Aku pantang!

Bismillah. Assalamualaikum.

ok luahan rasa hati mahu bersuara.

aku pantang. bila ada seseorang yang pada hematku baik akhlaknya tapi mengeluarkan kata-kata kesat.
aku pantang. bila ada orang yang ku kira tinggi tahap intelektualnya tapi merapu tak semena-mena.
aku pantang. bila ada yang  merasa diri hebat dan memandang orang lain can't do anything!
dan aku paling pantang bila ada yang memburuk-burukkan seseorang yang sangat berjasa pada diriku, dan ummat Islam yang lainnya.
Iya. Beliau bukan Tuhan. Beliau juga bukan Nabi yang tidak pernah lepas dari kesalahan.
tapi beliau sedar. Beliau khalifatullah. kena menyampaikan apa yang benar dan menegur yang batil kepada sesiapa yang berbuat.
tapi bagi orang yang tidak berhati nurani, bagi orang yang hilang sinar Islamnya, kutuk-mengutuk menjadi buah bicara, berburuk sangka menjadi perisai jiwa. Lalu bagaimana mahu membuka mata? memberikan peluang untuk orang lain memberi kata pembersih jiwa?

bukan kah kita umat Islam. mengaku umat Islam dalam kad pengenalan. tapi kebenaran dan kesahihan kita umat Islam dari pengamalan. apa kita Islam jika tidak ada kain yang cukup menutup tubuh?
apa kita umat Islam bila kelab-kelab malam jadi kunjungan, arak jadi tegukan?
apa kita umat Islam bila sesama kita saling berbalah?
aku pantang. dan aku sedih. ini yang terjadi di realiti.
dan aku? hanya mampu bersuara di alam maya ini. menyatakan suarasa hati yang kesal dan berduka cita bila umat Islam saling berpecah.

Islamku. bilakan kita bersatu? bersatu menentang kezaliman, menjatuhkan rejiim kekejaman?
Islamku. sampai bila mahu diperbodohkan dengan perkara duniawi yang tak hakiki?
Islamku. kemanakah sebenar tujuan hidupmu? kekal didunia fana atau di akhirat sana?
Islamku. bersatu kita teguh bercerai berai kita roboh, bahkan diinjak lumat. selumatnya.
Islamku. cukuplah mengenang kehebatan Islam pada zaman dulu. kita seharusnya menanam ambisi menggemilangkan Islam pada hari ini.
Islamku.

Ayuh kita bersatu. bersatu menyemai benih tauhid kepada generasi ini. agar hidupnya tetap berada di lingkaran Islam. agar generasi selepasnya juga bisa melakar sejarah kegemilangan Islam.


kita umat Islam.
berpegang dalalm lingkaran yang sama.

semoga Allah redha. sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Run For Your LIfe!!!!

Pesan ayah (2)

Cik Sambal Kembali