Thursday, January 31, 2013

Perspective (+)(-)

Bismillah. Salam alaik.
wowow...bila dah mood nak update blog...hari2 keja update jak la kan :)
well, sometimes when we have a blog, we can curahkan idea dan pendapat kita dalam sesuatu perkara.
Mungkin ada yang meluat, loya dan muntah-muntah dengan kenyataan kita.
Tapi apa boleh buat, jika sekadar melihat tanpa memberikan nasihat atau teguran.
Kan? aptb :P

So kali nhe sharing tentang perspective/s mana satu I x sure.


Haha.
From the cute photo above, we know that lain orang lain pandangannya
Tapi, dari pandangan nya itu kita tahu dia orang yang positip ataupun negatip.
Kita tentukan siapa kita, melalui percakapan, perbuatan, dan fikiran kita tentang sesuatu perkara.
Ada orang(terutama yang belajaq psikologi), tengok gelagat kita tapi dah tahu kita orang yang macam mana.
UUuuuuu..sounds creepy.

Dalam membuat penilaian tentang sesuatu perkara, pasti punya pendapat yang berbeda. Namun hanya yang sendiri pernah merasa, apa yang pernah mereka lalui.
Sebagai contoh, makan panadol+cola? minum milo+snek ikan dahfa?
yaks...rasanya jelek.



Yes. Sometimes we need to look at Life from a different perspective.
But how for that someone that think, dia la bha yang paling betul. 
Nehi...no..no..xmo2. 
Kita harus belajar menerima dan meraikan pandangan dan pendapat orang lain.
Haha..tulis nhe memang senang, mau buat tu...ehem2.....xpa, kita cuba buat.chayok2! :p

So...so..so.
Dalam pada kita menerima sesuatu pengkhabaran,
jangan hanya menilai sesuatu melalui apa di depan mata kita.
Fikir dan nila semula.
dan BERSANGKA BAIK adalah diutamakan daripada sangkaan yang lainnya.

Dan boleh jadi kamu benci  pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu.
 ( Ayat 216 : Surah al-Baqarah )

Kan.
Bersangka baik, dan yang baik-baik akan menyusul kita :)

sekian :D


p/s: post nhe hasil rentetan komen2 kawan Fb. sebenarnya sya mau update blog tentang diri sa. tapi...lain kali lah! :)

http://www.facebook.com/meatul.humairah/posts/601789206503838?comment_id=124959855&notif_t=feed_comment



Wednesday, January 30, 2013

Prooooootttt. It's Kentut.

Bismillah, salam alaik.

First of all. sorry for the title. It's kentut. 
For the sharing this time, it's about kentut.
Hahahaha.....sorry...no laaa.
Jom-jom read and enjoy.
Semoga Allah redha. InsyaAllah <3

‎"Bersyukurlah orang yang bisa kentut.
Kerna, jika kita tidak bisa kentut, maka perut kita akan membuncit, seperti? M.inspector.
Sebaiknya sehabis kentut, kita mengucapkan Alhamdulillah.
Praise to HIM.
Yang telah menciptakan lubang dibahagian pembuangan tubuh kita.
Bayangkan kalau Tuhan tidak menciptakan saluran pembuangan di tubuh kita, 
mahu dikemanakan angin di perut kita? 
Bayangkan.
Diisi angin terus menerus, tanpa adanya lubang,
diisi terus..shh.shhhhh.
Sudah itu....
Booooooooooooommmm! Malatop!
Semua isi perut kita keluar.
Darah, usus, hati, jantung, otak tercerai berai.
kerna kita tidak mempunyai saluran pembuangan kotoran sisa makanan!
Tapi, 
Tapi, Tuhan sayang sama manusia. 
Dia ciptakan saluran pembuangan, 
agar kita bisa makan sekenyang kita, 
minum sepuas kita, 
maka dari itu, 
kita harus berterima kasih kepada Tuhan, dengan mengucapkan...
ALHAMDULILLAH." senyum ♥

Kan. Sayang nya Allah pada kita.
Hal sekecil kentut pun menjadi nikmat bilamana kita bisa melepaskannya.
Alhamdulillah...lega :)

Dialog di atas dipetik dari filem Sang Pencerah, diucapkan oleh Kiai Dahlan yang mana beliau membuat percubaan pertama kali untuk mengajar di sebuah sekolah Belanda di Indonesia. Kisah Sang Pencerah berlatar belakangkan masa penjajahan Belanda ke atas Indonesia. Cerita dia serius best. Rasa macam mau habaq jak dalam nhe. tapi tau la. I nak crita panjang berjela. so better tengok sendiri.
Lihat, teliti dan hayati. selamat menonton :)

Bermadah bagai timezzz...

Allah menciptakan kita dengan sempurna
tapi kita saja yang tidak pernah mensyukuri pemberian-Nya
kening dicukurkan,
rambut diwarnakan(better pakai tudung, xyah fikir nak colour apa),
kuku dikilatkan,
dan banyak lagi perubahan kita lakukan.
Siapa kita hendak merubah?
Penciptaan Allah adalah yang sebaik-baik penciptaan.
Istighfar,
Ayuh kembali kejalan Allah.
Ayuh hadiri taman-taman syurga.
Dekati teman-teman soleh dan solehah. 

Sekian :)






Tuesday, January 29, 2013

Judging

Salam alaik.

Somesays don't be Judgmental.

 "Judging others not define who they are...it defines who you are". 
Well said.
But. We never stop judging rite? (No tipu-tipu. Xmo-xmo. )
And I never stop judging myself with others.

It's so jealousy when others can speak fluently. 

It's so jealousy when others can speak wisely.
It's so jealousy when others got high pointer than me.
I actually jealous on many things. blablabla...
But I want to stop jealous on others.
I can continue jealous but nothing will happen or change unless I make an action to speak fluently, wisely and got high mark then others. haaha.
Easy to say. hard to do. boooo.

I always compare myself with this one person.

Her attitude really make me so jealous with her.
She is so kind. appreciate people around her. care to others more than herself.
I wish I can be like her.
Can look up others because Rasulullah already do it.(sunnah).
Can speak 'nasihat' because Allah told to do so.



And every word she say make me feel the Iman and Islam was bound so tight.
The ukhwah feel so sweet. and I can't explain it unless u try it by yourself.
By the way, ukhwah is like your both hands but not like an ears.
Why?
because left hand can garuk-garuk right hand when the right hand got itchy-itchy.
Ukhwah not like ears, nearer we are, the farer(seems not rite...haha) it is.
hope you guys can know basically what ukhwah is.



Back to judging others.
In others perspective,
we always see others is bad than we are.
we always see others not rajin cook as we are.
we always see others cannot speak infront or not good in explanation as we are.

But. that is you are. haha!
if we judging just to define who more stronger.more 'pandai dan bijak' naaa..forget it.
But. Judging others to make comparison for a better future is good.
Claps-claps-claps.

sekian :)

*writing in English bcos of this, http://www.youtube.com/watch?v=cZG0c9rkxe0

*sambil tulis sambil listen to this, 




Monday, January 28, 2013

Back to basic: Islam

Salam alaik.
bukan mudah rupanya mau istiqamah dalam meng'update' belog nhe. perlukan idea dan effort yang kuat untuk menghasilkan sebuah post.(melainkan post yang copy paste..hikhik)


Ini minyak Anugerah. Perubatan Islam turun menurun. Produk-produk keluaran Anugerah semuanya akan dibacakan ayat-ayat syifaa' dari dalam Al-Quran. selain minyak2, ada jak ubat gamat, kurma, pencuci muka dan lain-lain. Bila memakainya akan berasa tenang dan yakin. Yakin sebab ubat tu dah dibacakan ayat-ayat Al-Quran.
Dan post mengenai minyak Anugerah mau post dari minggu lepas. masa sambutan Maulud Nabi. sebab masa tu tengah jalan-jalan dekat Wisma MUIS bersebelahan Masjid Negeri Sabah. Sang Mami tengah mencari gamat Anugerah untuk puteranya. dan terpacul idea mau sharing tentang BACK TO BASIC: ISLAM.

Alhamdulillah, semenjak dua menjak nhe. ramai suda yang berhijrah kepada yang lebih baik. Jika sebelum nhe, x pakai tudung, skang dah pakai. jika sebelum nhe x menutup aurat secara sempurna, skang dah menutup aurat mengikut kehendak syarak.
It's so sweet. merasai mereka juga melalui detik-detik yang pernah kita lalui membuatkan kita mahu orang-orang yang berubah itu untuk terus istiqamah dan begitu juga kepada diri ini sendiri.

Dari segi fizikalnya kita dah 'nampak Islam'. tapi bagaimana yang batin?
adakah sudah benar-benar Islam itu menjadi panduan dan tunggak utama dalam kehidupan seharian?
Jika di masjid, bab-bab agama memang menjadi tajuk kuliah (mestilah kan..takkan cakap tentang artis koreaa....)

Dari segi perubatan, ramai yang kini mula mencari pusat-pusat perubatan Islam yang ada. seperti Darussyifaa'. ramai suda yang mencari ubat-ubat yang sudah dibacai ayat-ayat Al-Quran macam minyak Anugerah.

Dari segi makanan pulak. macam-macam suda ada di pasaran kan. lagi-lagi kalo dengar radio IKIM FM, kompom banyak jak iklan tentang produk HALAL. Cokelat minda, Kopi Radix mai secawan, susu ngambing dan banyak lagi.

Dari segi pakaian pulak. ramai dah memakai tudung. x kesah la cukup syarat dalam syarak atau x. yang penting bertudung. tapi sedihnya bila yang bertudung bukan sebab Islam mewajibkan bertudung. Tapi masih ramai yang bertudung sebab dah jadi trend. Hijrah para artis memberikan impak positif kepada peminatnya yang turut ikut bertudung. tapi bagi yang bertudung ikut syariat kita bagi thumb's up untuk dorang la kan.
Tapi bagi yang bertudung ikut trend? makin malu jak tengok. bertudung tapi ketat sana sini. bertudung tapi menarik perhatian dengan aksesori yang berlambak-lambak.(muhasabah untuk diri sendiri jugak...).


comel kan? dah la mengikut syarak. sedap mata memandang plak :)

ok skang we getting serius.
Isu yang saya mahu ketengahkan, jika semua perkara di atas kita boleh merujuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar-benar. mengapa dalam bersiasah kita cepat melatah?

Huh? Siasah? Mende tu?

Siasah=politik
yes. itu la mentaliti kita skang kan.
kalo cari dekat google, dekat mykamus, siasah ditakrifkan sebagai knowledge of countyr's politics.
tapi SEBENARNYA, siasah adalah kepimpinan/organisasi/pentadbiran/pengurusan/ method digunapakai untuk membimbing manusia ke arah yang lebih baik.(credit to kawan2 yang sudi menjawab soalan ambe). harhar.

Siasah bukan politik semata. 
tapi itulah yang telah didoktrin kepada kita semua. ini semua konspirasi. Sebuah konspirasi jahat meng'huha'kan bahawa siasah=politik semata-mata.
dan bagi yang alergik atau alah dengan perkataan politik. akan cakap, "Politik kotor", "saya x minat politik-politikus nhe", dan bermacam-macam lagi perspektif tentang politik.(dulu aku pun tergolong). Tapi tidak boleh menyalahkan orang-orang yang beranggapan begitu. Al-sebabnya, itulah yang realiti politik dilihat di media massa, di Malaysia khususnya.

Siasah itu seperti hubungan dua hala
seorang peniaga nasi kuning berjual beli nasi kuning dengan pelanggan, ini siasah.
berkawan dengan kawan-kawan kelas, berinteraksi dan berkomunikasi, ini siasah.
contoh dia lebih kurang macam tu la.

Ada geng yang xleh sebut pasal politik nhe. politik bukan sunnah nabi. 
Ada geng pulak cakap bab-bab politik mana bleh masuk masjid. Haip!
Ada geng plak, dalam universiti xleh berpolitik, datang U belajar ka bepolitik? Haaa.

Fatwa mufti turki(maaf, nama beliau diterlupa) ada mengatakan, mudah sahaja untuk menjadi murtad yakni dengan memisahkan antara agama dengan politik.

tapi, Dr. Burhanuddin Al-Helmi habaq;
"Politik itu berubah-rubah tetapi agama tetap. Agama tidak boleh disesuaikan dengan politik, tetapi politiklah yang mesti disesuaikan dengan agama. Agama dengan sendirinya berisi berbagai-bagai ragam politik tetapi politik itu bukan agama."

kan.
Politik bukan sekadar apa yang kita lihat. pihak U mencaci maki pihak P. Pihak P ada plak yang membalas cacian tadi lebih kurang jugak. jadi orang melihat politik dan politician nhe kotor, jelek, busuk, perut buncit. haha.
jadi mau highlightkan sini. Mahasiswa wajib cakna isu semasa. Luar dan dalam negara. dalam Islam kita xleh guna pepatah Melayu, "jaga tepi kain orang". xnak la tahu. biar la labu dorang yang berpolitik.
jadi lalang pun lalang la. atas pagar pun atas pagarlah.

Memilihlah. kerna kita sudah punya tanggungjawb, untuk memilih siapa yang kita rasa layak memegang amanah untuk memimpin rakyat.(macam iklan SPR pun ada..)



Siapa saya?

aku adalah aku.
hamba kepada Tuhanku yang Satu.
Sunnah menjadi amalanku.
kebebasan memilih hak utamaku.
aku dan kamu.
kita tiada beza.
duduk di bumi yang sama.
hirup udara yang sama.
tercemar atau bersih.
sama-sama kita merasa.
jadi kita.
perlu bersama.
menentukan siapa pemimpin kita.
untuk aku, kamu dan anak-anak kita.
sekian :)


credit to: kawan2 FB yang sudi jawab persoalan, syeikhul google, komen2 kwn dkt post d FB.
              jasamu dikenang kawan :)
               



Wednesday, January 23, 2013

y so serius?

Bismillah.
ok y so serius? this is the 2nd time I bedah this lirik.
astaghfirullah balasan pada diri. Cakap besar lagi. Ambekmu.
"Fenomena pelat ni aku rasa bukan benda yang pelik pun. Pelat yang aku maksudkan nih, pelat tak reti sebut benda betul. Biasanya memang orang pelat lidah waktu kecik kan?"
sayacopydaribellogore.

Aku Pelat - Salammusik ft Ziondread

Aku pelat tak bisa bicara seperti kamu
Lidah ku panjang berpintal-pintal
Bicara ku melulu selalu terburu
Lidah ku tebal bagai kepala di bantal

Aku pelat
Pelat bertepuk tangan tiada bunyi
Lidah terikat dia menyembunyi diri
Bertanya ditahan pendebatan ditelankan

Pada pokok diri daun kata berguguran
Tertutup banyak telah dipagarkan
Dari jari ke alat tulis semua mereka tepis
Siapakah mereka tepuk dada hey! tanyalah selera

Kita bangsa negara harus pandai berbahasa
Bertanya mengapa siapa bagaimana?
Punya akal fikiran tahu arah tujuan
Menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan

Masa depan bekalan diisi jika tahu manipulasi
Kata tiada disalah erti jangan sampai tergadai diri
Takut merana diri nanti
Dia pelat bertepuk tangan tiada bunyi

Aku pelat
Pon di rhythm mi a come
Pon di rhythm mi a boss
Ragamuffin mi a root mi a come back again ah

Human fi wicked dem a style a mi nah sinner
Anna dem selecta minah wicked dem
Im man fi wayan wicked dem zion
Anna dem selecta nah wicked dem a wayan
A mi ma rastafari mi a number one fi real
A mi nah wicked man a dem a talk about me

Aku pelat
Perbahasan jiwa jangan diendahkan
Jika malu bertanya kelak sesat jalan
Jangan dipegang sekatan yang dihidang
Rasa takut harus dibuang

Mari berfikir di luar kotak
Jangan menempurung bersama katak
Hebat seperti Jebat mereka lupa tuk berjabat
Dia si pelat sudah terlepas

Aku pelat
Tak bisa bicara agama seperti kamu
Tak bisa bicara cinta seperti kamu
Tak bisa bicara ekonomi seperti kamu
Tak bisa bicara politik seperti kamu

Aku pelat
Aku tahu lidah ku dipelat
Namun tetap ku lawan walau rasanya kelat

Aku pelat
Aku tahu lidah ku dipelat
Namun tetap ku tawan walau jajahannya hebat

Aku pelat
Aku tahu lidah ku dipelat
Namun tetap ku lawan walau rasanya kelat

Aku pelat
Aku tahu lidah ku dipelat
Namun tetap ku tawan walau jajahannya hebat



Aku Pelat
Lyrics By JayTan, Eyza Bahra, ZionDread & Salam
Composed By Dj Fuzz
Produced & Arranged By Dj Fuzz & Salam
Recorded At Beat Kitchen Studio & Salammusik Studio A & B
Engineered By Muhd Irhas "Payung" & DubmalaS
Mixed & Mastered by DubmalaS at Salammusik Studio A
P&C Salam Musik Publishing 2012, Mixology Publishing 2012

bukan saja-saja nak post tentang lagu ni. tapi there is something. Let's think.
Aku x pelat. neh.

huh.rindu.dia.kami.

Bismillah.
sedang mencari-cari buah fikir apa untuk dikongsikan, terdetik hati untuk 'blog walking' ke blog Pengurniaan Ketenanganku.
Sungguh ukhwah yang dibina pada dasarnya bukan kerna lillahi taala. tapi kerna aku memang senang dibuli(kot) masa baru pindah sekolah baru tu. She(Pengurniaan Ketenanganku) was the one that always cubit-cubit my pipi until masa cuti pun the cubitan can still felt. And I was the one that she close to in that school selain Kak Ma.
Rindu.
bila kami bersama mengorak langkah ke matrikulasi, she got the Physic class but then change it to Biology class because she want to a doctor. Gilak-gilak wan to be a doctor.
There was a time when she soo depressed in study, I try to calm her. I said, "u have to make a B plan. if your way not lead to the Doctor carrier, you have to have backup plan". But she said. NO. She will be a doctor.
Alhamdulillah, now she at Zagazig University(mcm ejaan salah jak).
Kan.
when there is a will, there will a way.
Allah akan tolong hamba-hambanya yang berusaha.
Sebab Allah dah habaq, "Tidak akan berubah nasib seseorang anak adam andai dia sendiri yang tidak mengubahnyai"Surah Ar-rad ayat(x igt)..(sorry the tafsir in locked room now).
and Ustaz Pahrol also habaq,


kan. That was her doa. To be a doctor. Mukmin doctor insyaAllah.
times to bemadah bagai..zzzzzzz...

Andai ku bisa putar balik masa,
aku tidak akan pinta untuk bersama mu semula(so sad)
sebab, bukan aku yang terbaik untuk menjaga mu,
bukan aku yang terbaik dalam menjadi tauladan kepadamu,
sebab, aku tahu hanya Allah dan Rasul dihatimu. kan? (jeles-jeles...)
kita punya kisah yang hampir serupa,
tapi jalan kita berbeza.
Aku tahu, engkau kuat disana.
sebab aku pun disini.
cuba kuat bukan untuk diri sendiri semata.
bukan kerna motivasi dari kawan-kawan semata.
tapi kerna ada amanah yang belum selesai.
kan?
Aku rindu dengan suara speaker itu.
walau speaker, tidak sampai memecahkan gegendang telingaku :p
Aku rindu dengan cubitan itu.
walau cubitan mu memang sakit, (kalo mau cubit skang dah x sakit kot... ^^v)
Aku rindu bila kau risau aku.(aku risau ko ka? hmmmm)
Aku rindu bila ko selalu 'wrong time!' datang bilik(sebab masa tu tengah sobbing,,,)
dan aku rindu segalanya tentang mu. tentang kita.
ku tutup lipatan kenangan.
supaya kita dapat buka lembaran baru(towards matangness...yeah)
you will be a future doctor for ummah..
and I will be a engineer for a better world for better world and ummah.
kita punya jalan beda. tapi matlamat kita sama kan.
semoga Allah redha.
InsyaAllah :)



"Everything happen for a reason. You don't know the reason, but for sure Allah knows. Just believe in Allah. Everything will be fine."







Tuesday, January 22, 2013

ibrah Siti Hajar



Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir.
Menghembuskan nafas pada 8 Rabiulawal 1434.
Kemalangan kereta bersama 3 orang sahabat.
Mengalami keretakan tulang tunjang.

Antara perkongsian dari status update Nadia Mujahidah:

~> "Berita indah dr 4 penggali kubur, kuburnya wangi ketika digali dan liang lahadnya terang.."
(*mudah2an sebagai ganjaran amal kebaikan semasa hidupnya)

~>1) Ayah : kakak tak takut mati ke?
Hajar : tak..kakak dah sedia dah..
2) Ibu Bapa Hajar yg sentiasa tenang dengan bacaan Al- Quran dan
tasbih di tangan. Dalam keadaan ini, ada sesetengah orang sibuk
menyalahkan Doktor dsb.
Ketika mana jenazah hendak disolatkan, Hujan rahmat turun
seketika.
3) Arwah pernah cakap kat ayah dia, dia xsempat nak dakwah
banyak2 kat semua.
(*hanya 3 amalan yg dibawa ke kubur iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah amal jariah, dan doa anak2 yang soleh)

~> Dan siti hajar minta disampaikan kepada kawan2... Yang dia minta maaf... Atas segala salah silapnya.. Tlg panjang2kan kepada teman2 yg mengenali dirinya khususnya. Bila dah sehat, ada sesuatu yg dia nak cerita. Apa dia? Maknya kata sesuatu yang mampu tingkatkan keimanan kita.
(“Kezaliman itu terbahagi kepada tiga. Pertama kezaliman tidak diampunkan Allah. Kedua kezaliman diampunkan Allah dan ketiga kezaliman yang Allah tidak ikut campur dalam hal itu. Kezaliman tidak diampunkan Allah adalah syirik. Kezaliman diampunkan Allah adalah dosa manusia ke atas dirinya dan tuhannya. Kezaliman yang Allah tidak ikut campur adalah dosa di antara manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dulu.”)

~> Ibu beliau memohon maaf kepada semua kerana sebelum ini tidak membenarkan lelaki untuk melawat, ini kerana keadaan Siti Hajar yang penuh dengan tiub untuk membantu beliau pulih dari pembedahan. Alhamdulillah sekarang tiub2 tersebut sudah dicabut, dan ibunya boleh membantu beliau menutup bahagian auratnya.
(*apabila dia memelihara auratnya pasti Allah memelihara keaibannya)

~> "Tentang kaki yg patah, saya dah tengok x ray. Patah berlaku pada kedua dua tulang kat betis . Tapi patahnya tidak bersepai. Ia seperti rekahan pada dinding. Jadi ia hanya simen dan tak masukkan besi. Menurut doktor, pada usia muda spt hajar, patah begitu boleh bersambung semula dgn lebih mudah. Lebih mudah utk hjr, sewaktu tulang itu sedang dipulihkan oleh badan, dia x perlu menanggung kesakitan akibat patah tulang tersebut. Nyata Allah meringankan deritanya."
(*bila kita mudahkan jalan Allah, pasti Allah akan mudahkan kehidupan kita)

"Medium utama penjagaan/perawatan mck terhadap siti hajar ialah penggunaan air zam zam.
(*“Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”)

'Peranan saya pula sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan penuh pada Allah. " (*ada tiga doa yang di terima Allah secara langsung iaitu doa orang teraniaya,doa orang yang bermusafir dan doa orang tua(ibu dan Bapa) terhadap anaknya)

#mudah2an sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita sbg khalifah Allah di muka bumi ini, walaupun tidak pernah mngenalinya tetapi mengikuti perkembangannya seperti telah mengenalinya. Al-fatihah

untuk pejuang-Pelampung Terapung

Bila ombak menampar karang,riak putih pecah berderai.
demikian ibarat orang berjuang,
sekali mara sekali tersadai.

Yang pergi menyembahkan bakti,
masih tenang terkurung rapi,
yang tinggal dipujuk pergi,
antara banyak berpaling hati.

Pada dahan sedang kering,
tiada tangan berani bergantung,
pada kawan telah berpaling,
terlepas kata pelampung terapung.

Adakah lagi masih berdiri,
antara pagar terpasang duri,
atau hanya pura-pura berbakti,
untuk mencari kesenangan diri?

Usman Awang 1953

a champ will born!

Bismillah
Ouh it's 2013...
the latest post before this post was wrote at 2012 i guess....or...2011.
but never mine. i will swear to myself, I will rajinly(mentang-mentang musim cuti la katakan) update this blog to use it for sharing-sharing moment, hebahan isu semasa, dalam dan luar negara, and to out there can READ, KNOW n CAKNA to what I'm going to write about. hueee.

a champ will born!
InsyaAllah, doakan semoga my sister dipermudahkan deliver anak dia :)
about this blog. it was tiring to selenggara it. change it design and all the template has been tested. and this is the final one. hope the readers can read all the post clear and calmly.
about why I'm speaking(actually writing) in English....because my mood say so. heeee..to improve my English also.

today I would like to share about A WORLD WITHOUT ISLAM.
Imagine, if you will, a world without Islam.
somesays "could not imagine" n "qiamat".
I honestly can't imagine what will this wolrd be if there is no Islam.
Alhamdulillah I'm a Muslim. :)
so many things happen nowadays to me. My junior, Siti Hajar Binti Ahmad Sabir had passed away at Sunday morning. I got know that she getting critical at Friday, and the rest I don't know because I'm not online for few days.
Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh.InsyaAllah amin.

I wan't to kaitkan about the accident at 6 January, and ISLAM.
The accident involve my juniors. Alhamdulillah three of them still alive and Siti Hajar passed away after about two weeks at Hospital Besar Melaka.
You know what? they only my junior. not my sister nor my family. But they are my relatives in Islam.
In Islam, we have UKHWAH.
what is this UKHWAH things?
UKHWAH is the things that we can ONLY feel it without hold it.
terasa manisnya ukhwah Islami bilamana saudara seIslam kita ditimpa musibah dan semua sahabat-sahabat memobilasi kan semua cara yang ada untuk membantu junior-junior tadi.
Serius...that UKHWAH thing was so beautiful..

A WORLD WITHOUT ISLAM nearly impossible, it would seem, when images and references to Islam dominate our headlines, airwaves, computer screens, and political debates. Western people are inundated with term such as jihad, fatwa, madrasa, Taliban, Wahabi, mullah, martyr, mujahideen, Islamic radicals and Shari'a law.
Islam would seem to lie at the every center of the American struggle against terrorism and the long commitment to several overseas wars launched with the "Global war on terror".

Indeed, Islam seems to offer an instant and uncomplicated analytical touchstone for most affairs in the Middle East, by which to make sense of today's conclusive world. By referring to Islam, we can reduce things to a polarized struggle between "Western values" and the "Muslim world".
Graham F.Fuller-A world without Islam-

A bit heavy sharing. Graham has make a thesis about A world without Islam and see Islam from different perspective. Semoga Graham dibukakan pintu hati untuk terima Islam insyaAllah :) 


Monday, January 21, 2013

c.i.n.t.a.n.c.i.n.t.u.n

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani


setelah sekian lama meninggalkan 'belog' ini
ingin saya berkongsi mengenai CINTA

Andai kita diberi soalan seperti, "Apa ertinya cinta?"..apakah yang akan anda jawab?
Semakin ramai yang ditanya mengenai cinta...semakin banyaklah definisi dan maksud yang kita dapat. Cinta adalah sesuatu yang subjektif..(sebenarnya xtau sgt apa mkna subjektif) yang tiada maksud spesifik dalam mana-mana kamus di dunia ini.

MENGAPA KITA SERING BERFIKIR SOAL PERASAAN DAN HATI?  YAKNI; C.I.N.TA

Suatu ketika dulu sewaktu di peringkat matrikulasi, saya pernah diundang menjadi salah seorang panel untuk forum sempena Maal Hijrah 1431H. Tajuknya "TRANSFORMASI" saya menjadi panel keempat/terakhir yang mewakili Pembimbing Rakan Sebaya. Pusingan pertama soalan telah awal disediakan kepada kami agar kami siap dengan jawapan ketika forum dijalankan. Tapi tidak disangka terdapat pusingan kedua dimana para panel forum akan menjawabnya dengan spontan.

Saya menjadi resah dan gelisah.."Apa yang bakal ku jawab nanti? Ndak lama merepek la aku nhe" terimbau kembali monolog dalam diri ketika itu. Moderator ternyata mengutarakan persoalan tentang cinta.

"Ya saya pernah bercinta." Kenyataanku disambut sorakan dewan...tapi sempatku jernihkan keadaan dengan berkata "Bercinta dengan Allah, bercinta dengan ibu bapa dan bercinta dengan kaum kerabat." Memandangkan aku adalah panel terakhir maka dapatku mencari 'point' daripada panel-panel sebelumku. Kesemua mereka membicarakan soal cinta manusiawi. Oleh yang demikian aku mendapat idea untuk menukar atau lebih jelasnya menambah inti tentang cinta. Padahal, kenyataan yang saya nyatakan di awal perenggan tadi tidak selari dengan apa yang saya lakukan.



Cinta itu fitrah. Ya sering sekali kita mendengarkan itu.

Cinta bisa membuat orang tercandu,
 mabuk dengan cinta.
Buta dengan cinta.
Khayal dengan cinta.
Derhaka kerana cinta
lalai kerana cinta
asyik kerana cinta
dan semua nya kerana cinta
cinta yang didalangi nafsu semata
cinta yang mengikut telunjuk syaitan tentunya.



Semua orang mahu disayangi dan menyayangi. Ia merupakan fitrah insaniah. Tiada siapa yang menafikan. Tapi mengapa kita perlu memikirkan sola cinta? hati dan perasaan? Sampai terbawa-bawa menjadi pasangan dan mendekati zina dan akhirnya hancur semuanya!