata itu. Walau perit dengan keadaan sekarang yang memerlukan banyak keperluan duit.

Alhamdulillah. Aku bersyukur di keluarga yang baru ini. Walau pertama kali terdedah dengan industri konsultan, namun aku sangat memandang serius akan apa hala tuju aku selepas ini. Di atas niat, tidak kisah dapat pekerjaan apa asalkan dapat membantu keluarga.

Terasa pantas masa berlalu. Sudah 5 bulan berlalu sejak pertama kali aku menjejakkan kaki ke office itu. Semoga aku terus syukur, kuat, sabar dan terus memperbaiki peribadi dalam memahirkan diri untuk menjadi seorang Ir dan turut sama mengepalai sebuah konsultan di Sandakan suatu hari nanti. InsyaAllah. Amin.

#IrSitiZulaeha




Comments

Popular posts from this blog

Ujian

Cik Sambal Kembali

Generasi Kemenangan Yang Diimpikan