Posts

Showing posts from April, 2013

Hall Of Fame Lyrics.

Image
Bismillah. Assalamualaikum. Semalam sesi latihan kelab cakap lebat, our otai ask me, "Mea dengar lagu English tak? ke lagu English ala-ala Westlife?" Aku jawab, "Mea semua mea dengar. Pop rock, balada, dangdut, heavy metal nasyid not forgotten." dalam hati. heeeee. Hanya siapa yang pernah dengar dan tengok lagu-lagu dalan lappy mea tau sa pendengar lagu acane. SEMUA LAGU DENGAR. hehehe :) Jom hayati dan hadam lirik Hall Of Fame. bukan mahu mengejar FAME. but. other. you will know one day. insyaAllah., semoga dipermudah :) "Hall Of Fame" (feat. Will.I.Am) Yeah, you can be the greatest You can be the best You can be the King Kong banging on your chest You could beat the world You could beat the war You could talk to God, go banging on his door You can throw your hands up You can beat the clock (yeah) You can move a mountain You can break rocks You can be a master Don't wait for luck Dedicate yourself and you gon' find ...

jOM TRY BUAT!

Image
Bismillah dan Assalamualaikum. ini tips dari ayahanda man :) jom buat! amalkan ok kali kan. 1. Henti bernafas sekejap. - Apabila henti bernafas, otak akan kosong sekejap. 2. Tarik nafas dalam-dalam. 3. Senyum (Lebih elok, senyum pada cermin dan lihat diri senyum). 4. Tanya diri - siapa saya? 5. Tanya diri - mengapa saya di sini? 6. Ingat Allah. 7. Ingat Allah tidak akan membebankan kita dengan apa yang kita tidak mampu. 8. Kuatkan semangat dan belajar sayangkan diri sendiri. 9. Ambil 5 minit setiap langkah, jangan fikir jauh. 10. Terus mara ke depan dengan senyum. Diharap 10 langkah ini dapat membantu kita menghilangkan stress. SENYUM. bersama kakak-kakak Z2H. They we're daebak! I LOVE THEM bcos of ALLAH :) SEKIAN :)

Dari Wanita kepada Wanita: MOHON TERASA!

Image
Bismillah. Assalamualaikum. InsyaAllah coretan pada kali ini khas saya tujukan kepada wanita, ya saya wanita. Ini untuk peringatan kita bersama. "Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka...

Generasi Kemenangan Yang Diimpikan

Image
Assalamualaikum... ini kali sa mau kongsi tentang apa yang terkandung dalam buku Pemuda Islam yang Dijanjikan terjemahan Al-Ghuraba'. Yang ditulis oleh Prof.Dr.Yusuf Al Qaradhawi dan kata pengantar oleh Ust. Riduan Mohamad Nor. Saya tidak tahu harus meminta izin pada siapa untuk berkongsikan benda ni sebab buku nie terbitan Jundi Resources. Jika ada pihak penerbitan yang tidak puas hati dengan perkongsian yang saya buat ini, sila maklumkan. :) Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. " Generasi Kemenangan Yang Diimpikan " Berkata salah seorang sahabatku, dalam keadaan kepeningan memnuhi ruang pemikirannya. Kegusaran menyebabkannya terduduk dan tidak lama selepas itu berdiri. Semenjak dia menyaksikan pembunuhan di Beirut, penyembelihan di Syabra dan Syatila. Di sana sini darah umat Islam ditumpahkan ke bumi tanpa terhitung. Wanita-wanita dan bayi-bayi dan orang-orang tua disembelih tanpa peri kemanusiaan sedikit pun. Dan masyarakat Arab...

Cerita Pendek dari Ayahanda.

Image
Assalamualaikum... cerita yang ringkas tapi penuh manfaat. Jom ambil iktibar! Alkisah telefon bimbit… Ketika menghadiri kuliah maghrib, Kak Aini sibuk bermain telefon bimbitnya. Ustaz Mustafa yang sedang memberikan kuliah sempat memperhatikan gelagat Kak Aini. “Yang sedang bermain handphone, boleh saya tanya, di mana Quran kamu?” tanya Ustaz Mustafa. Kak Aini cepat-cepat menyimpan handphonenya dan gelabar mencari buku Qurannya. Tak jumpa. Kak Aini melihat ke kiri dan ke kanan tak jumpa. “Tadi saya ingat saya bawa. Ke saya terlupa tertinggal dalam kereta?” bisik Kak Aini. Malu, Kak Aini cepat-cepat bangun dan ingin pergi ke keretanya untuk mencari Quran. Bangun sahaja, buku Quran Kak Aini terjatuh ke lantai. Rupanya buku itu ada di poket. Kak Aini gelabah tadi ketiak Ustaz Mustafa bertanya sehingga terlupa dia masukkan buku Quran kecilnya ke dalam poket semasa mengeluarkan HP tadi. Ustaz Mustafa tersenyum. “Zaman sekarang – inilah soalan yang paling mudah dijawab. ‘Di manakah handph...

Wartawan! bukan engineer!

Image
Assalamualaikum dan hye! Post kali ini saya copy dari bellog lama saya. Wartawan cita-cita ku. Tapi Allah menetapkan lain. Selamat mebaca :) jika dulu mahu jadi penyampai Buletin Utama kini mahu jadi penyampai agama. InsyaAllah. Post  saya dalam FB pada tengah hari semalam. Berfikir apa yang mahu dipostkan nhe… Mendapat ilham…dan terhasil la post di atas. Yup dulu memang saya mahu menjadi reporter. Antara sebab utama, keluarga cakap saya mulut bising, banyak tanya na….ngam jadi reporter kata mereka. Lagi saya mahu jadi reporter sebab masuk dalam TV, selalu jak saya bagitahu kawan-kawan, “ Nanti kalo aku sudah jadi reporter, aku mesti lambai-lambai kamu dari dalam TV. ”reaksi spontan mesti mereka akan ketawa kerana kelucuan…Hmmm memang niat mahu buat lucu dengan kawan-kawan tapi kalo betul saya dapat jadi reporter..memang saya mahu lambai-lambai semua tu. ^^  erk….sangat lucu pemikiran zaman kanak-kanak dulu. Sebelum habis SPM, kami akan mengisi ...

Lirik Berani kerana Benar.

Image
Assalamualaikum and hye! Today jom kite nyanyi! :p Bagai pasak gunung bumi terbentang Tidak goyah walau dilanda angin kencang Kerana ianya bagaikan kebenaran dan kemestian Bagai deras sungai setelah hujan Tak putus walau dibelah seribu pedang Mengalir bagaikan ianya kepastian Tak kan terhalang Berani kerana aku benar Tiada apa harus ku takutkan Ku berdiri teguh Bagai deras sungai setelah hujan Tak putus walau dibelah seribu pedang Mengalir bagaikan ianya kepastian Tak kan terhalang Berani kerana ku benar Tiada apa harus ku ragukan Ku berdiri teguh Tiada apa harus ku ragukan Berani kerana aku benar Kerana aku benar Aku berani kerana ku benar Tiada apa harus ku takutkan Ku berdiri teguh (kerana aku benar) Berani kerana benar Tiada apa harus ku takutkan Ku berdiri teguh Aku berani kerana aku benar (kerana aku benar) Tiada apa harus ku ragukan Ku berdiri teguh Berani kerana aku benar sekian :)

AKU PERLU BERANI!

Image
Bismillah. Assalamualaikum. Aku perlu berani. Kerna letih ku melihat ketidak adilan. Aku perlu berani. Kerna lelah ku melihat bermcam-macam fitnah dilemparkan. Aku perlu berani. Kerana aku yakin benar dengan apa yang aku perjuangkan. Aku perlu berani. Kerna aku tidak takut dengan mereka yang menekan. Aku perlu berani. Kerna tiada siapa yang berani? takut? pengecut? Aku perlu berani. Supaya aku boleh membantu dalam mengakkan kalimah Allah. Aku perlu berani. Supaya teman-temanku tidak lagi lena dibuai lalai dengan kenikmatan. Aku perlu berani. Kerna aku sudah berjual beli dengan TUHAN. "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang di jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh.   (Itu telah menjadi) janji yang benar dpd Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? ...

Pesan ayahanda Man.

Image
Bismillah. Assalamualaikum. Semenjak 1 April 2013 sehingga lah 4 April 2013. ADA CERITA MENARIK YANG BOLEH DIKONGSIKAN BERSAMA. tapi bukan hari ini. InsyaAllah lain kali. Jom baca, telan dan hadamakan pesanan Ayahanda Man :) Wahai Anakku, Jangan takut gagal. Jangan sesekali takut pada kegagalan. Jangan malu terhadap kesilapan diri sendiri. Dan jangan cepat mengkritik apabila orang lain tidak sempurna. Kerana itu akan menyebabkan anakanda mengelak situasi di mana anakanda tidak mampu mengawal keputusan dan mempunyai jaminan kejayaan sehinggakan anakanda tidak mengerti makna sebenar kehidupan ini. Wahai Anakku, Kegagalan tidaklah menakutkan. Kegagalan ini sebenarnya adalah baja. Daripada anakanda terlalu sedar akan kesilapan diri sendiri, mengapa anakanda tidak melihat kesilapan sebagai satu peluang untuk belajar, medan penambahbaikan dan meneruskan usaha? Daripada anakanda melihat kegagalan sebagai alasan untuk berputus asa, bukankah lebih baik anakanda mengambil kegagalan s...

Pesan ayahanda lagi :)

Image
Bismillah. Asslamualaikum. ada cerita menarik dikongsikan bersama. tapi, memandangkan petang ini saya ada test. so saya copy paste jak la ya. Ini kali nasihat ayahanda lagi! :) Saya sepatutnya meluangkan lebih banyak masa bersama-Mu, Saya sepatutnya lebih mementingkan-Mu, Saya sepatutnya lebih mengenali-Mu, Di waktu senang, saya sepatutnya tidak melupai-Mu, Saya tidak patut menjauhkan diri daripada-Mu, Sewaktu saya masih berpeluang. Ya Allah, maafkan saya. Bila masa suntuk baru saya teringat-Mu. Bila saya terasa susah baru saya teringat-Mu. Ya Allah, maafkan saya. Jika saya boleh diberi peluang sekali lagi, Saya tidak akan ulang 'sepatutnya' lagi, Saya akan meluangkan lebih banyak masa bersama-Mu, Saya akan lebih mementingkanmu, Saya akan lebih mengenalimu, Di waktu senang, saya akan tidak melupaimu, Saya tidak akan menjauhkan diri daripadamu, Apakah saya ada peluang lagi? Nukilan untuk santapan jiwa...