Generasi Kemenangan Yang Diimpikan

Assalamualaikum...
ini kali sa mau kongsi tentang apa yang terkandung dalam buku Pemuda Islam yang Dijanjikan terjemahan Al-Ghuraba'.
Yang ditulis oleh Prof.Dr.Yusuf Al Qaradhawi dan kata pengantar oleh Ust. Riduan Mohamad Nor.

Saya tidak tahu harus meminta izin pada siapa untuk berkongsikan benda ni sebab buku nie terbitan Jundi Resources. Jika ada pihak penerbitan yang tidak puas hati dengan perkongsian yang saya buat ini, sila maklumkan. :)



Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.


"Generasi Kemenangan Yang Diimpikan"

Berkata salah seorang sahabatku, dalam keadaan kepeningan memnuhi ruang pemikirannya. Kegusaran menyebabkannya terduduk dan tidak lama selepas itu berdiri. Semenjak dia menyaksikan pembunuhan di Beirut, penyembelihan di Syabra dan Syatila. Di sana sini darah umat Islam ditumpahkan ke bumi tanpa terhitung. Wanita-wanita dan bayi-bayi dan orang-orang tua disembelih tanpa peri kemanusiaan sedikit pun. Dan masyarakat Arab khususunya, dan juga orang Islam secara umumnya, di timur dan juga di barat, menjadi lemah selemah mayat-mayat yang bergelimpangan. Negara-negara maju membuka lembaran tragedi ini, akan tetapi ia tidak mampu menggerakkan orang berhenti, mahupun menghentikan orang yang sedang bergerak sewenanga-wenangnya. Adakah saudara melihatnya? Adakah saudara mendengarnya?

Aku berkata: Tentu sekali. Aku menyaksikannya dan aku juga mendengar. Tragedi ini telah merobekkan hatiku, membakar urat sarafku, tatkala aku melihat kelemahan Arab, kedhaifan para muslimin!

Sebelum ini juga, negara Islam diserang, jauh ke dalam ceruk rumahnya sendiri. Bandar-bandar Islam yang tua telah runtuh menimpa para penduduknya. Masjid-masjid diroboh, orang yang sedang ruku' dan sujud di dalamnya dibunuh. Maruah perempuan-perempuan beriman yang suci dicabul dan dinodai. Namun, kita tidak mendengar atau melihat sedikitpun daripada kaum Arab dan seluruh umat Islam walau satu kalimah, mahupun satu pendirian, yang menyatakan tentangan terhadap puak taghut, atau memberi pertolongan terhadap kaum yang lemah.. Hanyasanya yang ada hanyalah kesepian yang membungkam, persis kawasan kubur yang menggerunkan di malam yang gelap gelita.

Apabila engkau mendengar suara mereka lantang berbunyi, maka itu hanyalah ketika mereka mencela antara satu sama lain. Tatkala engkau melihat mereka pada suatu hari bergerak dengan penuh semangat dan kekuatan, maka itu hanyalah untuk berperang di antara satu sama lain! Mereka ini seolah-olah mahu berada di pihak yang membelakangi sepenuhnya daripada para sahabat Rasul mereka yang mulia, yang mana bersifat;

"Keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya berkasih sayang serta berbelas kasihan sesama sendiri (umat Islam)." Al-Fath:19

Mereka menjadi keras dan tegaas terhadap sesama sendiri, berkasih sayang dengan musuh mereka. Berasa angkuh dan megah di hadapan orang mukmin, sebaliknya lemah di hadapan orang kafir! 
Seolah-olah mereka lebih berminat dengan sifat orang yahudi sebagaimana yang telah disebutkan oleh Allah s.w.t sebelumnya yang bermaksud;

"Permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah kuat. Engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak berakal." Al-Hasyr:14

Berkata sahabatku lagi: Akan tetapi, adakah disana terdapat penghujung bagi zaman yang gelap ini? Adakah malam ini akan berakhir dengan terbitnya fajar? Benarkah akan tiba satu tempoh di mana umat ini mula mengenal matlamatnya, dan kembali mengikut jalannya yang sebenar?
Adakah akan  sampai waktu umat ini mula mengingati jati dirinya sendiri, setelah lama ia melupakannya? Adakah akan muncul satu ketika umat ini menghalau pergi segala kehinaan kekalahan dengan kemegahan kemenangan? 

Bilakah hari-hari ketewasan dan kemunduran yang penuh kegelapan ini akan digantikan dengan satu hari yang cerah, seperti hari Khalid al-Walid di dalam pepernagan Yarmuk, ataupun Saad bin Abi Waqas di dalam peperangan al-Qadisiah, atau Amru bin al-Ash di dalam peperangan Ajnadain, atau Tariq bin Ziad di Andalus, atau Salahuddin al-Ayubi di Hittin, atau Qataz di Ain Jalut, atau sultan Muhammad al-Fateh di Konstantinopel?

Aku berkata kepadanya: Jangan engkau mudah berputus asa wahai sahabtku. Sudah menjadi sunnah (ketentuan) bagi Allah, mendatangkan selepas malam yang paling gelap dengan fajar yang terang benderang. Segelap-gelap dan sehitam-hitam waktu malam adalah beberapa detik sebelum terbitnya fajar. Allah s.w.t telah menjadikan pada makhlukNya satu ketentuan yang tegas, tiada pilihan darinya dan satu sunnah yang tetap, tiada perubahannya. Tidak dapat tidak, kita mesti mengingatinya, dan bertindak terhadapnya dengan kefahaman yang cukup jelas.

Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.


From Cik Sambal: so? masih tega kah kita berdiam diri? membiarkan Islam dipijak dan dipinggiri? Ayuh bangkit Al-Ghuraba'!

sekian :)

Comments

Popular posts from this blog

Ujian

Cik Sambal Kembali