Cerita Pendek dari Ayahanda.

Assalamualaikum...
cerita yang ringkas tapi penuh manfaat.
Jom ambil iktibar!

Alkisah telefon bimbit…

Ketika menghadiri kuliah maghrib, Kak Aini sibuk bermain telefon bimbitnya.

Ustaz Mustafa yang sedang memberikan kuliah sempat memperhatikan gelagat Kak Aini.

“Yang sedang bermain handphone, boleh saya tanya, di mana Quran kamu?” tanya Ustaz Mustafa.

Kak Aini cepat-cepat menyimpan handphonenya dan gelabar mencari buku Qurannya.

Tak jumpa.

Kak Aini melihat ke kiri dan ke kanan tak jumpa.

“Tadi saya ingat saya bawa. Ke saya terlupa tertinggal dalam kereta?” bisik Kak Aini.

Malu, Kak Aini cepat-cepat bangun dan ingin pergi ke keretanya untuk mencari Quran.

Bangun sahaja, buku Quran Kak Aini terjatuh ke lantai. Rupanya buku itu ada di poket. Kak Aini gelabah tadi ketiak Ustaz Mustafa bertanya sehingga terlupa dia masukkan buku Quran kecilnya ke dalam poket semasa mengeluarkan HP tadi.

Ustaz Mustafa tersenyum.

“Zaman sekarang – inilah soalan yang paling mudah dijawab. ‘Di manakah handphone antum?’ – Kita tahu di mana handphone kita kerana ia digunakan untuk menghubungkan kita dengan dunia dan orang-orang, sahabat-sahabat dan keluarga kita.

Sekarang soalan paling susah ialah – ‘Di manakah Quran kamu?’ Setiap orang miliki satu Quran. Quran menghubungkan kita dengan Allah, mengingatkan kita tentang akhirat, dan mereka-mereka yang soleh di akhirat yang kita sepatutnya selalu mengingati. Tapi ramai yang tidak mengingati di mana Quran mereka.

Berilah perhatian lebih kepada Quran sekalian daripada handphone sekalian, ya. Senyum,” kata Ustaz Mustafa sambil meneruskan ucapannya.

Cerita pendek untuk renungan malam ini.

Dah berapa lama tak baca Quran?
Senyum.



Cik Sambal dan Kak Yasmin dalam iklan telepon di Kuching Airport :3

sekian :)

Comments

Popular posts from this blog

Ujian

Cik Sambal Kembali

Generasi Kemenangan Yang Diimpikan