Pesan buat diri

Bismillah.
Assalamualaikum. Pesan buat diri ini khas saya tujukan buat diri sendiri dan kawan-kawan yang sudi bertandang dan menengok blog ini. Jum sama-sama kita ambil pengajarannya ya.
Semoga Allah redha :)

Ada 'pendakwah' yg kamu dengar asyik mengatakan majoriti ulamak lain tidak mengikut sunnah. Dia sahaja yg betul. Ulamak lain ilmu sangat kurang kononnya. Lalu dia pun membid'ah syirikkan di sana sini. 

Ada 'kumpulan ustaz' merasakan merekalah yg berilmu lagi pakar sedangkan semua yg lain tak reti apa atau kurang sumbangan pada ilmu Islam.

Ada 'sahabat' yg kamu jumpa asyik mengatakan orang lain salah aku sahaja betul.

Ada 'penuntut ilmu' yg berbicara dia lebih hebat kerana pergi bertalaqqi dgn masyaikh sedang orang lain dibuai kesibukan dunia.

Ada 'pelaku ibadah' menyangka di dalam hatinya dialah paling hampir dgn Allah kerana bertimbun amalannya.

Ada 'pejuang gerakan Islam' menyangka dialah paling mengetahui Fiqh Politik, Feqh Aulawiyyat, Muwazanat dsb sedangkan para ulamak, walau sama-sama berjuang tidak memahami perkara-perkara itu, lantas mempertahankan dasar seperti undang-undang Allah, 'tidak tepat pada masanya'.

Ada 'kumpulan' mengatakan agenda Melayu sepakat itu sahaja yang betul, sedangkan segala yg dilakukan oleh pejuang Islam lain adalah salah belaka.

Imam Al-Ghazali meletakkan satu punca kepada masalah2 di atas: "Ghurur". غرور. Terpedaya dengan diri sendiri. Penyakit yang dikategorikannya sebagai penyakit yang sangat kronik dan 'membunuh'. Boleh jadi jahil murakkab. Kalau kita jumpa orang berpenyakit begini kita perlu jauhi.


Mari tundukkan diri. Jom sedar diri. Kita semua banyak kekurangan. Apa yang kita kata tak mesti betul belaka. Apa yang kita fikir mungkin lagi banyak salahnya. Hormati yang lain. Sebarkan kasih sayang. :-)





 ouh ya. ini post saya copy dari seorang Ustaz. sekian :)

Comments

Popular posts from this blog

Run For Your LIfe!!!!

Pesan ayah (2)

Cik Sambal Kembali