Posts

Cik Sambal Kembali

Assalamualaikum dan Bismillah. Pemula kata dengan nama Allah semoga apa yang terluah bisa mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan taqwa. Post sebelum ini sudah lebih 6 bulan yang lepas. Aku masih menulis tetapi di telefon peribadi sahaja. Belum sempat memindahkan datanya ke dalam blog ni. (Dalam dua postingan sahaja). Buat pengetahuan rakan pembaca, kalau rasa tulisan bermula dari post ini semacam serius jak bunyinya, yakinlah kalian bahawa Cik Sambal sudah matang. Ya sudah matang. gittewww. 1 May 2018. Selamat Hari Buruh buat semua buruh-buruh di Malaysia. Dengan ucapan, tengah buat apa tu? Ok guys, I laughed with my own status. Memuntah kata di ruangan ini bukan mudah seperti postingan di facebook. Aku harus memanfaatkan ruangan ini agar bisa membuat perkongsian bermanfaat. Tadi sempat bertanya kepada sahabat, apa perlu aku berbuat malam ini. Lalu datang keinginan untuk membebel semula di bellog Cik Sambal ini. Aku lalu membuat list topic yang patut dibebelkan. S...

Kerana Allah

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya aku menyuarakan rasa ini kerana Allah. Tiada daya dan upaya ku melainkan dengan izin Allah. Aku melakar kata agar bisa menjadi peringatan untuk diriku di masa depan. Kerana Allah. Iya kamu sedar? semua juga kita lakukan hakikatnya kerana Allah. sepatutnya kerana Allah.. Hari ini aku menyedari. Bahawasanya aku sangat memerlukan Allah dalam setiap tindakan setiap gerak geriku. Aku menghilang dan menjauh dari radar keimanan. Melanggar larangan-Nya, mengundang murka-Nya. Hari ini aku terasa sangat memerlukan Allah. Sangat. Kerana tiada daya dan upayaku melainkan dengan izin Allah. Aku telah menzalimi diri Aku telah melampaui batas Kini aku sedar betapa aku memerlukan Allah. Aku memerlukan Allah. Kata-kata ini meluncur laju juga kerana Allah. Tiada daya dan upayaku dengan izin Allah. Ya Allah Ya Allah Ya Allah Duhai diri. Baca ini. Andai suatau hari engkau lupa bagaiaman rasanya saat di...

Feeling Miserable

Assalamualaikum buat pembaca dikasihi Allah. Sudah lama tidak bersua di ruangan kata, meluah bicara yang aku tidak tahu siapa yang meluangkan masa untuk membaca. Pada waktu yang biasanya, untuk aku memuntahkan kata disini, mesti ada perasaan/emosi yang seakan mahu menangis sebelum menulis. (ok so emotional) Tapi sekarang terasa hurtless. Mahu memuntah apa sahaja yang terjadi sama ada pada diri atau masyarakat umumnya. Pertama. Aku merasa kecewa pada diri. Aku tahu ini tidak sepatutnya. Kerana ia seperti kecewa dengan ketentuan Ilahi. Tapi siapa sih yang tidak pernah melalui saat ini? Saat yang kau amat merasa diri, seorang yang tidak selayaknya. Merasa diri yang paling tidak berguna. Bila aku sedang merasa yang seperti diatas, aku akan mengeruhkan keadaan dengan mendengar lagu-lagu sedih, muzik-muzik emotional yang boleh melemaskan aku dalam kesedihan. Aku selalu rasa, untuk menulis sesuatu kandungan yang berguna sampai ke hati, penulis hendaklah mensucikan hati, membetulkan i...

To Inspired

Dengan Nama Allah. Assalamualaikum. Sejahterah ke atas semua kawan2 pembaca.  Terima kasih sudi mampir dan meluangkan masa. Alhamdulillah 1 Mac lepas saya sudahpun setahun bekerja di syarikat sekarang. (for my blog record) Beberapa bulan ni terasa diri demotivated. Mungkin atas bermacam perkara yang terjadi. Benda yang datang tanpa kita minta, boleh pergi sesuka hatinya. Pedulikan. Itu juga ujian Allah. Aku redha. Dalam setiap ujian mengajar kita untuk mengatasi ujian yang serupa. Hanya mampu kecewa sedikit masa dan berlapang dada selamanya. Tidak layak bertanya "kenapa aku diuji" sedangkan memang kita hamba layak untuk diuji. Dalam setiap ujian dilalui, semakin menyedarkan Allah itu ada dan sentiasa di sisi disaat kita meminta mahupun melupa. Sedih bila sedar diri semakin menjauhi. Syukur saat dikurniakan kesedihan itu. Dalam beberapa minggu ini. Rajin sangat mendengar motivational video di youtube. Alkisahnya mahu mendapatkan pencetus semangat u...

Terima Kasih 2016 :)

Image
Bismillah.. Permulaan itu sederhana, sesederhana memulakan sesuatu yang baik dengan kalimah Basmalah. ( UBAH : Syed Alwi Alatas) Assalamualaikum. Selawat serta salam ke atas junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda. Sejahterah ke atas para pembaca bellog Cik Sambal ini. Terima kasih atas kelapangan masa. Terima kasih atas keberanian mencemar pemikiran anda dengan sebuah bebelan. Semoga bebelan ini bermanfaat dan membawa kebaikan. Terima kasih Allah untuk tahun 2016. Terima kasih untuk kesempatan usia. Terima kasih untuk peluang bersama mama bapa. Terima kasih untuk kebersamaan bersama keluarga. Terima kasih untuk kekuatan menempuh jerih dan payah. Terima kasih untuk semua kebahagiaan dan kesakitan yang terasa. Gambar 2011. Sebahagian ada belum lahir. dan ada yang sudah pergi menghadap Ilahi :) Alhamdulillah 2016 bakal melabuhkan tirainya. dengan 2016, Aku memulakan kehidupan seorang bekerjaya. Aku mula dihimpit dengan tanggungjawab ke ...

Rasa

Bismillah. Dengan Nama Allah aku memula kata. Assalamualaikum. semoga setiap pengisian memberi manfaat kepada yang membaca. itu tujuan asal blog ini dibuat. Menginjak usia dewasa. banyak perkara tidak digemari akan kunjung tiba. Allah tidak membebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu. Allah tahu. Lalu Dia menguji. Aku sendiri kurang pasti. pengisian kali ini harus tentang apa. (Cek buku kerja. tengok nota) (buku nota bomba sudah dibuka, tapi lalu membelek lagu Fynn Jamal di Youtube) Beberapa hari yang sudah, aku mendengar kompilasi lagu-lagu Fynn Jamal sambil membuat kerja. Atas tugasan yang menggunung, aku jadi supersibuk menyiapkan tugasan. Alhamdulillah, aku bersyukur di saat mendengarkan lagu2 Fynn Jamal, aku jadi bermuhasabah sambil melakukan kerja. Aku tidak mengenali Fynn Jamal secara individu. Aku ada mendengar kisah tidak baik mengenai beliau. Bagi aku, kita manusia bukan malaikat. Pasti punya cela, pasti ada yang tidak suka. Jika sedar akan ke...

Kerana Aku Hamba

Image
Bismillah. Assalamualaikum. Aku diimbau secara paksa oleh kenangan lama. Ianya datang mengasak minda dan emosi. Aku sungguh tidak suka diperlaku sedemikian. Namun, bila aku cuba meletakkan diriku di situasinya Aku harus bertolak ansur. Meminta maaf dan berdoa kepada Allah semoga diampunkan dosa kita dan dipermudahkan segala urusan mendatang. Aku akui Kebaikan itu bukan terletak pada tudung yang dipakai bukan juga terletak pada banyaknya kata-kata kebaikan dikongsi. Tapi aku juga manusia biasa. Membuat kesilapan itu lumrah. Sungguh aku sedang memperbaiki dan memperbetul semuanya. Aku sering mengingatkan diri Bilamana melihat kejahatan yang dilakukan oleh orang sama ada terhadap diri kita atau tidak orang tersebut diuji Tuhan. Dia diuji di atas perlakuannya Dan aku diuji di atas respon yang aku lakukan. Mari aku kongsikan sedikit pengisian dari buku yang aku sedang baca sekarang. " BAIK DAN MUKHLIS" Garis yang m...