c.i.n.t.a.n.c.i.n.t.u.n
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani
setelah sekian lama meninggalkan 'belog' ini
ingin saya berkongsi mengenai CINTA
Andai kita diberi soalan seperti, "Apa ertinya cinta?"..apakah yang akan anda jawab?
Semakin ramai yang ditanya mengenai cinta...semakin banyaklah definisi dan maksud yang kita dapat. Cinta adalah sesuatu yang subjektif..(sebenarnya xtau sgt apa mkna subjektif) yang tiada maksud spesifik dalam mana-mana kamus di dunia ini.
MENGAPA KITA SERING BERFIKIR SOAL PERASAAN DAN HATI? YAKNI; C.I.N.TA
Suatu ketika dulu sewaktu di peringkat matrikulasi, saya pernah diundang menjadi salah seorang panel untuk forum sempena Maal Hijrah 1431H. Tajuknya "TRANSFORMASI" saya menjadi panel keempat/terakhir yang mewakili Pembimbing Rakan Sebaya. Pusingan pertama soalan telah awal disediakan kepada kami agar kami siap dengan jawapan ketika forum dijalankan. Tapi tidak disangka terdapat pusingan kedua dimana para panel forum akan menjawabnya dengan spontan.
Saya menjadi resah dan gelisah.."Apa yang bakal ku jawab nanti? Ndak lama merepek la aku nhe" terimbau kembali monolog dalam diri ketika itu. Moderator ternyata mengutarakan persoalan tentang cinta.
"Ya saya pernah bercinta." Kenyataanku disambut sorakan dewan...tapi sempatku jernihkan keadaan dengan berkata "Bercinta dengan Allah, bercinta dengan ibu bapa dan bercinta dengan kaum kerabat." Memandangkan aku adalah panel terakhir maka dapatku mencari 'point' daripada panel-panel sebelumku. Kesemua mereka membicarakan soal cinta manusiawi. Oleh yang demikian aku mendapat idea untuk menukar atau lebih jelasnya menambah inti tentang cinta. Padahal, kenyataan yang saya nyatakan di awal perenggan tadi tidak selari dengan apa yang saya lakukan.
Cinta itu fitrah. Ya sering sekali kita mendengarkan itu.
Cinta bisa membuat orang tercandu,
mabuk dengan cinta.
Buta dengan cinta.
Khayal dengan cinta.
Derhaka kerana cinta
lalai kerana cinta
asyik kerana cinta
dan semua nya kerana cinta
cinta yang didalangi nafsu semata
cinta yang mengikut telunjuk syaitan tentunya.
Semua orang mahu disayangi dan menyayangi. Ia merupakan fitrah insaniah. Tiada siapa yang menafikan. Tapi mengapa kita perlu memikirkan sola cinta? hati dan perasaan? Sampai terbawa-bawa menjadi pasangan dan mendekati zina dan akhirnya hancur semuanya!
Comments
Post a Comment