Bismillah. Salam alaik.
Dimualakan dengan Bismillah. Dengan pengharapan apa yang dikongsikan tidak lagha dan insyaAllah mencari redha Allah :)

gambar yang tiada kena mengena. cumanya, comello!



kerana cinta harus memilih <3
Yah demikian lah jiwang tajuk kali nhe.
Haha...we are on what we are thingking.
U think jiwang, jiwang la jadinya. haha.(aku fikir jiwang jugak :p)

Tapi.tapi.tapi..
bukan kejiwangan 'itu' yang hendak di layan,
tetapi kejiwangan yang 'ini'. hehehe
itu ini begitulah beginilah.
banyak merapu dari berkongsi. haiss..

kerana cintakan Allah kita harus memilih.

kerna cinta kita pada Allah, kita jadi sayang dan cinta juga pada Rasulullah
kerna cinta kita pada Allah, kita jadi kasih dan sayang pada ibu dan bapa kita
kerna cinta kita pada Allah, kita berukhwah hanya untuk menggapai Redha-Nya
kerna cinta pada Allah jugak la kita mampu tersenyum walau kelat kerna tahu ujian itu datang dari-Nya.

"demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155

tapi.
Dengan cinta Allah kepada hamba-Nya, dapat kita mengecapi nikmat Iman dan Islam.
Dengan cinta Allah pada kita, dapat kita merasa dunia penuh kasih sayang berkat rahmat-Nya
Dengan cinta Allah pada kita, dapat kita kecapi segalanya walau kita leka dengan nikmat-Nya, walau kita alpa dengan cinta-Nya.

Sesungguhnya inilah cinta sejati kita
Hakiki lagi abadi.
lebihkan cinta pada Ilahi melebihi duniawi.
itu sepatutnya ada pada diri setiap insani.

Namun hati selalu berbolak balik.
kerna cinta harus memilih
pilihlah antara dua jalan.
pilihlah antara dua persimpangan
apakah pilihan itu mendekatkan diri kita kepada yang Esa?
ataukah pilihan kita itu menghanyutkan kita pada dunia yang penuh seribu tipu daya?

Tepuk dada tanyalah iman.
Fitrah manusia mahukan kebaikan.
Kebaikan tidak dantang tanpa ada pencarian.
Mari. ayok. jum!
Hadiri majlis-majlis ilmu
Ramaikan penghuni taman-taman syurga.
Dekati mereka yang soleh dan solehah.



sekian :)

Comments

Popular posts from this blog

Run For Your LIfe!!!!

Pesan ayah (2)

This Is My Hijab.