Back to basic: Islam

Salam alaik.
bukan mudah rupanya mau istiqamah dalam meng'update' belog nhe. perlukan idea dan effort yang kuat untuk menghasilkan sebuah post.(melainkan post yang copy paste..hikhik)


Ini minyak Anugerah. Perubatan Islam turun menurun. Produk-produk keluaran Anugerah semuanya akan dibacakan ayat-ayat syifaa' dari dalam Al-Quran. selain minyak2, ada jak ubat gamat, kurma, pencuci muka dan lain-lain. Bila memakainya akan berasa tenang dan yakin. Yakin sebab ubat tu dah dibacakan ayat-ayat Al-Quran.
Dan post mengenai minyak Anugerah mau post dari minggu lepas. masa sambutan Maulud Nabi. sebab masa tu tengah jalan-jalan dekat Wisma MUIS bersebelahan Masjid Negeri Sabah. Sang Mami tengah mencari gamat Anugerah untuk puteranya. dan terpacul idea mau sharing tentang BACK TO BASIC: ISLAM.

Alhamdulillah, semenjak dua menjak nhe. ramai suda yang berhijrah kepada yang lebih baik. Jika sebelum nhe, x pakai tudung, skang dah pakai. jika sebelum nhe x menutup aurat secara sempurna, skang dah menutup aurat mengikut kehendak syarak.
It's so sweet. merasai mereka juga melalui detik-detik yang pernah kita lalui membuatkan kita mahu orang-orang yang berubah itu untuk terus istiqamah dan begitu juga kepada diri ini sendiri.

Dari segi fizikalnya kita dah 'nampak Islam'. tapi bagaimana yang batin?
adakah sudah benar-benar Islam itu menjadi panduan dan tunggak utama dalam kehidupan seharian?
Jika di masjid, bab-bab agama memang menjadi tajuk kuliah (mestilah kan..takkan cakap tentang artis koreaa....)

Dari segi perubatan, ramai yang kini mula mencari pusat-pusat perubatan Islam yang ada. seperti Darussyifaa'. ramai suda yang mencari ubat-ubat yang sudah dibacai ayat-ayat Al-Quran macam minyak Anugerah.

Dari segi makanan pulak. macam-macam suda ada di pasaran kan. lagi-lagi kalo dengar radio IKIM FM, kompom banyak jak iklan tentang produk HALAL. Cokelat minda, Kopi Radix mai secawan, susu ngambing dan banyak lagi.

Dari segi pakaian pulak. ramai dah memakai tudung. x kesah la cukup syarat dalam syarak atau x. yang penting bertudung. tapi sedihnya bila yang bertudung bukan sebab Islam mewajibkan bertudung. Tapi masih ramai yang bertudung sebab dah jadi trend. Hijrah para artis memberikan impak positif kepada peminatnya yang turut ikut bertudung. tapi bagi yang bertudung ikut syariat kita bagi thumb's up untuk dorang la kan.
Tapi bagi yang bertudung ikut trend? makin malu jak tengok. bertudung tapi ketat sana sini. bertudung tapi menarik perhatian dengan aksesori yang berlambak-lambak.(muhasabah untuk diri sendiri jugak...).


comel kan? dah la mengikut syarak. sedap mata memandang plak :)

ok skang we getting serius.
Isu yang saya mahu ketengahkan, jika semua perkara di atas kita boleh merujuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar-benar. mengapa dalam bersiasah kita cepat melatah?

Huh? Siasah? Mende tu?

Siasah=politik
yes. itu la mentaliti kita skang kan.
kalo cari dekat google, dekat mykamus, siasah ditakrifkan sebagai knowledge of countyr's politics.
tapi SEBENARNYA, siasah adalah kepimpinan/organisasi/pentadbiran/pengurusan/ method digunapakai untuk membimbing manusia ke arah yang lebih baik.(credit to kawan2 yang sudi menjawab soalan ambe). harhar.

Siasah bukan politik semata. 
tapi itulah yang telah didoktrin kepada kita semua. ini semua konspirasi. Sebuah konspirasi jahat meng'huha'kan bahawa siasah=politik semata-mata.
dan bagi yang alergik atau alah dengan perkataan politik. akan cakap, "Politik kotor", "saya x minat politik-politikus nhe", dan bermacam-macam lagi perspektif tentang politik.(dulu aku pun tergolong). Tapi tidak boleh menyalahkan orang-orang yang beranggapan begitu. Al-sebabnya, itulah yang realiti politik dilihat di media massa, di Malaysia khususnya.

Siasah itu seperti hubungan dua hala
seorang peniaga nasi kuning berjual beli nasi kuning dengan pelanggan, ini siasah.
berkawan dengan kawan-kawan kelas, berinteraksi dan berkomunikasi, ini siasah.
contoh dia lebih kurang macam tu la.

Ada geng yang xleh sebut pasal politik nhe. politik bukan sunnah nabi. 
Ada geng pulak cakap bab-bab politik mana bleh masuk masjid. Haip!
Ada geng plak, dalam universiti xleh berpolitik, datang U belajar ka bepolitik? Haaa.

Fatwa mufti turki(maaf, nama beliau diterlupa) ada mengatakan, mudah sahaja untuk menjadi murtad yakni dengan memisahkan antara agama dengan politik.

tapi, Dr. Burhanuddin Al-Helmi habaq;
"Politik itu berubah-rubah tetapi agama tetap. Agama tidak boleh disesuaikan dengan politik, tetapi politiklah yang mesti disesuaikan dengan agama. Agama dengan sendirinya berisi berbagai-bagai ragam politik tetapi politik itu bukan agama."

kan.
Politik bukan sekadar apa yang kita lihat. pihak U mencaci maki pihak P. Pihak P ada plak yang membalas cacian tadi lebih kurang jugak. jadi orang melihat politik dan politician nhe kotor, jelek, busuk, perut buncit. haha.
jadi mau highlightkan sini. Mahasiswa wajib cakna isu semasa. Luar dan dalam negara. dalam Islam kita xleh guna pepatah Melayu, "jaga tepi kain orang". xnak la tahu. biar la labu dorang yang berpolitik.
jadi lalang pun lalang la. atas pagar pun atas pagarlah.

Memilihlah. kerna kita sudah punya tanggungjawb, untuk memilih siapa yang kita rasa layak memegang amanah untuk memimpin rakyat.(macam iklan SPR pun ada..)



Siapa saya?

aku adalah aku.
hamba kepada Tuhanku yang Satu.
Sunnah menjadi amalanku.
kebebasan memilih hak utamaku.
aku dan kamu.
kita tiada beza.
duduk di bumi yang sama.
hirup udara yang sama.
tercemar atau bersih.
sama-sama kita merasa.
jadi kita.
perlu bersama.
menentukan siapa pemimpin kita.
untuk aku, kamu dan anak-anak kita.
sekian :)


credit to: kawan2 FB yang sudi jawab persoalan, syeikhul google, komen2 kwn dkt post d FB.
              jasamu dikenang kawan :)
               



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ujian

Cik Sambal Kembali

Generasi Kemenangan Yang Diimpikan