Posts

Showing posts from 2013

Nota kena ingat sampai mati kepada besday gurl.

Bismillah dan assalamualaikum. Aiseh panjang gilak tajuk kan. ya hari ni besday Cik Sambal. claps-claps. erk. hadiah mano? tiada nda pa. Cukup ingat daku dalam doamu. eceh. Tadi kan. konon sempena hari besday, mau la Cik Sambal tukaq "hiasan" dekat bellog ni. Tapi nda sedap mata Cik Sambal memandang. tetap suka dan selesa dengan background bebunga dan warna-warna ni. Nampak ceria gitu lorh. Jadinya. Apa isi pot-pet yang Cik Sambal mau sampaikan? Mestilah berkenaan Hari Kejadian Cik Sambal yang ke-2++ :p Alhamdulillah. Sudah meningkat rupanya usiaku ya. Ajal kian mendekat. tapi iman dan amal nda bertingkat-tingkat. Astaghfirullah. Wajib ku akui. Dalam peningkatan usia ini, macam-macam berlaku. Lumrah hidup begitu la kan. Selagi hidup, selagi itu akan diuji. Tadi konon tidur awal sebab mahu "mencepatkan" tarikh hari ni. Menanti ucapan-ucapan besday kawan-kawan di FB. eceh. macam artis siap reply laju lagi bha. ahahah. (nampak sangat keratuan fb disitu) ...

Terlupa atau sengaja melupakan.

Bismillah dan Assalamualaikum. Kaddeng-kaddeng, nda tahulah adakah ini diriku yang sebenar disaat mencoretkan kata di bellog ni. Sebab post-post lama yang aku baca, macam nda menggambarkan diri aku yang sekarang. "Ouh aku dulu macam ni, macam tu"....sooob-sooob-soob. Kembali membebel di bellog Cik Sambal ni buat terfikir balik, apa motif aku mewujudkan bellog ni? Saja-saja? Menagih simpati? Berkongsi rasa yang sepatutnya rahsia? Setahu aku, jawapan paling tepatnya, agar bellog aku ini bisa bermanfaat kepada orang lain. Manfaat tang mana, kena baca la dulu. Manusia tu mudah lupa kan? Dan mahkluk pelupa tu CIK SAMBAL la. yalah. Selalu lupa apa tujuan hidup dekat dunia ni. Selalu lupa dunia ni persinggahan rupanya. Selalu lupa jugak apa tujuan ngaji tinggi-tinggi sampai Uni ni. Well, Cik Sambal since masuk Uni ni macam buat tak endah jak bab ngaji ni. Tak patots kan? Ish apa nak jadi. Dan sebenarnya, Cik Sambal memang pelupa baaaaaaannnnyyaaaaakkk perkara. Sorry. ...

Buat hati ku yang terluka dan terlupa.

Bismillah dan assalamualaikum. Ni dicopy dari folder lama yang berhabuk. selamat membaca. :) Tidak tahu apakah luahan ini.... Di persimpangan itu terhuyung-hayang, cuba aku gapai pangkal emosi ku yang berkancah dalam detik konflik diri ini. Cuba aku bersikap rasional merungkai satu persatu agar dapat ku simpulkan seadanya jasad kerdilku ini dalam penghambaan kepadaNYA. Kerana aku sedar, sesuatu yang berlaku mungkin atau tidak aku tangani merungkaikan segalanya. Bila mencari titik permulaan terasa satu penghalang menyekat imaginasi ku mendebik dada melawan karenah emosi. Ya, emosi selalu kental dalam perjuangannya merendahkan peringkat imaniah seseorang. Kadang-kala aku juga kecundang dengan kawalan emosi ku. Tetapi, masih tidak terungkur ketika aku sedar bagaimana emosi mempermainkan diri ini. Yang pasti aku celik, menjadi segalanya makin berdarah atau parah. Dari kemunculan babak baru dalam pembetukkan susur-galur sisa hidup. Juga, titik garisan arena kemunculan hidup b...

Hakikat Baik

Image
Bismillah dan assalamualaikum. Cik Sambal bertekad untuk melengkapkan post kali ini. Bebel lah apa pun Cik Sambal. Meneruskan langkah, tidak berpatah lagi ok! Yup. Bukan kita yang baik. Hakikatnya Allah yang sembunyikan aib. Tapi sejauh mana kita pendosa ni bersyukur? Masih melakukan perkara yang sama? Tertipu dengan godaan nafsu semata. Mata itu sering menipu. Tonight I'm emoing honestly. But come someone, "she" post something that makes the tears drop away.  “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS.Ali ‘Imran:139) Rasulullah saw pun berdoa untuk agar terhindar dari kesedihan, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur. Tiada Tuhan kecuali Engkau.” (HR. Abu Dawud) Tapi Aku sudah kehabisan tears to be drop. Maybe. Because of the dry heart?  S...

Jatuh? Bangunlah!

Bismillah, dengan nama-Nya aku berlindung daripada syaitan yang direjam. Semalam UTeM dan kampus lain ada yang sudah melabuhkan tirai Konvo Festival. dan UTeM, untuk kali ke-9 nya telah melahirkan graduan-graduan yang insyaAllah akan berbakti kepada masyarakat hendaknya. Teruja gilak ni Cik Sambal tengok dorang grad! Lagi-lagi orang-orang yang Cik Sambal kenal. Ada yang dapat anugerah Diraja, anugerah Canselor dan anugerah yang semuanya dapat! Sungguh pelbagai kepahitan, kesakitan, tangisan yang dilalui untuk mencapainya kan? YA. Cik Sambal pun mahu seperti mereka. Agar tersenyum gembira mama dan bapa. Agar merasa bangga punya anak memegang segulung ijazah. Meski ini semua dunia, tidak salahkan untuk membuat mereka  gembira? Selepas jatuh maka bangunlah! jatuh lagi bangunlah! jatuh lagi bangunlah! Kata-kata yang selalu terngiang-ngiang di gegendang telinga Cik Sambal. Selama 22 tahun ku melakar kanvas kehidupan, tahun 2010 lepas sangat-sangat mencalar, mencarik dan merobe...

Sakit. tapi. PAKSA TELAN!

Image
Bismillah dan Assalamualaikum buat pembaca bellog Cik Sambal membebel ni. Bagi yang nda baca..memang nda sahut la salam ni kan? erk. Tahniah kerana TERPILIH untuk memeningkan kepala membaca bebelan Cik Sambal. erk lagi. Jadi sebelum tu. Sedikit lega bila mana dapat berkongsi sedikit rasa di bellog Cik Sambal membebel ni. Sebenarnyaaaa..... Sebenarnyaaa...... Sebenarnyaaa....dragon ball ada 7 biji? eh? Ish Cik Sambal ni. Diam atau cakap perkara baik jak ok! okeh. Lurus kepada point. kepada tujuan asal post ini. Ingin meluah dan berkogsi rasa. tentang apa yang bermain di benak hati seorang Cik Sambal, yang mana dia rasa orang lain juga turut merasainya cuma dengan jalan cerita dan plot yang berbeza. mungkinnnn. hmmmmm... "bila Allah takdirkan sesuatu terjadi, pasti ada hikmahnya. Sekalipun pahit, percayalah itu adalah ubat. Baik dan buruk hanya pada tafsiran manusia, sedangkan di sisi Allah...segala-galanya baik belaka." nukilan Ust Pahrol di buku DI MANA DIA DI...

Di mana DIA di hatiku?

Image
Bismillah dan assalamualaikum. semenjak naek tahun 3 ni...post sebulan sekali jak? sooo boring kann~~ many things to share actually, tapi hati, otak dan jari malas berinteraksi sesama mereka untuk menghasilkan bebelan yang berkesan. Ini kali ntah kenapa, mengapa dan bagaimana. Cik sambal mau membebel lah. boleyh? boleyh dok? Boleeyyyyyylaaaahhh. :D Kemarin Cik Sambal beli buku olsss~~ buku tu dah keluar lama. dah pernah baca sikit dari kawan jugak. Masa tunggu LRT untuk ke KL Sentral, Cik Sambal tersentap sendiri melihat orang lain membaca sedangkan Cik Sambal, buku pun nda bawa! Apa kono ni Cik Sambal? Lepas tu sewaktu menunggu LRT untuk bergerak dari Ampang ke TBS pun, ada orang sedang membaca. sedang aku? Terkial-kial melihat ke luar gerabak. Haih. Lalu Cik Sambal berazam untuk membeli apa saja yang boleh dibaca sesampai TBS! dan selesai beli tiket dan Cik Sambal bergegas ke MPH TBS! Mencari-cari buku! dannn jumpa! penulis buku tu yang buat Cik Sambal tertarik untuk baca. ya...

Benarkah CINTA?

Bismillah dan Assalamualaikum. berhabuk bellog ni tanpa post dari Cik Sambal. rindu ku untuk membebel di ruangan ini. kadang hati menyapa untuk diluah segala yang terperap di hati selama ni melalui tulisan berliterasi. semoga dipermudah. Aku sering lupa. yang selalu dan terus mencintaiku adalah Allah. dengan nafas yang ku hembus berkat dari cinta-Nya. dengan rezeki yang ku hadam berkat kemurahan cinta-Nya. dengan maruah yang terjaga berkat cinta-Nya yang menutup ku dari keaiban. Lalu apa yang aku balas dengan Cinta-Nya?

Kawen mudaa?

Image
Bismillah. Aku berlindung dari syaitan yang direjam. Assalamualaikum :) Selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah S.A.W, keluarga dan sahabat baginda. kadang rasa leceh jak mau memulakan sesuatu dengan selawat ke atas Nabi kita kan? tapi yang susah tu la berpahala insyaAllah. bersusah untuk senang kemudian kan? nda rugi pun :D Jadinya last post adalah tentang 1 Ramadhan. dan hari ini saat cik sambal membebel, sudah Syawal ke 5. Lahaw laa wa laa quwwata illa billah. sedikit imbasan Ramadhan lepas. apa yang kita dapat? sudah bertakwa kah kita? tepuk dada tanya iman. tadi cik sambal post di fb. (bajet hot) bertanya tentang cadangan tajuk post bellog kali ni. sebelum ni bukan nda mau post. tapi totally blank. sebab bebanan kerja (kununnnnn) dan fikiran yang berselirat dan serabut. so sekarang ni..tiba-tibaaaa mud membebel di bellog ni datang. hahahahah. jadinya. ataas cadangan. kali ni post mau cakap pasal KAHWIN MUDA dan HANTARAN MAHAL. terus kepada tajuk. KAH...

Diari Ramadhan Pertama Cik Sambal! #

Image
Bismillah dan assalamulaikum~! halo-halo-halo. cik sambal is here. lama sudah nda update post sini kan. within this july lar. haaa.post kali ni pun cik sambal coretkan seminggu lepas. masa tu xda internet connection dekat asrama ni. so terhasil lah diari Ramadhan hari pertama. selamat membaca. ambil yang baik. buang yang buruk tapi jadikan pengajaran la bha. bah. enjoy! semoga Allah redha :) Hari_1. 10 Julai 2013 Bismillah dan salam alaik kepada cik sambal. Sollu ala nabi. Sollu ala nabi. Sollu ala nabi. Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Alhamdulillah, bersua jugak cik sambal dengan Ramadhan pada tahun ini. Bersyukur kerna rindu ku pada Ramadhan. Sungguh. Inginku tebus kesalahan pada Ramadhan lepas agar dapat ku menjadi yang lebih baik dari Ramadhan lepas. Hidayah kurniaan Allah yang mana harus dijaga rapi. Tanpa hidayah-Nya kita tidak akan dapat menikmati manisnya iman. Apa yang cik sambal ingin kongsikan dalam diari Ramadhan kali in...

Azam Ramadhan ^_^

Image
Bismillah dan salamun alaik. Alhamdulillah diberi kekuatan untuk menconteng di bellog ni lagi. selawat dan salam ke atas jungjungan kita Nabi Muhammad S.A.W doa Al-Fatihah kepada ibu dan ayah kita. doakan kesabaran dan kekuatan buat saudara kita di Mesir, Syria, Iraq dan Palestine. Alhamdulillah. kali ni cik sambal mau membebel. post cik sambal tentang "Aku telah dikhitbah" memang jadi TOP RANGKING la! sampai 300++ viewers! tiada mahu dibangga cuma mengharap viewers dapat ambil iktibar, pesanan untuk cik sambal jugak. sebelom masuk topik tentang Ramadhan. cik sambal suka untuk mengingatkan. saudara kita di Mesir, Syria, Iraq dan Palestine sedang bertungkus lumus meneruskan kehidupan dengan keadaaan bumi yang penuh dengan peluru tanpa mata dan asap memedihkan mata. saudara kita disiksa, dirogol dan dibunuh. bersyukur kita di Malaysia Allah tidak menguji kita dengan ujian sebegitu sebab Allah tahu kita tidak mampu. tapi takkan kita hanya berpeluk tuubuh jak? sek...

Aku telah dikhitbah ^^v

Image
Bismillah dan Assalamualaikum.  gempak kan tajuk cik sambal. yup? Aku telah dikhitbah. selamat meneruskan pembacaan. semoga Allah Redha :) Masanya telah tiba :') Pasti pembaca sekelian (khususnya sabahat2 yang mengenali diri ini) terkejut dengan berita ini. Mohon maaf kerana tidak memberitahu dan menjemput kalian. TETAPI, minta teruskan pembacaannya..terima kasih. *************************************** Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah. Aku hanya seorang gadi...